Gan Pei Ling · Diterbitkan pada 13 Feb 2018 11:00AM
Tariq Ismail Mustafa (tengah) adalah cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Ismail Abdul Rahman. Dibesarkan dalam keluarga Umno, beliau mengakui yang Umno sekarang tidak lagi sama seperti dahulu menyebabkan beliau memutuskan menyertai Bersatu. – Gambar ehsan Tariq Ismail Mustafa, 13 Februari, 2018
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, The Malaysian Insight mendekati muka baru politik yang dilatih parti mereka untuk menjadi calon. Salah satu keluhan dalam kalangan pengundi adalah kekurangan pemimpin muda politik yang berwibawa baik di parti pemerintah mahupun pembangkang, malah ketua utama parti politik kini adalah mereka yang sudah bergelumang dalam politik sejak 1980-an lagi. Di manakah orang muda yang akan meneruskan perjuangan politik Malaysia?
JIKA semuanya berjalan seperti mana yang pernah diharapkan Tariq Ismail Mustafa, beliau sekarang adalah seorang ahli Umno dan mungkin bersama-sama rakan yang lain akan berjuang habis-habisan mempertahankan parti utama Barisan Nasional itu.
Tetapi, permohonan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Ismail Abdul Rahman berusia 39 tahun itu ditolak oleh Umno cawangan Johor ketika beliau memohon menjadi ahli parti pada 2008 dan 2009.
“Macam satu rahmat pula kerana (presiden Umno) Najib (Razak) kemudiannya berkuasa,” kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu kepada The Malaysian Insight dalam satu temubual baru-baru ini.
Katanya, hala tuju diambil Umno selepas itu tidak disukainya dan setelah berfikir masak-masak, beliau mengambil keputusan menyertai parti serpihannya, Bersatu yang menyediakan ruang baru untuk anak muda Johor yang idealistik itu.
Tariq berkemungkinan besar akan bertanding di kerusi Parlimen Sri Gading, sebuah kubu kuat Umno di Johor yang tidak pernah sekalipun dimenangi pembangkang sebelum ini.
Beliau dilantik sebagai ketua bahagian Bersatu kawasan itu Oktober lepas.
Peluang mungkin kelihatan tidak memihak kepadanya tetapi tokoh muda dalam politik itu masih menyimpan harapan, bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga kepada Pakatan Harapan.
“Kami mungkin tak ada sumber seperti BN tetapi kami usaha kami ada kemajuan. Jika BN sangat yakin menang, mereka tak perlu sibuk berdepan dengan isu lama- RCI (tentang kerugian forex Bank Negara pada 1990-an) atau tragedi Memali.
“Mereka akan lawan kami dalam soal dasar,” kata graduan ekonomi dan perbankan Southbank University, UK itu.
Tariq dan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara pemimpin muda Melayu yang idealistik cuba membawa idea baru segar ke dalam parti politik baru yang diterajui bekas pemimpin Umno itu.
Walaupun tidak bersetuju dengan banyak dasar diamalkan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Tariq mengatakan hormatnya kepada negarawan itu semakin menebal kerana semangat juangnya yang tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Februari, 2018
Mengapa Bersatu?
Masih pekat dengan loghat British walaupun setelah pulang dari UK dua dekad lamanya, ahli perniagaan itu mengatakan beliau juga pernah mempertimbangkan menyertai DAP sebelum memutuskan masuk Bersatu tahun lepas.
“Saya sukakan konsep Malaysians for Malaysia tetapi DAP terlalu ‘bandar’. Satu-satunya cara pembangkang boleh menang adalah dengan masuk kawasan luar bandar,” katanya.
Tariq berkata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berjaya menyakinkannya yang parti baru orang Melayu itu boleh membawa perubahan positif kepada negara dengan menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan.
“Orang Melayu luar bandar masih sangat komunal. Yang mereka kenal hanyalah Umno. Saya sendiri tengok bila turun padang,” katanya.
Beliau menambah yang Muhyiddin ada mengatakan mahu mewujudkan perubahan struktur politik seperti menghadkan penggal perdana menteri selama hanya dua penggal.
Walaupun Tariq tidak bersetuju dengan banyak dasar dilaksanakan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun pentadbirannya, hormatnya kepada pengerusi Bersatu itu semakin menebal terutama kepada semangatnya yang kukuh jitu: “Dia sangat fokus untuk satukan pakatan pembangkang.”
Tariq turut mengakui yang sebagai sebuah parti, Bersatu masih membawa beban warisan Umno dan meminta pengundi memberikan mereka masa untuk berubah.
“Perubahan tak berlaku dalam masa sehari…saya tak setuju dengan gerakan undi rosak tetapi saya faham kecewanya mereka dengan politik. Bagi mereka masih ada nama lama- (Dr) Mahathir dan Muhyiddin, bekas Umno.
“Tetapi ingat, undi awak penting. Awak beritahu saya bagaimana kita boleh jadi lebih baik dan kita akan cuba penuhi. Awak kata kurang berpolitik, saya setuju. Lebih banyak penyelesaian? Saya juga setuju,” kata Tariq lagi.
Beliau turut mengakui yang PH masih terlalu bergantung kepada muka lama dan perlu beri lebih banyak peluang kepada muka baru.
Orang Melayu masih sangat komunal, hanya Umno di mata mereka dan inilah yang cuba diperangi Bersatu, memberikan pilihan politik lebih baik kepada kaum majoriti terbesar negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Februari, 2018
Kembalikan politik budiman
Membesar dalam kalangan ahli Umno, nostalgia lama tentang parti dan kekecewaan tentang apa yang berlaku kini bercampur baur dalam diri Tariq.
“Saya rasa kita perlu kembali kepada zaman di mana ahli politik adalah orang yang budiman. Datuk saya dari Umno dahulu yang mahu membina negara.
“Saya hormati Umno dahulu, apa yang mereka lakukan ketika itu. Sekarang, mereka lebih seperti GLC (syarikat berkaitan kerajaan),” katanya menambah yang beliau sangat tidak berkenan dengan budaya Umno sekarang.
“Bila Umno tak boleh selesaikan masalah rakyat, mereka tabur duit, atau guna (isu) kaum dan agama untuk raih sokongan,”katanya.
Katanya lagi, isu yang dibangkitkan ahli politik muda seperti Zairil Khir Johari, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli lebih dekat denganya dibandingkan dengan kenyataan dikeluarkan beberapa menteri Umno, walaupun ada antara menteri itu saudaranya sendiri.
Selain mengembalikan kebebasan institusi awam, meningkatkan ekonomi dan menambah baik reputasi Malaysia, beliau juga berharap mampu memberikan tekanan kepada PH untuk memperkenalkan undang-undang anti diskriminasi bagi memastikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dilindungi daripada sebarang bentuk diskriminasi.
“Kita perlu memastikan semua rakyat Malaysia menerima manfaat dan maju bersama-sama.” – 13 Februari, 2018.

Masih pekat dengan loghat British walaupun setelah pulang dari UK dua dekad lamanya
ReplyDeletebaguih la pandai bahasa inggeris tapi macam mana pulak bahasa Nabi kita tak kan diabaikan
nila puncanya kalau makpak tak ambek berat bab ugama dibiarkan anak cucu pun jahil jugak
sedih tak ada kesedaran untuk keluarkan anak cucu dari kejahilan itu
ramai yang macam ni suka jadi penyambung kejahilan bahasa Quran untuk keturunanya
ni ynag ibilis suka sangat
Saudara sudah pastikah bahawa hanya bahasa Arab sahaja bahasa Islam?
ReplyDelete... Adakah orang yang berbahasa selain bahasa Arab, tidak diterima oleh Islam, jahil, dan disukai Iblis? Adakah orang yang mahir bahasa Arab TIDAK disukai Iblis?
ReplyDeleteIngat, saudara, kata-kata kita dihitung di hadapan Allah SWT di Padang Mahsyar. Saya harap, jika saudara tersilap, saudara beristighfar. Ini sekadar nasihat ringkas daripada saya. Harap maaf jika saya terkhilaf. Wassalam.
ReplyDelete