Tuesday, May 9, 2017

Kenapa PAS tak bubarkan saja atau PAS berpeluk dengan UMNO di dalam BN?

Wednesday, May 3, 2017
PAS DAH TERIMA UMNO KERANA.....
Pasca muktamar: Pas terima Umno sebab ucap syahadah

Posted By: Pentadbir Pasca Muktamar Pas kali ke 63 di Kedah dilihat tidak banyak membawa perubahan kepada cara berfikir dan bertindak pemimpin parti Islam itu. Acara selama empat hari itu tidak membuahkan mutiara ilmu melainkan kutukan serta cacian daripada perwakilan Pas kepada bekas sekutu mereka PKR serta Amanah.

Muktamar juga menyaksikan Pas memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR yang telah 18 tahun berjalan lancar.

Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi Awang pula mengakui tidak akan melupakan jasa Umno kerana membenarkan RUU 355 dibentang di Dewan Rakyat walaupun tidak dibahas.

Bagi ahli vateran Pas yang tidak mahu dikenali, muktamar kali ini katanya adalah medan pengiktirafan Pas ke atas jasa-jasa Umno dan perisytiharan parti itu ke atas Pakatan Harapan sebagai musuh rasmi pilihan raya umum ke 14.

“Mungkin pada waktu hadapan, berdasarkan Umno diiktiraf dalam muktamar ini, Pas akan berpakat dengan parti itu untuk membentuk kerajaan negeri.

 “Sebab yang membolehkan hal itu terjadi mudah saja kerana Umno mengucap syahadah. Hadi muslim, Najib pun muslim, Tuan Ibrahim Islam dan Zahid Hamidi pun Islam, mudah.

 “Tiba waktunya Pas melupakan dosa-dosa Umno walaupun pernah mereka kategorikan sebagai hampir-hampir tercabut iman kerana menegakkan hukum-hukum jahiliah ciptaan manusia suatu ketika dahulu,” kata veteran itu yang pernah menjadi penyokong kuat pentadbiran Hj Hadi sebagai menteri besar Terengganu pada 1999 – 2004.

Selain itu, beliau juga membawakan contoh pemimpin Pas Terengganu yang pernah berubah hati menyertai Umno sepanjang dekad 1980an lalu.

“Sejarah Pas Terengganu menyaksikan Tok Guru Haji Abas dari Pondok Tok Jiring, bekas senator dewan negara daripada kuota Pas menyertai Umno di bawah Wan Mokhtar Ahmad.

“Tak pelik atau aneh jika sekarang ada lagi tok-tok guru dari Pas akan berbaik dengan Umno. Ahli-ahli Pas Terengganu reda dan faham akan hal ini.

“Konsep ‘samek na wa atok na’ diguna pakai oleh ahli-ahli Pas untuk mentaati pemimpin mereka walau apa pun yang diputuskan.

“Lagipun pemimpin Pas telah menunjukkan jalan keluar kepada ahli-ahli yang tidak berpuashati atau tidak boleh menerima dasar-dasar baru Pas supaya keluar parti dan tubuh parti baru,” katanya kepada Suara pakatan daily.

DIRECTER Gajah Menta JAM : 12:33 PM

Ku Nan kepada PAS: Walaupun terlanjur, boleh pulang ke pangkuan

  | May 8, 2017
Umno sedia mendengar dan memberi peluang jika PAS ingin kembali kepada Umno dengan ikhlas dan jujur
PUTRAJAYA: “Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno,” kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cadangan supaya kedua parti itu bersatu.
Beliau berkata Umno parti inklusif yang sedia mendengar dan memberi peluang jika PAS ingin kembali kepada Umno dengan ikhlas dan jujur.
“Kita sebuah parti inklusif seperti yang disebut timbalan perdana menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) di Sabah baru-baru ini dan belum terlambat lagi (untuk PAS kembali kepada Umno).
“Walaupun telah terlanjur, boleh pulang ke pangkuan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai cadangan supaya PAS kembali menjadi Biro Agama Umno sempena sambutan ulang tahun ke-71 Umno pada Khamis ini (11 Mei).
Menurutnya kedua-dua parti itu tidak mempunyai masalah dan terpulang kepada pucuk pimpinan PAS jika langkah itu difikirkan perlu untuk kebaikan negara, orang Melayu dan umat Islam.
Tengku Adnan berkata beliau juga pasti Anggota Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti perkara itu.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kehadiran beliau pada majlis pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 4 Mei adalah permulaan kepada politik matang antara parti itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

1 comment:

  1. Shy shy tiger sopan lah tu konon2nya..
    Shy shy Al-Germani nak tengok porno free..
    Shy shy Ayoh Cheek berJUTA dibayor FITNAH pilkuda
    Shy2 Ayoh Chiik lg MAKI-hamun ddlm bukit ada BABI
    Shy shy Tontontv otak kat LUTOT bubuh bwh kaki

    Shy shy RIBUT menghempap mmbawa "MAKNA" yg hakiki
    BALA "hempapan" RIBUT khusus "tepat" mnjd BUKTI
    Sapakah sbnr2nya yg dah mnjd MUSUH nabi2!?
    PONTENG uturn FITNAH khianat menCURI..

    Kita tunggu BALA' apa lg yg PASTI dtg slps ini!

    ReplyDelete