Wednesday, May 10, 2017

Dah ko nak bertambus, salahkah isi rumah meminta disusun atur semula?

Aikk.....baru sehari dua dinaikkan pangkat dah nampak dah apa dia hajati........apa kata Iskandar, tak ker Iskandar panas punggung?

Ini satu lagi, apa ni.......tanak bersama tapi tanak berambus, nak bercerai tanak pindah. Masih nak tidur sekatil sebantal.
Tak malu ke?

Cadang Azmin rombak Kabinet: Amanah tak sabar mahu jadi Exco - Sallehen
Israr Khalid, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 10, 2017 19:54 MYT
SALLEHEN: Saya rasa agaknya Amanah tak sabar-sabar nak jadi Exco. - Gambar fail

SHAH ALAM: Cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merombak Kabinet menampakkan parti itu tidak sabar-sabar mahu memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu.

Kata Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu dilantik, Sallehen Mukhyi, hasrat tersebut sebenarnya sudah lama terbuku dan disuarakan sejak awal penubuhan parti itu.

"Bukan baru sehari dua, sejak awal lagi apabila DAP putuskan hubungan dengan Pas dan sejak Amanah ditubuhkan, kalam pertama ucapan yang keluar adalah menyuruh Pas tinggalkan kerajaan negeri.

"Saya rasa agaknya Amanah tak sabar-sabar nak jadi Exco. Tetapi kita memahami maksud, matlamat dan kehendak rakyat untuk Pas terus berada dalam kerajaan negeri," ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pas Selangor buat kali pertama di sini pada Selasa.

Kenyataan Sallehen itu sebagai mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda Nasional Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin yang mahu Mohamed Azmin merombak kerajaan negeri dan mengetepikan Pas.

Cadangan itu disuarakan susulan resolusi yang dibuat dalam Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Alor Setar tempoh hari yang memutuskan supaya tiada lagi hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat nasional.

Bagaimanapun tegasnya, biar apapun keputusan Majlis Syura terhadap resolusi tersebut, Pas Selangor akan terus menggalas tanggungjawab dalam kerajaan negeri yang diamanahkan rakyat sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Malah, Sallehen turut mengulas kenyataan terbaharu Mohamed Azmin yang mengulangi komitmen dan keperluan untuk Pas terus membantu memperkukuhkan kerajaan negeri.

Dengan itu katanya, Pas Selangor akan berdiri teguh untuk membantu kerajaan Selangor melaksanakan maslahah rakyat.

Berhubung kenyataan Mohamed Azmin bahawa beliau sedia untuk bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sallehen menyifatkan ia satu usaha yang baik seiring prinsip Pas yang sentiasa terbuka untuk sebarang perbincangan demi kebaikan.

"Sebab itu dalam konteks sekarang pun bila kita hendak laksanakan Gagasan Sejahtera, kita sedia hulurkan tangan demi perpaduan.

"Tetapi bila kita hulurkan tangan, kita mahu supaya masing-masing boleh jaga perjanjian, jangan lakukan sesuatu yang melanggar dan tidak menghormati matlamat yang masing-masing bawa," tegasnya.

Dalam sidang media tersebut, Sallehen turut mengumumkan barisan kepimpinan Pas Selangor yang baharu untuk dua tahun mendatang, menyaksikan beberapa pertukaran dan lantikan antaranya Ahmad Dusuki Abd Rani kini sebagai Ahli Perhubungan Dilantik sementara Mohd Shafie Ngah kini memimpin Lajnah Pengurusan Prestasi, Penyampaian dan Penyelidikan.

6 comments:

  1. Bukan soal Amanah tak sabar2 nk jadi exco. Soalnya ialah, kamu tu dah putuskan tahalluf siasi dgn PKR, jd silalah berambus.
    Awat hang ni, dah bercerai masih nak tidoq sebantal, takde maruah la orang2 cap bulan ni!!!

    ReplyDelete
  2. Geng ostad olama cakap berbelit-belit. Dari yang menjual madu yemen tak betul, inikan fulus punya pasal. Demi perut dan bawah perut.

    ReplyDelete
  3. Ustaz bodoh stupid idiot

    ReplyDelete
  4. Esok lepas MSU putus sila berambus dr kerajaan selangor..parti politik agama apa ni..

    ReplyDelete
  5. PAS Selangor khususnya tidak tahu malu, dalam muktamar keputusannya bercerai talak tiga dengan PKR tapi masih hendak mendiami dalam kelambu yang sama. PAS sudah tidak bermaruah!

    ReplyDelete
  6. Adun pas selangor ni sebenar tak setuju dgn pemimpin pusat sebab mereka tahu keharmonian dan kesejahteraan yg dinikmati rakyat selangor setakt ni. Kalau mereka ikut kata pemimpin maka akqn belaku kecelaruan yg akan memunkinkan apa yg pernah berlaku di perak. Adun pas ni kalau nak kuar
    parti terikat dgn baiah. Dlm keadaan MB ambil tindakan yg betul. Sy yakin pemimpin pas pusat pun panas hati dgn pendirian adun2 mereka di selangor yg terus menyokong kerajaan negeri. Kena rasional mcm yb saleh man di penang. Ini bukan soalan kuasa n habuan. Kena ingat masa TGHH jadi mb ganu duk pecat jkkk tutup tadika etc. Last2 1 penggal. Kerana tak semua yg dipecat itu tak sokong tapi hanya jalan tugas sebagai pekerja. Bila dipecat periuk nasi tejeas n sokongan pun jadi bemci.

    ReplyDelete