Friday, May 12, 2017

Sampai gini dituduh dan dibalunnya PKR: Azmin dan PKR tak rasa apa-apa ke, tadak 'kote' ke Azmin?

Hubungan PAS-PKR tamat serta merta, kata Majlis Syura

  | May 11, 2017
PKR dilihat bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan, menentang RUU 355 dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS-PKR terbatal serta merta, kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini.
Zawawi berkata kerjasama mereka terbatal kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan “hukum syarak” dan “akhlak Islam”.
Majlis menyenaraikan 3 pelanggaran, dipercayai sebab utama, yang menyebabkan keputusan ini.
“Antara perlanggaran tersebut ialah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU 355.
“Melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.
“PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” kata Zawawi pada sidang media di ibu pejabat PAS petang tadi.
Ia sudah dijangka, kerana ia diangkat daripada usul yang diluluskan perwakilan PAS dengan sebulat suara di mesyuarat agung tahunan parti di Kedah baru-baru ini.
PKR membentuk gabungan Pakatan Harapan dengan parti serpihan PAS iaitu Amanah, DAP dan PPBM. PAS sebelum ini berkata mereka tidak mahu bekerjasama kesemua parti rakan PKR itu.
Dengan keputusan ini, pintu terbuka kepada pertembungan antara PAS dan PKR di semua kerusi PKR, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.
Mengenai kedudukan PAS di Selangor, Zawawi mengumumkan majlis mengambil keputusan untuk menyerahkan sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran di negeri itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
“Ia juga dilakukan dengan merujuk kepada maslahat dan kepentingan Islam dan rakyat,” katanya.
PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor sejak pilihan raya umum 2008 apabila mereka dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP berjaya menawan negeri itu daripada Barisan Nasional.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan PAS Selangor sebelum ini menolak semua cadangan merombak pentadbiran kerajaan negeri.
Sewaktu diserbu pemberita, Zawawi berkata, mesyuarat berkenaan berjalan dengan lancar dan PAS tidak melihat sebarang masalah dengan hasrat Azmin untuk bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membincangkan masalah antara kedua parti di Selangor.
“Tidak ada masalah. Kita juga masih belum beritahu PKR berkenaan perkara ini,” katanya.
Ketika ditanya, Zawawi tidak mahu memberitahu media mengenai respon daripada para exco PAS Selangor.
PAS mempunyai 3 exco di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan. Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor juga daripada PAS.
Selepas perpecahan dan letak jawatan atau pemecatan, kedudukan sekarang menyaksikan PKR mempunyai 12 kerusi, DAP 14 kerusi, PAS 13 kerusi, BN 12 kerusi, Amanah 2 kerusi dan Bebas 2 kerusi
Kaitan: 
FMT Reporters | May 11, 2017
PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam rundingan politik dengan PKR.
PETALING JAYA: Beberapa jam selepas PAS mengumumkan “tahaluf siyasi” dengan PKR terbatal, parti itu di Selangor berikrar untuk kekal sebagai komponen dalam kerajaan Selangor yang dipimpin PKR sehingga tamat penggal ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dalam kenyataan ringkas berkata keputusan itu bagi menghormati mandat yang rakyat berikan pada pilihan raya umum lalu.
“PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera,” kata Sallehen, merujuk kepada gabungan baru bersama Parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

* Jenis lebai kelaghoh. yang dia khianat dan sabotaj calon PKR dalam PRU dulu tak nampak. Tapi bila berselisih dengan PKR cepat jer dia nampak.

Pastu pulak terhegeh-hegeh tanak berambus pulak!
Kalau aku dicincang lumat aku takkan berbincang dan percaya lagi pada jenis manusia macam ni!

3 comments:

  1. Secara automatik pas sudah jd pembangkang diSlangoq...tp oleh kerana azmin dah termakan budi ngan parti hadi awang kena tebao muka gak la...pkr pun x dak maruah gak...

    ReplyDelete
  2. Pkr kena paksa azmin buang exco pas tu. Nk nego apa lagi dgn hadi awe? Azmin no teloq. Azmin jgn degil mcm khalid brahim. If azmin degil. Pecat azmin. Kita wat drama sikit. Azmin kena patuh arahan parti. Ada faham? Pkr bkn milik azmin. Dah putus nk nego apo lg? Azmin ni mcm bodohh jer. Kikiki

    ReplyDelete
  3. Aku setuju bhw azmin dah tkder kote. Kjaan bkn milik azmin. Pas kekal exco konon maslahat. Ni bkn maslahat tp tipu muslihat drp lebai taik fulus pimpinan hadi. Pas amal politik taik. Dunia tk pernah wat lagu ni. Pas anut mazhab machiaville. Hahaha

    ReplyDelete