Monday, February 5, 2018

Minah ni belajar agama di 'Pondok' Siti Kasim ke?

Tetap Dirogol Walau Pakai Tudung, Nik Elin Selar Kerajaan Kelantan 
By Wartawan Menara - February 5, 2018
Petaling Jaya, Selangor: Susulan kes seorang penganggur di Kelantan dijatuhkan hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah tiga tahun lalu, Nik Elin Zurina binti Dato’ Nik Abdul Rashid mempertikai pemakaian tudung oleh wanita dan menuduh hukuman Hudud yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan pimpinan PAS sebagai tidak berkesan dan gagal melindungi kaum wanita Kelantan. 

“Berdasarkan maklumat daripada laman internet, mangsa rogol memakai tudung dan ia tetap tidak dapat menghalangnya daripada dirogol dan dibunuh di hadapan anak lelakinya yang berusia 5 tahun.” 

“Hudud hanya melibatkan pencurian, minum arak, zina dan saksi palsu. Manakala (hukuman jenayah) membunuh terletak di bawah qisas yang bermaksud, pembunuh boleh mengelak dari hukuman gantung jika keluarga mangsa memaafkannya.

” Walau bagaimanapun, Menara.my gagal untuk menemukan kewujudan laporan “laman Internet” yang dimaksudkan beliau, yang menyebut tentang mangsa sedang memakai tudung dalam rumahnya sewaktu kejadian pecah masuk sehingga menyebabkan mangsa dirogol dan dibunuh yang dianggarkan berlaku pada jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi. 

Menurut Free Malaysia Today, Nik Elin juga menyelar kerajaan PAS yang dilihatnya sebagai gagal menentukan keutamaan dalam pentadbirannya dan hanya berminat dengan penutupan aurat wanita.

“Masalah dengan PAS adalah, PAS hanya berminat dengan perkara-perkara remeh seperti menutup rambut (aurat) bagi wanita. Itu perkara pertama yang dikuatkasakan selepas ia (PAS) memegang kuasa.”

“Perkara-perkara lain seperti hal ehwal ekonomi negeri tidak berapa penting baginya (PAS). 

Jadi kami (rakyat Kelantan) mempunyai masalah seperti pengangguran yang menyebabkan ramai rakyat terbabit dengan jenayah.” 

Nik Elin sebelum ini pernah mendakwa bahawa pelaksanaan hukuman sebat ke atas golongan wanita di Kelantan adalah akibat ketandusan hiburan di negeri itu kerana pusat hiburan di sana tidak banyak dan pemakaian tudung bukanlah perintah Tuhan di samping aurat wanita adalah di sekitar kemaluannya sahaja.   - sumber

2 comments:

  1. Semoga dia ni segera dapat hidayah,segera insaf sedar dan bertaubat. Nasib malang sangat kepada sesiapa yg tak dapat hidayat.

    ReplyDelete
  2. apa nak heran memang akan ada manusia jahiliah ni smapai kiamat
    kalau dah dinasihat tak dengar jauhi puak ni
    nasib tak baik Allah cabut nyawa dalam keadaan durhaka pada Allah
    bala ynag duk mai ni akibat dari hukum hukum Allah tidak mau ditegakkan oleh sang penguasa besar amono
    program maksiat di tv di pentas di padang dll dibiar berleluasa dengan selesa
    nampak negara macam aman tapi penuh ngan maksiat n jinayah
    lindungi kami n keluarga kami ya Allah dari akibat perbuatan puak puak yang
    durhaka kepada MU

    ReplyDelete