Tuesday, May 30, 2017

Alahai Derih.......hang dok di alam mana, atau Allah dah hilangkan perhitungan hang?

* Atau hang dah melalut meracau sebab pada logiknya ajal politik hang di Parlimen Bukit Gantang akan sampai di PRU14 nanti

Siapa yang dok berpeluk dengan UMNO dan mengiakan apa saja yang Najib buat seantero dunia dah tahu weh!

Yang hang dok ungkit 66 tahun lawan UMNO tu dulu......pimpinan PAS sekarang selepas era TGNA dan Ust. Fadhil Noor toksah dok kelentonglah. Yang cerdik memang dah maklum pun. yang bodoh tu doklah mati kering dalam perigi buta

Pas pula tuduh Pakatan Harapan talian hayat Umno-BN
29 Mei 2017 | ARIF ATAN
Idris Ahmad

Lantang menyerang Pakatan Harapan, Naib Presiden Pas Idris Ahmad menuduh gabungan Amanah, PKR, DAP dan Bersatu itu pula sebagai penyambung Umno-BN untuk terus berkuasa.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, Pas sudah menentang Umno selama 66 tahun sejak BN dikenali sebagai Perikatan lagi.

"13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja Pas tidak lawan Umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin Pakatan Harapan menuduh Pas hendak bersama BN di dalam PRU 14.

"Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi Pas yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan," soalnya.

Beliau juga menganggap dakwaan Pas sebagai punca jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai paling melucukan.

Tanggapan Pas menyertai Umno yang kerap disebut dalam program Pakatan Harapan, ujarnya, merupakan modal lapuk.

"Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum, 'Pas hendak masuk Umno'. Inilah tag line yang paling popular.

"Paling kelakar sekali menuduh Pas, sekiranya BN menang PRU14, semuanya berpunca daripada Pas kerana Pas tidak mahu sertai Pakatan Harapan.

"Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini," bidas Idris lagi dipetik daripada tulisannya yang disiar penuh di laman web rasmi Pas, Harakahdaily.

2 comments:

  1. Tidak sedar diri Derih ni, kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenanginya masa PRU13 dulu adalah diatas sokongan padu PKR dan DAP. Kini setelah PAS sendiri yang gatal pungkoq memutuskan hubungan dengan dua parti tersebut, adakah masih mengharapkan sokongan PKR dan DAP lagi? Biulnya persis macam Wan Rosli juga.

    ReplyDelete
  2. Cu tunjukkan walaun mana yang tak biul?
    Tkder kan...krn mr presideng sendiri yg memulakan sikap biul ini.

    ReplyDelete