Friday, May 26, 2017

Pulak daah!

Putus tahaluf tiada kaitan dengan pentadbiran negeri, dakwa Pas Selangor
25 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Sallehen Mukhyi

Keputusan Pas untuk memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR  tidak berkait dengan urustadbir kerajaan negeri tetapi hanya berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya yang akan datang, dakwa Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Sallehen berkata keputusan menamatkan kerjasam politik dengan PKR juga bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan.
Ahli Dewan Negeri (Adun) Sabak itu juga mendakwa, Pas negeri 'teguh dan setia' bersama semua Menteri Besar yang diperkenankan Sultan Selangor sama ada ketika Selangor dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahupun Datuk Seri Mohammad Azmin Ali.
"Pas Selangor percaya bahawa kesetiaan dan keyakinan terhadap pemimpin yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan adalah asas penting untuk mempastikan kestabilan politik dapat dipelihara dengan baik dan waktu yang sama keprcayaan rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.
Beliau menambah, tiga Exco dan 10 wakil rakyat Pas negeri akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka.

"Apa yang penting bagi kami, kepentingan rakyat dan kestabilan politik adalah keutamaan yang tiada tukar gantinya," ujar beliau.

Pas katanya akan terus menggunakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menghadapi situasi yang mendatang. 

"Berpolitik secara santun, berpolitik secara hujah bukan sumpah seranah, berpolitik secara rasional dan bukan emosional adalah antara keperluan bagi memastikan kestabilan kerajaan tercapai.

"Bagi pihak-pihak yang sering mengeluarkan perkataan sumbang, yang dengki dengan kejayaan Kerajaan Selangor dan yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana konflik politik di Selangor harap dapat mengambil pengajaran dan peringatan terhadap Titah  DYMM Tuanku Sultan Selangor serta meyakini pendirian yang telah dinyatakan oleh Presiden PKR. Teguh dan setia bersama rakyat," ujarnya.

12 comments:

  1. Politik lebai-lebai dah sampai ke tahap paling teruk.
    Dalam ceramah, kuliah, usrah dan apa-apa lagi, berbuih mulut cakap yg kita semua mesti bermaruah.
    Bila tiba tang, cakap dah tak serupa bikin, maruah dah jadi anak butir taik, tidak dipedulikan!!

    ReplyDelete
  2. duit dan jawatan punya pasal malu dan maruah hilang

    ReplyDelete
  3. Pas parti yang .. Kluk Klek ..
    untung Halal .. rugi .. HARAM ..

    ReplyDelete
  4. Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS khususnya pasca terputus hubungan kerjasama politik dengan PKR, adalah ibarat biawak sedang berwirid. Matang dan sejahtera konon...pirrrahhh!!!

    ReplyDelete
  5. Sejak brgang dgn puak timbang kati lebai ni jdi pakar spin

    ReplyDelete
  6. .
    .

    Kalau macam itu mengapa Ahmad Awang tidak di benarkan berkuliah berceramah di 13 mesjid ?

    ReplyDelete
  7. Kesian teman nengok puok lebai cap bulan ni berpolitik... keliru dan tak tau kemana tujuan dan bawaan mereka pula tidak bermaruah... semuanya angkara mr presideng dan lebai-lebai nak nyahkan puok progresif drp parti.

    Lebai-lebai ni bila baca Quran dan Hadis, memang laa fasih tp applicationnya, FAIL, terutama mr presideng, pengungkap ANAK BUTIR TAIK.

    ReplyDelete
  8. Rugilah kalau letak jawatan exco, hutang sapa nak bayar, makan sapa nak bagi, duit bulan bulan tak ada lagi... Zaman ini mana ada orang ihlas berkhidmat... No money no talk..

    ReplyDelete
  9. Kesian Sallehin. Anak butir tahik hj hadi. Dio wakil hadi di selangor. Kiki. Jadi raja lawak pulak. Politik matang n sejahtera konon. Hihi. Memang berbau butir tahik. Sebenarnya pas boleh jer putus tahalluf tapi yang pas tak sanggup ialah putus fulussss. Inilah politik pas. Politik tahik. Shahnon kata Shit. Huhuhuhu. Ust Ahmad Awang tak boleh kuliah di 13 masjid di selangor? Why dio takdak master ke? Takdak tauliah? Pas dah jadi Parti Auta Semalaysia. Kikiki.

    ReplyDelete
  10. Kesian Sallehin. Anak butir tahik hj hadi. Dio wakil hadi di selangor. Kiki. Jadi raja lawak pulak. Politik matang n sejahtera konon. Hihi. Memang berbau butir tahik. Sebenarnya pas boleh jer putus tahalluf tapi yang pas tak sanggup ialah putus fulussss. Inilah politik pas. Politik tahik. Shahnon kata Shit. Huhuhuhu. Ust Ahmad Awang tak boleh kuliah di 13 masjid di selangor? Why dio takdak master ke? Takdak tauliah? Pas dah jadi Parti Auta Semalaysia. Kikiki.

    ReplyDelete
  11. Ini sallehin. Wak Gus Dur selangor. Mata nya sepet sebelah. Watak nya mcm Gus Dur jugak. Boleh bikin lawak mega. Mari kita ketawa. Kahkahkah

    ReplyDelete
  12. Ini sallehin. Wak Gus Dur selangor. Mata nya sepet sebelah. Watak nya mcm Gus Dur jugak. Boleh bikin lawak mega. Mari kita ketawa. Kahkahkah

    ReplyDelete