Friday, May 12, 2017

Tahaluf syiasi: Azmin sendiri yang merangkak ke dalam jerat sedangkan jalan keluarnya ada......

Thursday, May 11, 2017
Usul tahaluf syiasi menjerat Azmin Ali?

ULASAN AWAL

Majlis Syura Ulama (MSU) parti agama (Pas) petang ini telah mengumumkan hasil sidang mereka bahawa usul memutuskan tahaluf syiasi dengan PKR diterima. Ertinya MSU telah mengerjakan tugasan mereka. Institusi itu membuat keputusan dari konteks keselarasannya dengan perlembagaan parti agama itu yang berlandaskan al Quran dan al Hadith.

Nampak berhati-hati benar Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Walhal kalau hendak diikutkan semangat perlembagaan dan organisasi, (cara berorganisasi) usul itu sepatut tamat apabila muktamar ke 63 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Kedah baru lalu menerima sebulat suara usul agar hubungan politik Pas dengan PKR diputuskan. Tetapi ia dibawa kepada MSU untuk membuat perincian dari sudut hukum hakam. 

Yang sedikit memelikkan MSU mengembalikan pula usul berkenaan kepada Jawatankuasa kerja Pas. Ertinya jawatan kuasa eksekutif Pas akan mengambil tindakan susulan. Memahami apa dijelaskan oleh Setiausaha MSU, Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika mengumumkan perkara itu hari ini, eksekutif Pas akan membuat keputusan dengan mengambil kira "maslahat" rakyat dan kerajaan.

Bagi orang yang kurang faham, tidak akan mengerti kenapa perkara itu dipulang pula kepada eksekutif parti. Sebaliknya bagi orang yang dapat melihat lembaga kandatipun dalam gelap ianya adalah disebabkan Pas masih lagi mengambil kira kepentingan dan keuntungan kedudukannya dalam kerajaan Selangor.

Pandangan saya jawatankuasa kerja Pas tidak akan membuat keputusan berlainan dengan pandangan muktamr dan MSU itu. Pasti akan ada hujah-hujah sokongan untuk "menyelamatkan" kedudukan dan kepentingan Pas dalam kerajaan Selangor.

Suatu alasan yang mungkin boleh digunapakai untuk mengekalkan kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor dengan beralasan kerajaan itu dibentuk semasa tahalul syiasi dan pemutusan tahluf syiasi tidak berlaku pengeluran Pas dari kerajaan Selangor. 

Dalam sudut lain keputusan MSU hari ini meletakkan MB Selangor Azmin Ali menjadi makin "lorat" sedikit untuk menaganinya sehinggakan mungkin menjadikan tidurnya tidak berapa "jenak". Cadangan beliau hendak berjumpa dengan Abdul Hadi Awang, mungkin dapat menyelesaikan soal kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor yang mana beliau akan jelaskan sedikit masa lagi. 

Pas seakan sudah terlepas dengan isu berkenaan tetapi Azmin masih terungkai dalam jerat yang play safe yang dipasangnya sendiri. Adalah elok kalau eksekutif mengambil keputusan memenuhi kehendak muktamar dan keputusan MSU itu bagi membolehkan parti agama itu melaksanakan apa yang saya pesankan dalam warkah "Mimpi Terganggu" yang saya tujukan kepada Ayah Chik.

Meramalkan apa yang berlaku nanti mungkin timbul sedikit ketergangan dan percanggahan pendapat dalam pimpinan tertinggi PKR nanti sewaktu mereka membincangkan untuk memberi reaksi kepada tindakan Pas itu.

Kumpulan yang "sepapan" dengan Azmin akan bersikap terbuka dengan Pas manakala kumpulan satu lagi pasti mahu PKR bertegas dengan usul yang boleh dianggap merendahkan wibawa PKR itu. [wm.kl.8:43 pm 11/05/17]

Posted by mohd sayuti Omar at 8:53:00 PM 

Pakar undang-undang: Exco PAS perlu dipecat atau berundur

  | May 11, 2017
Mereka tidak lagi boleh kekal sebagai exco kerana kepimpinan tertinggi parti mereka sudah membuat pendirian, kata Aziz Bari
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali patut keluarkan 3 exco PAS atau mereka meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama untuk memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR, kata seorang pakar undang-undang perlembagaan.
Prof Abdul Aziz Bari berkata dalam model Westminster, yang menjadi struktur kepada sistem politik Malaysia, wakil rakyat harus keluar apabila badan tertinggi parti atau kepimpinan tertinggi membuat pendirian.
“Ketua eksekutif, sama ada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, boleh keluarkan anggota kabinet mereka,” katanya.
Aziz berkata demikian menjawab kenyataan Azmin semalam, yang mengatakan tiada rombakan dalam barisan kepimpinan negeri kerana pengundi pada pilihan raya lepas memilih PAS, serta DAP dan PKR untuk bersama membentuk kerajaan negeri.
Exco Datuk Iskandar Abdul Samad juga berkata mereka akan kekal dalam kerajaan Selangor sementara menunggu keputusan kepimpinan tertinggi parti.
Petang tadi Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS dan PKR terbatal.
Majlis itu menyerahkan persoalan sama ada 3 exco mereka perlu berundur dari kerajaan Selangor kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.
Majlis itu berkata sebarang tindakan perlu dilakukan dengan merujuk kepada “maslahat” dan “kepentingan Islam dan rakyat”.
Aziz berkata PAS perlu mengambil pendirian berprinsip, seperti yang dilakukan bekas presiden mereka Tan Sri Mohd Asri Muda pada 1977.
Pada ketika itu, Menteri Besar Kelantan Mohamad Nasir dari PAS, yang cenderung ke arah Umno, hilang undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri tetapi enggan meletak jawatan.
Akibatnya, Aziz berkata Kuala Lumpur mengisytiharkan kecemasan untuk meletakkan negeri itu di bawah kerajaan persekutuan.
PAS menyertai Barisan Nasional pada 1973 dan Asri menjadi menteri persekutuan.
“Tetapi Asri meletak jawatan dari kabinet sebagai membantah apa yang berlaku di Kota Bharu,” kata Aziz.
Begitu juga anggota kabinet dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan atau dikeluarkan kerana tidak seiring dengan perdana menteri.
“Jadi, tiada cara lain exco PAS boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selepas keputusan muktamar, yang secara sah merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam sesebuah parti politik.”
Aziz berkata dari sudut perundangan, keputusan Majlis Syura Ulama hari ini bersifat menasihat dan tidak mempunyai kesan perundangan.
Sekiranya PAS mengeluarkan dirinya dari kerajaan Selangor, semua wakil yang dilantik di peringkat kerajaan tempatan dan jawatankuasa masjid juga akan terkesan.
Dewan Negeri Selangor mempunyai 14 wakil rakyat DAP, 13 PKR, 13 PAS, 11 Umno, 2 Amanah dan 2 Bebas. Kerusi DUN Sungai Ayer Tawar dikosongkan susulan kematian wakil rakyat BN.
Ini bermakna kerajaan negeri pakatan pembangkang menguasai sejumlah 29 daripada 56 kerusi dewan, tanpa sokongan PAS.

1 comment:

  1. Aku setuju memang siazmin yg masih lunak ngan pas hadiawang...sanggup tebai muka nk jumpa gak ngan pas hadiawang...dah termakan budi kena serahlah body...walaupun pas hadiawang dh runtuh jambatan azminali sanggup lak nk buat jambatan lg pd pas hadiawang...dah x maruah diri begitu la...

    ReplyDelete