Sunday, May 21, 2017

Nipis sangatkah Iman masyarakat Islam Malaysia?

“Tuhan Hannah Yeoh”: Pensyarah UUM patut banyak istighfar
Pada 19 Mei 2017
oleh Jamaliah Jamaluddin
Pada bulan lepas, saya telah membeli sebuah buku bertajuk “Becoming Hannah” apabila berpeluang untuk menemuramah Hannah Yeoh sebagai tetamu khas bagi program rancangan “Helo Roket”.

Helo Roket merupakan sebuah program temubual DAP bersama-sama dengan pemimpin – pemimpin politik bagi membincangkan isu-isu semasa Malaysia.

Pada mulanya, membaca buku tersebut boleh dikatakan sebagai “homework” saya, kerana telah menjadi kebiasaan saya untuk membuat sedikit kaji selidik mengenai tetamu khas Helo Roket sebelum menemuramah mereka pada setiap episod. Tetapi tidak lama kemudian, “homework” tersebut telah menjadi biografi kegemaran saya.

Tidak dinafikan, buku Hannah Yeoh memang menarik untuk dibaca dan berjaya menyentuh hati saya. Buku beliau telah menjadi sumber inspirasi buat saya, kerana saya juga seorang yang masih baru dalam perjuangan politik, dan buku tersebut telah membantu memberikan ilham dan kekuatan pada diri saya, apabila isi kandungannya menceritakan perjalanan seorang rakyat Malaysia dalam mengorbankan dirinya demi melakukan sesuatu untuk tanah airnya.

Saya merasa begitu terkait dan terharu, kerana saya juga terpanggil untuk menyumbangkan sesuatu untuk tanah air ini. Saya mahu bangkit berjuang seperti beliau untuk memastikan tiada kekesalan dalam diri saya pada kemudian hari, apabila tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan negara kami daripada kleptokrasi.

Namun, isi kandungan buku ini jauh sekali daripada mampu mencabar atau  mengugat keimanan diri saya terhadap Tuhan saya.  

Keimanan saya tidak akan tercabar hanya kerana kisah pengalaman Hannah Yeoh didalam buku biografinya. Pada saya, ianya terletak ditangan Tuhan, bagaimana Tuhan hendak menunjukkan jalannya pada umat yang lain, walaupun umat itu bukanlah seseorang yang beragama Islam.

Itu adalah keputusan takdir daripada-Nya dan bukanlah hak saya ataupun sesiapa yang lain untuk menghukum ataupun menilai takdir tersebut. Namun, tidak kiralah apa jua takdir Hannah Yeoh, pengalaman beliau tidak mewakili pengalaman umat di seluruh alam dan tentu sekali tidak akan menjejaskan kepercayaan saya terhadap agama saya.

Jujur saya katakan, saya merasakan begitu terkesan sebagai seorang umat Islam, apabila Kamarul Zaman Yusuff mengatakan bahawa buku biografi Hannah Yeoh itu mampu mencabar keimanan dan ketakwaan saya. Kenyataan Kamarul Zaman menggambarkan bahawa seolah-olah begitu tipisnya keimanan umat Islam di Malaysia, dan begitu senang iman itu boleh dimusnahkan, hanya dengan sebuah buku biografi yang ditulis oleh seorang ahli politik.

Pada saya, jikalau iman seseorang itu boleh digugat sebegitu senang oleh sebuah buku biografi, maka masalah keteguhan iman seseorang itu terletak pada dirinya sendiri dan bukannya tanggung jawab Hannah Yeoh.

Sepanjang kerjaya politik Hannah Yeoh sebagai seorang wakil rakyat, beliau pernah menghadiri pelbagai jenis program-program perayaan umat Islam di dalam masjid mahupun surau. Namun beliau tetap seorang penganut agama Kristian yang begitu komited terhadap kepercayaannya.

Jika ini merupakan satu pengajaran buat saya, maka pengajaran itu adalah kita harus yakin terhadap kepercayaan agama kita, dan bukannya begitu mudah untuk melepaskan akidah kita hanya kerana mengetahui tentang pengalaman hidup orang lain.

Untuk Kamarul Zaman, mungkin dirinya kagum dengan kehebatan “Tuhan Hannah Yeoh”. Namun bagi saya, itu adalah kelemahan iman diri Kamarul Zaman sendiri dan ingin saya menasihatkannya supaya perbanyakkan istighfar.

Pada saya, tidak kiralah apa-apa cerita ataupun kisah yang telah ditulis oleh Hannah Yeoh, tidak perlulah kita sebagai umat Islam untuk kagum terhadap kepercayaan atau Tuhan orang lain, jika kita benar-benar mempunyai akidah yang kuat.  

Pengalaman Hannah Yeoh semestinya tidak boleh dibandingkan dengan pengalaman ataupun kepercayaan saya kepada Tuhan saya. Malah, jika seseorang umat Islam boleh dipengaruhi dengan begitu senang ataupun terpujuk hanya dengan sesebuah penulisan, maka ingin saya persoalkan, bagaimana pula dengan filem-filem Hollywood yang selalu menyebarkan ajaran agama Kristian? Adakah perlu diharamkan juga?

Bagaimana pula dengan dakwah-dakwah Kristian yang begitu senang didapati dalam laman web sosial seperti “Youtube?” Adakah perlu diharamkan juga?

Dan akhirnya, begitu banyak negara-negara barat yang majoriti rakyatnya adalah penganut agama Kristian. Adakah kita perlu mengharamkan umat-umat Islam di Malaysia untuk melawat ke negara-negara tersebut?

Jika jawapannya “ya”, berapa banyakkah lagi perkara-perkara yang perlu kita haramkan untuk memastikan supaya iman umat-umat Islam di Malaysia ini tidak tergugat?

Kamarul Zaman jelas telah mengejek kepercayaan dan keimanan saya. Maaf, tetapi iman saya terletak pada diri saya sendiri dan bukannya pada orang lain.

Oleh itu, kenyataan Kamarul Zaman merupakan satu penghinaan terhadap saya dan umat-umat Islam di Malaysia, kerana kenyataannya telah memberikan gambaran seolah-olah iman umat-umat Islam di Malaysia ini adalah senipis kulit bawang.

Pada saya, komitmen Hannah Yeoh terhadap kepercayaan agama beliau adalah soal peribadi beliau dan saya menghormati kepercayaan beliau.

Malah, saya lebih senang dengan seorang wakil rakyat yang memilih untuk komited terhadap kepercayaan agamanya daripada seorang wakil rakyat yang komited terhadap kesenangan dan kekayaan hidup di dunia. – Roketkini.com

*JAMALIAH JAMALUDDIN ialah hos untuk program temubual “Helo Roket” yang disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook DAP Malaysia.

3 comments:

  1. Jgn risaulah org melayu malas membaca... tkde sapa akn murtad kerana buku tu

    Buku agana sendiri pun xbaca... klu bc dn kaji tentu tkde yg masuk syiah

    Org melayu blh murtad dgn sebb kesempitan hidup...kristian tolong...badan zakat byk cekadak

    Yg ni pemimpin melayu umno pas biarkn ... sibuk ruu yg bkn hudud tu.

    Isu ni semata2 politik murahan umno pas





    ReplyDelete
  2. Bakal profesor kangkung dari sebuah univ yg jauh di sana!!

    ReplyDelete

  3. Pokoknya,

    Sblum kita mencari alasan2 picisan senipis kulit bawang drp buku Hannah itu, apakata kita kaji dgn jujur sejujur2nya isu2 yg terang2 merosakkan AKIDAH yg ada didepa mata kita semua skrg ini..

    1) 1MDB isu mencuri klepet dgn menipu serta mengelirukan umat yg tertindas--skejap kata DERMA, skejap kena ada 4 org saksi, skejap lg kata dah pulangkan kpd pak'Arab pulok dah..apakah jenis AKIDAH yg sebobrok ini?

    2) FITNAH merapu2 barua broka & pilkuda, senyap2 dpt 90juta ttpi TAK berani serta berbelit2 bertangguh2 utk menyaman MARUAH diri yg dah cemar, telahan pulak slalu berjubah bersorban & mnjd imam semayang serta berbuih2 mulut dgn zikir hadis dan Quran!

    1) & 2) jenis AKIDAH diatas itu adalah terang2 merupakan jenis AKIDAH bobrok penipu & PENDUSTA bahkan yg ke 2) itu merupakan sebobrok2 AKIDAH krn berpura2 dgn TOPENG jubah sorban & Quran demi melindungi bangkai KHIANAT dan kepura2an niat yg songsang!

    Adakah Allah yg menurunkan RIBUT tepat kemuka mrk t.hari tidak tahu betapa lacur & bobroknya AKIDAH mrk itu?

    Adakah akidah Hannah itu lebih bahaya jk dibandingkan dgn kedua2 AKIDAH yg menipu mengeliru mngklepet serta benar2 menindas mnzalimi rkyat ketika ini!?

    Klu lu org tanya itu RIBUT, jwpan nya sgt2 terang & nyata, & jgn WAS WAS ragu2 lg kawan..org yg mintak JAHANNAM itulah yg JAHANNAM sekali akidahnya!

    Klu disis RIBUT pon dah kena hempap dan TERAJANG so adakah lg nilai AKIDAH-jahannam mrk ini disisi Allah!?
    fulstop!!

    ReplyDelete