Friday, May 12, 2017

Macam tiada nilai PhD Dr Kamarul Zaman Yusoff

Nilai PhD  sudah tiada kepada Dr Kamarul Zaman Yuoff, justeru  dendam kesumatnya kepada AMANAH.?

Jawapan Kepada Dr Kamarul Zaman Yusoff: Isu Persamaan Perlembagaan Parti Amanah Negara Dengan Perlembagaan DAP

PERTAMA: Dr Kamarul Zaman Yusoff (FB post Kamarul Yusoff pada 9/5/2017) pada telah menyatakan bahawa Parti Amanah Negara (AMANAH) telah gagal untuk mendedahkan kandungan perlembagaan parti setelah setahun beroperasi.

JAWAPAN: AMANAH adalah parti berdaftar dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dan mana-mana ahli berdaftar mempunyai hak yang sama termasuk untuk mendapatkan perlembagaan parti. Bukan seperti PAS meletakkan Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hanya sebagai sekutu dan bukan ahli yang mempunyai hak sama rata. 

Oleh itu, selaras dengan peraturan Pendaftar Pertubuhan, setiap ahli berhak untuk mendapat akses kepada Perlembagaan AMANAH dan mereka boleh berhubung dengan Setiausaha Organisasi AMANAH jika ingin mendapatkan salinan Perlembagaan AMANAH. Bagi orang awam, mereka boleh membuat carian di Pejabat Pendaftar Pertubuhan jika mereka ingin mendapatkan perlembagaan AMANAH. Bahkan, Perlembagaan AMANAH (setakat 15/8/2016) dan cadangan perlembagaan baharu AMANAH telah diedarkan kepada ahli yang hadir Konvesyen Nasional AMANAH yang diadakan pada 10-11 Disember 2016, SACC, Shah Alam. Oleh itu, dakwaan Dr Kamarul Zaman Yusoff itu adalah tersasar daripada kehendak dan peraturan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

KEDUA: Dr Kamarul Zaman menyatakan bahawa perlembagaan AMANAH sama dengan Perlembagaan DAP daripada segi bentuk pemilihan. Di akhir tulisan dibuat innuendo berikut “Apakah persamaan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara dengan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi DAP ini adalah satu kebetulan atau dirancang?”

JAWAPAN: Sesuatu perlembagaan perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan hanya tebuk-tebuk sebelum membuat sesuatu perbandingan. Dr Kamarul Zaman hanya memetik bab pemilihan sahaja. Ini adalah tindakan yang tidak adil kerana setiap parti berhak menentukan kaedah pemilihan tersendiri. Bahkan pemilihan khalifah selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW juga berbeza-beza. Mengikut sirah Sayyidina Umar R.A, beliau sendiri telah mengusulkan nama Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair Al Awwam dan Saad bin Abu Waqas. Pemilihan Khalifah Uthman R.A. selaku khalifah ketiga adalah berdasarkan musyawarah ini. Konsep musyawarah ini yang dipakai dalam Perlembagaan Amanah. Mengapakah Dr Kamarul Zaman lupa sirah ini dan memilih untuk menyamakan AMANAH dan DAP? Tentu sekali ada niat tersiratnya, bukan?

Perkara 56 Perlembagaan AMANAH (setakat 15/8/2016, dan perlembagaan baharu dalam Bahasa Melayu sedang menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan) menyatakan:

56. The Annual National Convention shall elect a National Leadership Committee every three (3) years consisting of twenty-six (26) members. The twenty-six (26) elected members of the National Leadership Committee together with the Wanita Amanah National Head, the Pemuda Amanah National Head, and the Wanita Muda Amanah National Head, and fourteen (14) States’ Chairmen shall from amongst their number elect a President and a Deputy President both of whom shall profess a profound understanding of and commitment towards Islam and not more than three (3) Vice Presidents. The President shall hold office not more than three (3) consecutive terms. The President in turn shall appoint five (5) additional members of the National Leadership Committee with the approval of the National Leadership Committee. After having appointed the five (5) additional members of National Leadership Committee, the President shall with the approval of the National Leadership Committee, appoint from among the National Leadership Committee members; not more than two (2) Vice Presidents, a Secretary-General, a Deputy Secretary-General, not more than three (3) Assistant Secretaries, a Treasurer-General, an Organizing Secretary, a Communication Director, an Election Director, a Strategy Director, a Syariah Affairs Director, and a Leadership Development Director.

Dr Kamarul Zaman tidak cermat bila mana klausa 56 Perlembagaan AMANAH itu menyatakan terdapat 26 orang yang akan dipilih dalam Jawatankuasa Pimpinan Nasional dan bukan 25 orang seperti yang ditulis olehnya.

Selain itu, jelas sekali wujud perbezaan ketara antara Perlembagaan AMANAH dan Perlembagaan DAP. Perlembagaan AMANAH mensyaratkan Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah mempunyai kefahaman dan komitmen terhadap Islam yang tentunya hal ini tiada dalam Perlembagaan DAP. Begitu juga dengan jawatan yang dinamakan adalah berbeza. Antara jawatan dalam DAP yang tiada dalam AMANAH adalah National Chairman dan National Deputy Chairman, Deputy Secretary General, National Publicity Secretary, International Secretary dan National Director of Political Education.

Manakala, jawatan yang ada dalam AMANAH tetapi tiada dalam DAP adalah Presiden, Timbalan Presiden, Pengarah Komunikasi, Pengarah Pilihan Raya, Pengarah Strategi, Pengarah Pembangunan Kepimpinan dan Pengarah Hal Ehwal Syariah.

Begitu juga daripada segi struktur, dalam DAP kuasa eksekutif adalah terletak ke atas Setiausaha Agung tetapi dalam AMANAH kuasa eksekutif adalah terletak ke atas Presiden.

Kesimpulannya, Dr Kamarul Zaman bukan hanya membuat tohmahan liar bertujuan untuk menimbulkan keraguan orang ramai bahkan tidak cermat apabila gagal merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Amanah yang terkini. Selain itu, penelitian yang dibuatnya langsung tidak ilmiah dan tidak merujuk kepada hal sebenar. Sebagai seorang bertaraf Ph.D sepatutnya Dr Kamarul Zaman lebih teliti apabila mengemukakan fakta. Jika sesuatu fakta itu silap dan tidak tepat apakah nilainya Ph.D yang dimiliki olehnya.

KANUN, Parti Amanah Negara
12/5/2017

* Aku CnP dari sini

10 comments:

  1. Aku nampok Kamarul zaman ni prof. Dedak. Darahnye biru pekat cap Bn umno. Cakapnye main tonyoh terjah mcm Awe Selamat utusan malaysia. Penuh cuak kepada opposition. Nk tanya apo komen dio terhadap umno bn najib kleptokrasi 1MDB? Ada ke komen dio. Aku rasa otak nye sama bijak dgn prof. Jamal Jamban. Kikiki. Cuma dio rajin baca buku. JJ pula rajin baca majalah Gila-gila. Tu pasal otak JJ byk gilor. Kikiki

    ReplyDelete
  2. Aku sokong jamal jadi mb selangor kalau bn menang. Org yg sangat kreatif agresif n berani. Confim akan ada hari tanpa air seselagor. Perarakab kereta jenazah berhias seselagpr. Masa tu tokey2 judi tak berani buka kedai sebab mb jamql sendiri akan baut operasi. Selagor pasti akan maju n popular kalau jamal jadi mb. Hidup pak jamal. Napa Lama juga tak buat gimik ya

    ReplyDelete
  3. Tuhan telah menunjukkan dan membuka kebenaran dan mewujudkan kesangsian PhD Kamarul Zaman ini. Boleh dipertikaikan. Tidak malukah Kamarul Zaman menggunakan PhD palsu? Sedangkan beliau dalam parti atas nama Islam dan tidak rasa berdosakan jika beliau memcemsrkan imej agama Islam. Melalui tulisanya, maka semua cerdik pandai akan memerhati dan sangsi susur jalur PhD yang dimiliki atsu dibelinnya. Sekian. Dr A. Mariner

    ReplyDelete
  4. Awas. Ini bkn prof kangkong. Tp ini prof dedak. Mgkin phd beli pasar malam. Kerja nye sedut dedak. Bukan nk tunjuk yg hak dan hapus yg batil. Amar makruf nahi mungkar. Ini kerja dai termasuk profesor. Ingat ahli ilmu kan ditanya kemana ilmu digunakan? Takkan nk jawab wat sedut dedak. Lekeh lah. Kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Hi there, this weekend is fastidious in favor of me, for the reason that this
    point in time i am reading this wonderful educational piece of
    writing here at my house.

    ReplyDelete
  6. I'm really loving the theme/design of your blog.
    Do you ever run into any internet browser compatibility issues?
    A handful of my blog audience have complained about my website not working
    correctly in Explorer but looks great in Opera. Do you have any advice to help fix
    this issue?

    ReplyDelete
  7. I always used to read piece oof writing in news pappers but now as I am a user of web
    thberefore from now I am using net for articles or reviews, thanks to web.

    ReplyDelete
  8. Hmm it appears like your website ate my first comment (it was super long) so I guess I'll just sum it up what I wrote and say,
    I'm thoroughly enjoying your blog. I as well am an aspiring blog blogger but I'm still new to the
    whole thing. Do you have any recommendations
    for newbie blog writers? I'd definitely appreciate it.

    ReplyDelete
  9. Hi I am so grateful I found your web site, I really found you by mistake, while I was researching on Digg for something else, Anyways I am here now and would just like to say thanks for a incredible post
    and a all round exciting blog (I also love
    the theme/design), I don’t have time to look over it all at the
    minute but I have saved it and also added your RSS
    feeds, so when I have time I will be back to read a great deal more,
    Please do keep up the great work.

    ReplyDelete
  10. You ought to be a part of a contest for one of the highest quality
    sites online. I am going to recommend this site!

    ReplyDelete