Sunday, May 21, 2017

Episod pening: Dahlah buang maruah, apa lagi yang PAS mahukan?

Pas nyatakan pendirian jika exco Selangor dipecat
21 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Sallehen Mukhyi

Pas hanya akan menyatakan pendirian berhubung kedudukan 13 Adun di Selangor jika tiga exco dari parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi berkata, dakwaan sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris bahawa semua Adun Pas di Selangor bersedia keluar daripada pentadbiran negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah satu dakwaan tidak berasas.

"Itu tak benar. Nak tahu benar, selepas dipecat, barulah kita akan beritahu sesuatu yang benar," katanya seperti dipetik Sinar Online.

Sallehen yang juga Adun Sabak berkata, setakat ini Pas tidak pernah berbincang berhubung tindakan yang akan diambil parti itu sekiranya tiga exco parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

"Kita tak bincang sampai ke peringkat exco dipecat. Kalau exco Pas dipecat, saya tidak dapat jawab apa-apa setakat ini," katanya.

Beliau menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan PKR seperti mana yang diputuskan Majlis Syura Ulamak parti itu yang membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

"Untuk setakat ini, Pas tak akan bincang dengan PKR soal calon bagi hadapi PRU-14.

"Kalau dulu, orang Pas boleh panjat pokok kelapa pasang bendera PKR, sekarang PKR dan Pas kena panjat sendiri," katanya.

Ditanya, adakah Pas akan berubah fikiran dengan menjalin semula kerjasama dengan PKR di saat-saat akhir bagi menghadapi PRU-14, Sallehen berkata, beliau tidak mahu menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa depan.

"Mungkin ada perubahan-perubahan baru dan ada keadaan jauh lebih baik.

"Saya pun tak nak menjangkakan apa yang ada ini kekal. Buat setakat ini, begitulah keputusan yang kita buat," katanya.

Sementara itu, Azmin menyatakan pihaknya belum memaklumkan kepada Istana Selangor mengenai penamatan hubungan kerjasama politik antara Pas dan PKR.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata setakat ini, tiada perbincangan dibuat mengenai kedudukan tiga exco Pas dalam pentadbiran negeri itu dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

3 comments:


  1. Biar "RIBUT" yg lebih besar atau BALA' yg lg kaw-kaw utk mengajar spesis putar belit ini!


    Geng2 lobai hudud-RUU palsu pun tak nah rasa bodoh

    Yg sdondon fitnah PONTENG uturn khianat/tipu/KELIRU mencuri berbillion2 pon dah tentu tak nak ngaku bodoh gak


    Biar sejarah dulu2 drp petir banjir topan RIBUT yg akan mengajar mrk ini..


    Dulu2..

    Zaman nabi2 dulu banjir, RIBUT taufan, petir, angin panas, gegaran gempa hanya & HANYA menghentam dan menhempap org2 KAFIR(yg engkar khianat TAK lurus mnCURI) dgn jls TERANG secara khususnya!

    KUASA alam sprt yg diatas itu tidak & TIDAK pernah samaskali menimpa serta menghempap nabi2 wali2 dan org yg benar2 LURUS-telus beriman kpd Allah..


    Sekarang..

    Dan yg terbaru skali lebai2 hudud yg "mengaku" SERTA "prasan" sbg spesis yg paling beriman skali dinegara ini telah pon dihempas dan dihempap RIBUT sama sebijik yg tlh menghempap org2 KAFIR/musyrik/murtad/Munafiq dizaman dahulu!



    Persoalannya..

    ..adakah kita masih was2 serta RAGU2 melihat hakikat HAKIKI siapakah sbnr2nya yg tlh mnjd KAFIR/musyrik/MURTAD didepan mata kita skrg dgn petunjuk RIBUT sbg makhluk ALLAH yg LURUS yg samaskali tidak pernah berdusta sejak dahulu itu?

    Adakah kita masih kliru was2 serta RAGU2 dek krn jubah sorban serta gelagat "budak2" yg berani kedepan mnjd IMAM semayang konon2 sgt khusyuk mnghafal ayat2 panjang utk tontonan dan kebanggaan...sdangkan ddlm bab hisab @ AUDIT harta(sdondon harta CURI) sbg AMANAH trhdp ummah yg wajib di ISTIHAR mrk lah yg paling2 TAKUT skali, sbb HATI kecil mrk tahu bhw mrk itu adalah sbnr2 penCURI hihihi..

    ..dan RIBUT itu tidak pernah buta trhdp pmfitnah2 penCURI2 yg ponteng uturn khianat itu sejak azali, sjak zaman dahulu lg wpun mrk itu brjubah bersorban serta konon2nya semayang Tahajjud TAK nah tinggal,, ttpi penCURI itu tetap penCURI di"mata" RIBUT yg dpt melihat hakikat HAKIKI sbnr2 "akidah-mrk-yg-tlh-JAHANNAM-itu" dgn anugrah dr ILAHI!

    Sapakah yg sbnr2nya tlh pon mnjd BODOH-pelahap pnCURI itu dimata petir banjir & RIBUT?

    ReplyDelete
  2. aku pun tak nak komen tentang parti pak lebai malang ni...aku pun pening tengok gelagat pak lebai...over dos daun ketum kot pak ebai ni..ca tanya blogger hassan omar...dia tak pening ka...???

    ReplyDelete
  3. Apabila telah putus hubungan dengan parti pemerintah.. Tak payah dipecat, secara teknikalnya sudah dengan tersendiri terpecat.. tapi kerana duit, maka diambil segala alasan untuk mempertahankannya.. betul kata Pak Jib..MONEY IS POWER!!!

    ReplyDelete