Friday, May 12, 2017

Inilah sebab sebenarnya: Lebih 5,000 anggota Pas mengisi pelbagai jawatan kerajaan negeri

* Adakah Muktamar dan MSU PAS mengambil kira tentang ribuan Ahlinya yang berkhidmat dalam kerajaan pimpinan PKR?

Sepatutnya bila dah keputusan dibuat di peringkat Muktamar dan MSU, semua mereka mesti akur dan menerimanya dengan wala'!

PKR juga mesti bertegas dan bertindak selaras dengan keputusan yang diambil PAS tanpa berdolak-dalih

PKR tidak khianati tahaluf siyasi, komited perangi kleptokrasi
12 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Dr Wan Azizah Ismail

Sebagai reaksi kepada keputusan majlis syura ulamak Pas memutuskan hubungan politik, PKR menegaskan bahawa ia tidak sama sekali mengkhianati tahaluf siyasi yang dimeterai dengan Pas malah tetap komited untuk menentang budaya rasuah dan kleptokrasi kerajaan Umno-BN.

Malah Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengajak semua parti politik yang progresif untuk bergabung tenaga dan bersatu menyelamatkan Malaysia dengan mengenepikan kepentingan parti masing-masing dan meletakkan agenda rakyat sebagai kerangka kepentingan bersama.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, PKR katanya mengambil maklum keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan muafakat politik demi memenuhi aspirasi rakyat.

"PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik.

"PKR mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan mahkamah syariah seperti yang ditegaskan oleh kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017 yang juga merupakan pendirian rasmi PKR," ujarnya.

Menurut Dr Wan Azizah, matlamat dan tindakan PKR dalam semua pilihan raya termasuk pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah untuk menentang Umno dan BN.
Mengulas tentang kedudukan kerajaan negeri Selangor ekoran pembatalan kerjasama Pas dan PKR, beliau berkata perkembangan terbaru itu tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri yang diterajui PKR memandangkan ia mendapat mandat penuh rakyat Selangor.
"Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berfungsi seperti biasa untuk fokus membangun negeri dan memakmur rakyat," katanya.
Dua Exco Pas masih menganggotai kabinet negeri malah Pesuruhjaya Pas negeri Sallehen Mukhyi berkata, Pas akan terus kekal dalam kerajaan negeri hingga penggal pemerintahan berakhir.
Lebih 5000 anggota Pas mengisi pelbagai jawatan kerajaan negeri apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum lalu.

Kaitan: Berdosa untuk Pas kekal dengan 'pengkhianat', kata penulis
12 Mei 2017 | BORHAN AHMAD

2 comments:

  1. Replies
    1. Paul bagio..sape dengki....pas bla luar sek berkawan dgn harapan haram kat selangor halal....bodoh piang punya pas dan pengikutnya. . .

      Delete