Monday, May 29, 2017

Park Geun-Hye: Keadaan ini, siapa yang menang?

Park Geun-Hye kembali ke mahkamah
Agensi |  Diterbitkan pada Mei 29, 2017 16:04 MYT
Park Geun-hye selepas selesai perbicaraan kesnya di Mahkamah Daerah Pusat Seoul di Seoul, Korea Selatan, pada Selasa, 23 Mei, 2017. (AP Photo/Lee Jin-man)

SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye kembali ke mahkamah pada Isnin bagi menyambung semula perbicaraan kes rasuah beliau.

Geun-hye menghadapi pertuduhan termasuk peras ugut, rasuah dan membocorkan rahsia kerajaan.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Beliau bagaimanapun menafikan melanggar mana-mana undang-undang.

Presiden wanita pertama Korea Selatan itu dipecat daripada jawatannya awal bulan ini.

Rakyat Korea Selatan keluar mengundi 9 Mei untuk memilih presiden baharu.

* Bukankah maruah Rakyat Korea yang menang?

Mereka tidak lagi ditipu oleh seorang manusia yang berperisaikan kuasa!

No comments:

Post a Comment