Wednesday, May 10, 2017

Apa kena dengan Azmin ni: Masih berharap pada yang tak hingin?

Azmin sedia jumpa Hadi bincang masalah PAS-PKR di Selangor

  | May 9, 2017
Azmin Ali percaya masalah antara PAS dan PKR boleh diselesaikan melalui perbincangan dan konsensus

SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedia berjumpa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau mana-mana kepimpinan parti Islam itu untuk membincangkan “masalah” mereka dengan PKR di Selangor menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Kita mesti merendahkan hati untuk duduk dan berbincang. Walaupun ada perbezaan, tetapi saya fikir masalah boleh diselesaikan melalui perbincangan dan konsensus,” katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
Ketika membentangkan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR di mesyuarat agung tahunan mereka baru-baru ini, PAS menuduh parti reformasi itu mengkhianati perjanjian kerjasama antara mereka.
PAS tidak berpuas dengan sokongan yang PKR berikan kepada calon Amanah pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar Jun tahun lepas, kegagalan PKR memberikan sokongan kepada usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meningkatkan hukuman maksimum kesalahan syariah, dan dilihat bersama DAP menentang usul Hadi itu.
Usul tersebut diluluskan perwakilan secara sebulat suara dan kini diangkat ke Majlis Syura Ulama PAS untuk dimuktamadkan.
Namun sehingga kini, Azmin menolak cadangan merombak kerajaan Selangor dan PAS juga enggan berundur daripada kerajaan yang dipimpin seorang menteri besar PKR.
“Inilah peranan dimainkan PKR sejak sekian lama, kita berikan kepimpinan. Seperti saya katakan, kepimpinan adalah kebolehan untuk satukan kekuatan.
“Kita akan teruskan usaha ini sebab saya yakin kepimpinan tertinggi PAS akan buat keputusan terbaik untuk selamatkan negara dan ekonomi Malaysia keseluruhan,” katanya.
Di peringkat majlis mesyuarat kerajaan negeri, PAS diwakili 3 exco iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib, serta mempunyai ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan.
Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Shafie Ngah juga daripada PAS.
Sementara itu, Azmin menyambut baik pelantikan Adun Sabak Sallehen Mukhyi sebagai pesuruhjaya PAS negeri menggantikan Iskandar.
“Saya rasakan itu adalah langkah yang benar bagi memastikan kita lebih fokus dan bersedia untuk pilihan raya umum akan datang.
“Keputusan itu dibuat kepimpinan parti. Saya rasakan Iskandar ada peranan yang perlu dimainkan, bukan sahaja di Selangor,” katanya, sambil memuji Iskandar melakukan tugas dengan baik sebagai exco.

2 comments:

  1. Pada saya.... azmin tunduk kepada realiti politik bagi mengelakkan 3 penjuru seboleh mungkin.

    ReplyDelete

  2. 1) Azmin ada kartel

    2) Madey & Najib ada kroni

    3) Ha ha ahWANG ada pascai walaunta walaunti


    3 jenis SPESIS kat atas ni TAK dak hati utk rkyat!

    Rkyat cuma ada kat ujung BIBIR lidah depa shj krn HARTA serta KUASA adalah Tuhan2 mrk!?

    Sbb itu negara ini ditimpa BALA demi BALA!


    ReplyDelete