Tuesday, May 9, 2017

Fie...Fie....sebelum ni Fie kat mana?

Dah terpinggir dan terbuang baru nak bersuara begitu?
Tak 'backfire' ke?

Sabah paling miskin, tapi bukan penerima BR1M terbesar, kata Shafie Apdal

  | May 8, 2017
Shafie Apdal berkata tidak semua orang di Sabah mendapat bantuan tunai dari Putrajaya itu.

PETALING JAYA: Bekas menteri luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa walaupun Sabah merupakan negeri paling miskin, ia bukan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang terbesar di Malaysia.
“Bagi BR1M, satu tahun RM1,000 sahaja, satu bulan RM90. Itu pun tidak semua orang sini dapat. Negeri Sabah negeri yang paling miskin tapi negeri Sabah bukan penerima BR1M yang terbesar di Malaysia,” kata presiden Parti Warisan Sabah itu di sebuah cerama di Pensiangan, semalam.
“Saya difahamkan, saya tidak tahu betul atau tidak… penerima BR1M yang terbesar di negeri Pahang, Kelantan. Tapi Sabah tidak. Kita merupakan negeri paling miskin, paling besar bagi sumbangan kepada negara dan kita paling kurang dapat,” kata Shafie.
Pada 17 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan sebanyak 5,153,238 permohonan BR1M bagi 2017 diluluskan kerajaan.
Selangor mencatatkan kelulusan tertinggi dengan 666,316 permohonan serta Sabah dan Sarawak masing-masing 477,482 dan 537,588 permohonan.
Shafie yang juga ahli Parlimen Semporna berkata partinya lebih berminat mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar.
“Kalau orang kampung dapat kerja, gaji satu bulan RM1,000 dapat RM1,000 BR1M untuk setahun. Berikan kerja untuk anak-anak kita di peringkat luar bandar.
“Macam mana kita hasilkan kerja untuk masyarakat luar bandar? Kita kena berikan pendidikan dan latihan. Maka dengan itu kita akan wujudkan Kementerian Pelajaran di peringkat negeri Sabah,” katanya.
Beliau turut mempertikaikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang baru-baru ini mengkritik cadangan mewujudkan Kementerian Pelajaran untuk Sabah.
“Mereka ingat kita tak mampu buat Kementerian Pelajaran. Siapa cakap kita tak boleh wujudkan Kementerian Pelajaran? Kalau dia boleh buat Kementerian Pertanian kenapa Kementerian Pelajaran tidak boleh wujud?
“Saya uruskan Mara dahulu. Mara jabatan kerajaan. Dia (Mara) boleh wujudkan MRSM, Kolej Polytech Mara dan Universiti Risda saya wujudkan.
“Kalau jabatan boleh kita wujudkan, inikan negeri. Kerajaan ini jauh lebih besar daripada jabatan. Kenapa tidak boleh? Jangan kata kepada saya kita tak boleh sedangkan kita telah buat sebelum ini. Ada cara dia, bukan tidak ada cara,” katanya.
Dalam ucapannya juga, Shafie turut meminta agar Perayaan Tadau Keamatan, atau Pesta Keamatan, yang disambut masyarakat Kadazan di Sabah, diangkat sebagai cuti kebangsaan.
“Kerana kita sedar dan tahu masyarakat Kadazan-Dusun, Murut ini merupakan kaum yang juga memberikan sumbangan cukup besar dalam pembentukan Malaysia.
“Tidak mungkin negara kita boleh merdeka kalau suku kaum Kadazan-Dusun tidak setuju, tidak memberikan kerjasama yang baik sehingga memungkinkan kita dapat membentuk sebuah negara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment