Sunday, May 28, 2017

Diugut bunuh kerana cabar Hadi?

PAS dah terkena tempias angin Daesh ke?
Ini ugut bunuh dan......
Baru-baru ni Mej. Zaidi di tampar di perkarangan masjid

Tetap semangat walau dakwah disekat
WARTAWAN SINAR HARIAN - 28 MEI 2017
Ahmad Awang

SHAH ALAM - Walaupun disekat daripada memberi kuliah agama di masjid di Selangor namun tidak pernah memarahkan semangat Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang untuk terus berdakwah.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, sehingga kini, terdapat 14 masjid yang telah melakukan sekatan berkenaan walaupun beliau telah berceramah  atau memberi kuliah sejak 40 tahun lalu.

“Apa  yang  jadi ini buat saya lebih bersemangat untuk terus berdakwah  ke  jalan  ALLAH  SWT biar pun berdepan dengan  pelbagai rintangan.

“Jika satu menolak, insya-ALLAH ada pihak yang lain menerima khidmat saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ahmad berkata, beberapa masjid telah menghentikan kuliah agamanya selepas beliau mengumumkan menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan Presiden Pas  pada Muktamar Pas ke-61, dua tahun lalu.

Beliau berkata, Masjid Batu 10, Cheras merupakan masjid pertama yang menamatkan perkhidmatan beliau susulan pengumuman tersebut dengan alasan pihaknya  tidak sealiran dengan Abdul Hadi di dalam Pas.

“Saya telah berdakwah dan berceramah di masjid itu sejak lebih 20 tahun. Namun selepas pengumuman saya hendak menentang Abdul Hadi, mereka terus tamatkan khidmat saya.

“Ini adalah tidak wajar kerana saya mempunyai tauliah seumur hidup untuk memberi kuliah di Selangor dan Wilayah Persekutuan,” katanya.

Ahmad berkata, beliau tidak pernah mengharapkan sebarang bayaran seperti dikenakan oleh kebanyakan  pendakwah  selebriti lain di negara ini.

Katanya, pada kebiasaannya beliau hanya dibayar sekitar RM100 hingga RM150 bagi satu sesi kuliah atau ceramah yang dijalankan.

“Jika  dihitung dengan kos perjalanan, ia sememangnya tak berbaloi tapi saya tidak kisah kerana matlamat utama adalah untuk berdakwah ke jalan ALLAH  SWT dan bukan untuk wang semata-mata,” katanya.

Ahmad juga tidak menolak kemungkinan larangan memberi kuliah di beberapa masjid merupakan satu tekanan politik yang diwujudkan susulan daripada tindakannya mencabar kedudukan Abdul Hadi sebelum ini.

Malah, beliau  mendakwa  pernah menerima ugutan bunuh selepas mengumumkan mencabar Abdul Hadi.

“Selepas saya buat pengumuman itu, anak saya telah mendapat  satu khidmat SMS yang mengugut untuk membunuh saya sekiranya kekal bertanding menentang Abdul Hadi.

“Selepas itu, anak saya bergegas datang ke rumah saya dan merayu supaya saya tidak meneruskan hasrat tersebut,” katanya.

Menurut Ahmad, susulan kejadian itu, beliau telah beberapa kali menerima ugutan lain namun hanya mendiamkan diri dan enggan memanjangkan perkara terbabit.

“Sudah beberapa kali saya diugut sebenarnya tapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri,” katanya.

No comments:

Post a Comment