Saturday, May 6, 2017

Begini rupanya kulit manusia kebal yang tidak reput

Mayat ilmu kebal
Agensi
SUKARELAWAN bergambar dengan mayat lelaki yang mempunyai kulit yang tidak reput itu. - Exclusivepix Media

Bangkok: Sekumpulan sukarelawan yang membersihkan sebuah tapak perkuburan di Mukdahan dekat sini terkejut selepas menemui mayat seorang lelaki dengan keadaan kulit yang tidak mereput.

Kulit yang dipenuhi tatu dengan tulisan sanskrit dan gambar harimau itu ditemui masih membalut mayat berkenaan yang hanya tinggal tulang.

Beberapa pakar percaya, tatu berkenaan adalah satu bentuk ilmu hitam yang menjadikan kulit lelaki itu kebal dan tidak mereput.


Bagaimanapun, ada juga berpendapat ilmu kebal yang dimiliki lelaki itu menjadi punca kematiannya.

Satu pertubuhan arkeologi Thailand memberitahu, lelaki itu mungkin sakit tetapi ilmu hitam yang dimilikinya menyebabkan dia sukar mendapatkan rawatan.

“Ilmu kebal ini menyebabkan lelaki itu tidak boleh menjalani pembedahan yang mengakibatkan dia menderita sakit hingga mati.

“Kulit pada mayat lelaki ini dipenuhi tatu dan ia langsung tidak mereput,” kata pertubuhan berkenaan.

Menurutnya, ilmu hitam itu melindungi lelaki berkenaan daripada sebarang senjata tajam dan apabila dia mati, kulitnya tetap seperti sedia kala.

Pertubuhan arkeologi itu yang terbabit dalam kerja membersihkan tapak perkuburan berkenaan turut memuat naik gambar mayat lelaki itu di Internet.

Penemuan itu menyebabkan ramai penduduk Thailand yang majoritinya percaya dengan amalan ilmu hitam teruja.

“Ini sangat menakjubkan. Penemuan ini bukti bahawa ilmu hitam benar-benar wujud,” kata seorang pengguna media sosial, Suriya Rachatawet.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2016 @ 7:38 AM

No comments:

Post a Comment