Friday, May 5, 2017

Kalau betul begini, maka benarlah kata Mahfuz 'kebuloq'!

Putus hubungan Pas dengan PKR hanya 'acah-acah' sahaja
05 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Keputusan Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR bukanlah suatu yang muktamad dan sekadar 'acah-acah' sahaja memandangkan ia disandarkan kepada persetujuan majlis syura parti itu.
Malah 'keputusan bersyarat' itu juga dibuat bagi menunjukkan bahawa Pas bukanlah pihak yang mahu memutuskan hubungan tetapi didorong oleh tindak-tanduk PKR.
Mengulas isu ini, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad memberikan contoh usul Muktamar Pas 2015 untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
"Masa itu tidak ada syarat. Apabila dikatakan bahawa usul (memutuskan hubungan dengsn DAP) itu diterima tanpa bahas, dengan sendirinya hubungan dengan DAP telah terputus, (namun) ada pula pimpinan Pas yang menafikannya. Dan didakwa bahawa ianya tetap bergantung pada keputusan Majlis Syura Ulamak!
"Akhirnya terpaksa DAP sendiri menjelaskan bahawa dengan usul tersebut bermakna Pas sudah memutuskan hubungan dengan DAP. Oleh itu Kit Siang istihar, 'Pakatan Rakyat sudah terkubur'," jelas beliau.
Namun kata Khalid, Pas tetap menafikan bahawa mereka yang memutuskan hubungan tahalluf dan mendakwa ia berpunca daripada DAP.
"Seolah-olah usul yang diterima tanpa bahas itu tidak bermakna dan hanya main-main," katanya yang juga bekas pemimpin Pas.
Khalid SamadKhalid SamadBeliau yakin kaedah yang sama akan digunakan Pas dalam isu memutuskan hubungan dengan PKR.
"Sememangnya saya tak nampak Pas akan memutuskan hubungannya dengan Keadilan secara rasmi. Ini kerana Pas ingin berbangga dengan dakwaan 'Pas tak pernah khianat setelah membuat perjanjian. Pas yang ditolak keluar, bukan Pas yang keluar'," ujarnya.
Khalid juga yakin tindakan Pas itu dibuat bagi 'mengugut' PKR untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi parti tersebut dan mendorong PKR memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).
Beliau turut menyentuh kesediaan Pas untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dan menyifatkannya sebagai 'politik main-main' Pas.
"Ianya hanya sekadar nak pacak bendera dan mendakwa "kerusi ini kerusi Pas", bukan untuk nak menang di 80 kerusi tersebut. Yang penting pacak bendera, menang kalah lain hal. Soal menjatuhkan Najib tidak dilihat serius olehnya," ujar beliau.
Tulisan Khalid boleh diikuti dalam mingguan Amanah keluaran terbaru.

KaitanHAHAHAHAHA...TAK TAHU BILA KETAWA INI MAHU BERHENTI!!

3 comments:

  1. Kebuloq dedak CURI!

    Krn kebuloq tergamak khianat makihamun & FITNAH

    Sbg makhluk Allah yg LURUS suci, "RIBUT" tanpa2 ragu2 nampok sang "kebuloq" khianat penCURI yg coba bermain2 serta mempersenda2kan Quran & hadis nabi SAW..

    RIBUT dtg menghentam! khusus lg tepat ketengah2 khemah lobai2 sdang berkumpul di kota sarang Semut!

    RIBUT itu baru sebesar "butir tahik" jer ha ha ha..


    RIBUT atas arahan Allah jd sgt grram lg meradang krn:



    Mulut serabut dgn ayat2 Quran n hadis, tp hok Alooh, bab maki hamun berat2 nanang!

    Dia jugok ler IMAM semayang, tp jd kepala PONTENG kapla uturn kepala FITNAH srta tangguh3!

    Waduh2! dia juga TAK nah tinggal smayang TAHAJJUD, tp jd pngKHIANAT sdondon menCURI!

    Sbb RUU-hudud tipu palsu nya itu..tiba2 "RIBUT" pon dtg meradang mghentam utk menJAHANNAMkan!

    Dia slalu "mengaku" pewaris nabi, tp "RIBUT" kata: mung tu MUSUH nabi yg sbnr2nya!!

    "RIBUT" tu makhluk Allah yg LURUS dan TAKnah nipu sjak azali sjak dolu2!!!

    Adakah RIBUT itu main2 FITNAH?

    ReplyDelete
  2. Mr presideng dan geng ustad2 bila masanya boleh buat keputusan muktamad?
    Kita tengok:
    1. Nk berkerjasama dgn umno, mana dan bila keputusan dibuat dan diluluskan?
    2. Akan putus hubungan dgn mana2 pihak yg ada hubungan dgn Dap atau Amanah. Yg duk dlm kerajaan Selangor tu bukan Dap ke?

    Ketahui lah bahawa puok ustad2 cap bulan ni tk boleh, malah tk pandai pun nk buat keputusan. Sama lah dgn sikap mr presideng mereka yg kluk klek#!

    ReplyDelete
  3. Subhanallah, comment terbaekk...

    ReplyDelete