Mustafa digugur, tiga pesuruhjaya negeri ditukar
MUHAMMAD AFHAM RAMLI - 6 MEI 2017
KUALA LUMPUR - Datuk Mustafa Ali digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, manakala tiga Pesuruhjaya Pas negeri juga ditukar iaitu Terengganu, Selangor dan Johor.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Mustafa dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan penasihat kepada presiden parti.
Beliau berkata, jawatan Mustafa itu digantikan oleh Setiausaha Politik Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Beliau (Mustafa) akan menasihatkan parti apabila diperlukan, selain berperanan sebagai penasihat kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Menurut Takiyuddin, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan sejak 1 Mei hingga hari ini, turut sebulat suara melantik Razman Zakaria sebagai bendahari menggantikan Mohamad Noor Mohamad.
Sementara itu, tiga pesuruhjaya negeri yang ditukar ialah Datuk Iskandar Abdul Samad di Selangor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed di Johor dan Saiful Bahri Mamat di Terengganu.
“Datuk Husin Awang menggantikan Saiful Bahri, Sallehen Mukhyi menggantikan Iskandar dan Abdullah Hussin menjadi Pesuruhjaya Pas Johor,” katanya.
Beliau berkata, 11 pesuruhjaya yang lain masih kekal.
Takiyuddin berkata, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menguruskan hal ehwal parti di luar negara termasuk menjaga kebajikan ahli-ahli.
Tiga Naib Presiden Pas iaitu Idris Ahmad, Iskandar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula, Takiyuddin berkata, mereka bertanggungjawab menjaga beberapa negeri yang dibahagikan kepada tiga zon.
Katanya, Idris akan menjaga Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, manakala Iskandar di Zon Selatan (Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka) seterusnya Zon Timur (Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak) pula di bawah tanggungjawab Mohd Amar.
Senarai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat sesi 2017-2019
Setiausaha Agung: Datuk Takiyuddin Hassan
Bendahari Pas Pusat: Razman Zakaria
Ketua Penerangan: Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihan Raya: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Penolong Setiausaha Agung (1): Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung (2): Khairul Fahmi Mat Som
Ahli Jawatankuasa (1): Mohd Sanusi Md Nor
Ahli Jawatankuasa (2): Saiful Bahri Mamat
Ahli Jawatankuasa (3): Mohamad Hussain
Ahli Jawatankuasa (4): Dr Mohd Khalid Kassim
Ahli Jawatankuasa (5): Zainal Abidin Kidam
Ahli Jawatankuasa (6): Datuk Dr Abdul Hakeem Johari
Ahli Jawatankuasa (7): Wan Rohimi Wan Daud.
Senarai Pesuruhjaya Pas Negeri dan Wilayah Persekutuan sesi 2017-2019
Kelantan: Datuk Ahmad Yaakob
Terengganu: Datuk Husin Awang
Perlis: Mohd Shukri Ramli
Kedah: Dr Ahmad FakhruddinFakhrurrazi
Pulau Pinang: Muhammad Fauzi Yusoff
Perak: Razman Zakaria
Selangor: Sallehen Mukhyi (Adun Sabak)
Wilayah Persekutuan: Mohamad Noor Mohamad
Pahang: Rosli Abdul Jabar
Negeri Sembilan: Mustafa Daharum
Melaka: Kamaruddin Sidek
Johor: Abdullah Hussin
Sabah: Paumin @ Aminuddin Aling
Sarawak: Jofri Jaraiee

Huhu. Kabinet walaun pas. Mustafa dah jadi kain buruk. Tak berguna lagi. Mgkn mustafa bantah gabung dgn umno perompak. Huhuhu. Paling hebat mat shamsuri. Bawa jet dia tau. Bawa pas hadap Pru alamat karammm. Wait n see. Ding ayam pi mana? Menantu ker hantu umno? Kikiki
ReplyDelete