Monday, 1 May 2017
KEPUTUSAN PAS SEPATUTNYA DISAMBUT DENGAN RASA SYUKUR
Usul Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR akhirnya diterima sebulat suara oleh Muktamar Pas dan ia kini terletak di tangan Majlis Syura untuk membuat keputusan akhir mengenainya.
Selain dikata mengingkari banyak perkara dalam perjanjian kerjasama, tindakan mahu berpisah itu juga meletakkan Selena Gomez sebagai salah satu puncanya.
Sebelum itu, muktamar juga diberitahu Pas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu kerana parti itu dianggap celaru dan tidak tentu hala tuju, meskipun kita tahu ke mana saja Tun Mahathir Mohamad pergi, ribuan rakyat akan hadir menunggu.
DAP, seperti biasa dianggap oleh Pas sebagai parti yang anti Islam dan didakwa menghalang perkembangan Islam di negara ini.
Muktamar Pas di Kedah yang semalam dilanda ribut turut dibisingkan dengan jeritan "Jahanam Amanah" sebagai suatu bentuk serangan terhadap parti itu.
Hanya Najib Razak, UMNO dan BN yang bebas daripada serangan Pas kali ini. MCA, MIC dan Gerakan yang diketahui umum menjadi penghalang kepada hasrat kerajaan menjadikan usul Akta 355 sebagai usul kerajaan, tidak pula dijadikan sebagai bahan. Di mata Pas, hanya DAP yang nampaknya anti Islam.
Dengan semua gambaran ini, di mana kedudukan Pas dalam pilihanraya akan datang tidak perlu lagi diperkatakan. Segala-galanya umpama bersuluh dalam terang.
Tetapi, bolehkah Pakatan Harapan menang dan UMNO serta BN dapat ditumbangkan?
Seperti isu 1MDB yang hanya di atas kertas nampak macam sudah selesai, sedangkan d hati rakyat masih banyak bersarang kekeliruan, begitu juga dengan kedudukan Najib, UMNO dan BN yang kini seolah-olah sudah ada Pas sebagai pemberi bantuan untuk mengekalkan kemenangan.
Di atas kertas, mungkin ramai yang melihat laluan UMNO dan BN sudah selesa dan terang, namun hakikatnya tiada lagi Pas bersama Pakatan Harapan akan menjadikan gabungan itu lebih fokus menentang kebatilan serta tidak berdepan kekeliruan.
Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan Bersatu kini boleh bergerak tanpa menoleh ke balakang lagi dengan fokus utama untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan Najib yang merosakkan negara sehingga di dunia sekarang ini hanya Malaysia di bawah kepimpinnanya satu-satunya negara yang dicop sebagai kleptokrasi gaya pentadbirannya.
Pas sudah boleh dianggap secara rasmi sebagai sekutu UMNO, walaupun mereka juga menyanyikan lagu untuk mengalahkan UMNO dan BN. Dalam hal ini, Pas bukan saja menipu rakyat, malah sedang menipu diri mereka sendiri kerana dengan hanya bertanding 80 kerusi, tentulah mustahil sebarang perubahan kerajaan dapat dilakukan.
Di 80 kerusi yang Pas bertanding itu pula sebahagian besarnya adalah kerusi yang UMNO akan meletakkan calon mereka. Sekali lagi terbukti yang ingin sangat dibantu oleh Pas dalam pilihanraya akan datang hanyalah Najib dan UMNO.
Dengan mengatakan Bersatu sebagai parti yang celaru, Hadi seolah-olah tidak nampak bahawa Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB dan mendatangkan banyak beban kepada rakyat sebagai sasaran yang lebih utama dalam sebuah pertandingan, apa lagi kalau mahu dikata perjuangan.
Tiadanya Pas dalam Pakatan Harapan tidak bermakna rakyat, malah ahli dan penyokong parti itu tidak bersama dalam gerakan mahu menumbangkan Najib, UMNO dan BN. Tiada cara lain untuk Najib dapat disingkirkan selain dengan UMNO dan BN dikalahkan terlebih dahulu.
Rakyat hakikatnya hanya ada satu pilihan - mengekalkan Najib atau menumbangkannya. Memberi undi kepada BN atau kepada Pas yang tidak mungkin dapat membentuk kerajaan, akan dilihat sebagai sama saja tujuannya.
Pilihan untuk melihat kejatuhan Najib dan negara dapat dipulihkan, malah GST dapat dihapuskan seperti yang disebut oleh beberapa mufti dalam sehari dua ini sebagai haram, hanya mampu menjadi kenyataan melalui kuasa diberikan kepada Pakatan Harapan.
Untuk itu, selain ahli dan penyokong PKR, DAP, Amanah serta Bersatu akan konsisten, bahkan tidak berubah daripada memberikan undi mereka kepada Pakatan Harapan, sokongan gabungan itu akan turut diperolehi daripada ahli dan penyokong UMNO serta Pas.
Di dalam Pakatan Harapan, tidak ada ahli serta penyokong PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang teringin mahu melihat Najib kekal berkuasa lagi, tetapi di dalam UMNO dan Pas, masih ramai, bahkan tidak mustahil lebih bertambah mereka yang menyampah terhadap Najib.
Keputusan Pas dengan menyerlahkan secara jelas di mana beradanya ia sekarang ini akan lebih memudahkan pengundi membuat pilihan. Sebab itu, keputusan terbaru Pas ini harus diucapkan dengan lafaz Alhamdulillah dan rasa penuh kesyukuran.
Pas membuka laluan lebih terang untuk Najib menuju dunia persaraan. (ShahbudinHusin 01/05/2017).
Kaitan: Muktamar Pas terima usul putus hubungan dengan PKR

No comments:
Post a Comment