Sebabnya minda Melayu.......minda yang senang patuh pada duit
dan senang di'hantu'kan!
PRU14: Tsunami Mahathir akan berlaku, kata penganalisis
03 Mei 2017 | DALIA ISMAIL
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berhadapan waktu getir untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke -14 masuk penggal ketiga pemerintahannya kali ini kerana bakal berhadapan dengan 'tsunami Mahathir', kata penganalisis politik Dr Mazlan Ali.
Pensyarah Kanan dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, ini kerana kerajaan Umno-BN berhadapan tentangan kuat dikalangan orang Melayu yang menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini menyertai gabungan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah untuk menolak kerajaan BN.
Beliau menjangkakan waktu paling kondusif pilihan raya umum akan diadakan pada Ogos atau September tahun ini dan waktu efektif pada Mac 2018.
"Hari ini situasi tidak memihak kepada perdana menteri dan kerajaan Umno-BN.
"Kalau boleh petunjuk ekonomi, harga minyak, penyelesaian 1MDB dan jika kerajaan boleh buat inisiatif dalam bajet memainkan peranan untuk kerajaan kembali menambat hati rakyat.
"Kerajaan ada masa lagi dan saya percaya waktu kondusif antara Ogos dan September tahun ini.
"Jika ia tidak berlaku maka waktu efektif pada Mac tahun hadapan pilihan raya umum akan diadakan.
"Ini kerana cabaran sangat getir dan meletihkan dihadapi oleh perdana menteri kerana tentangan daripada Tun Mahathir dan penyokongnya di kalangan dalam Umno dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan kini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
dan senang di'hantu'kan!
PRU14: Tsunami Mahathir akan berlaku, kata penganalisis
03 Mei 2017 | DALIA ISMAIL
Dr Mazlan Ali

Daripada kajian yang pernah beliau lakukan, Mazlan menjelaskan, sokongan orang Melayu terhadap Dr Mahathir adalah petanda rakyat mahukan perubahan terhadap kerajaan sedia ada.
Petanda-petanda sokongan rakyat terhadap Dr Mahathir dari segi penilaian sains politik, ujarnya lagi, apabila kehadiran ramai penyokong di kalangan orang Melayu yang diluar kelaziman.
"Petanda bahawa rakyat mahukan perubahan apabila kita melihat orang perempuan bawa anak kecil dan ada golongan muda berseluar pendek hadir mendengar ceramah. Petanda ini antaranya dapat dilihat dalam ceramah-ceramah Tun Mahathir.
"Beberapa perhimpunan dilakukan Tun Mahathir di kawasan majoriti pengundi Melayu boleh mencecah 3,000-5,000 orang misalnya di Jerantut, Pasir Puteh dan beberapa kawasan lain.
"Potensi Tun Mahathir ini 'merbahayakan' kepada sokongan rakyat terhadap Umno-BN," ujarnya.
Mazlan berkata sudah pasti kali ini perdana menteri akan lebih berhati-hati kerana potensi Dr Mahathir dalam mencipta tsunami (gelombang rakyat) sebagaimana yang pernah tercetusnya gelombang rakyat pada PRU11 (2008) lalu, apabila lima negeri pernah jatuh ke tangan pembangkang.
"Hari ini sekali lagi gelombang kedua dalam tempoh 10 tahun (2008-2018) akan berlaku. Gelombang kedua lebih hebat - tidak mustahil sekiranya Pakatan Harapan boleh menang pilihan raya dan tidak mustahil Tun Mahathir akan kembali menjadi perdana menteri.
"Ini kerana melihat kepada kepimpinan ketiga-tiga pemimpin parti (PKR,DAP,Amanah) dalam Pakatan Harapan ini tidak ada pemimpin yang lebih berwibawa berbanding Tun Mahathir.
"Tidak mustahil akan tercatat dalam sejarah Tun Mahathir akan kembali menerajui negara- Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak ada peluang jika dia dibebaskan kerana tempoh larangan kekal lima tahun tidak layak untuknya menjadi ahli politik," ujarnya.
Katanya lagi, walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru (BN,PH,Pas) , BN masih berpeluang untuk kekal kerajaan tetapi ujarnya, tidak mustahil Pakatan Harapan juga boleh membentuk kerajaan tetapi kerugian adalah Pas.
"Kelebihan BN kerana wujudnya persempadanan semula kawasan pilihan raya yang memihak kepada kerajaan.
"Pas pula kena ingat kemenangannya dalam Pakatan Rakyat (PR) dahulu kerana wujudnya anti Umno dikalangan orang Cina yang memberi undi kepada PR.
"Tetapi hari ini jika Pas bersendirian- ibarat kata kalau sebiji buah...Pas hanya tinggal 'mempuluh' isi sudah habis.
"Walaupun mereka boleh bertanding kemungkinan akan hilang wang pertaruhan dan berkemungkinan juga akan hilang kerusi yang pernah dimenanginya pada PRU 13 lalu," ujarnya.
No comments:
Post a Comment