'Saya nak pindah sebab semalam saya kena tumbuk tanpa sebab' - Thaqif
12:41 AM Semasa
JOHOR BAHRU - Sering ditumbuk tanpa sebab, dipaksa cuci talam dan cawan walaupun bukan gilirannya, antara luahan perasaan Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi,11, dalam buku latihannya, selain meminta dipindahkan dari asrama itu, lapor Harian Metro.
Buku latihan Thaqif yang didedahkan oleh saudaranya yang enggan dikenali berkata, luahan Thaqif itu hanya diketahui keluarga selepas membelek buku latihannya yang dibawa pulang selepas berhenti dari sekolah tahfiz itu.
Menurutnya, berdasarkan cerita yang ditulis, Thaqif seolah-olah berada dalam keadaan tertekan berada di tempat itu. Selain menceritakan dirinya dibuli, Thaqif juga berdoa agar ibu bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana tidak selesa berada di madrasah itu.
Sementara itu, ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata, anak ketiga dari lima beradik itu pada mulanya memang nampak gembira dapat belajar di sekolah itu sejak didaftar masuk ke madrasah berkenaan pada 27 Januari lalu.
Bagaimanapun, keadaan Thaqif mula berubah dan meminta dipindahkan kerana mendakwa sering dipukul sejak kebelakangan ini.
"Thaqif mendakwa dia sering dipukul di tapak kaki dan betis ketika sujud oleh pembantu warden asrama berkenaan. Melihat dia dalam keadaan sedih dan seolah-olah takut kembali ke sekolah, saya kemudian mengeluarkannya dari madrasah itu pada 31 Mac," katanya.
Kesihatan Thaqif menjadi semakin buruk dan membuatkan dia menghantar anaknya ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan, Rabu lalu. Kedua-dua kaki anaknya lebam dan berwarna merah sebelum doktor memberitahu terdapat darah beku dan jangkitan kuman merebak ke buah pinggangnya.
"Doktor memaklumkan mereka tidak dapat merawat kaki anak kecuali terpaksa melakukan pembedahan iaitu memotong kedua-dua kakinya agar kuman tidak merebak," katanya.
Difahamkan, ibu bapa Thaqif telah membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram pada 19 Mac lalu dan berharap polis menjalankan siasatan terperinci. - The Reporter
12:41 AM Semasa
Foto - Harian Metro

Isu dia dibuli itu mungkin ada benarnya dan dia dihukum oleh warden pun telah diakui oleh warden tersebut termasuk menghukum beberapa pelajar yang lain juga. Jika kakinya seorang sahaja yang menjadi begitu dan tidak pula kepada pelajar lain yang turut sama dihukum, ada kemungkinan kakinya menjadi begitu setelah diletakkan ais oleh keluarganya dalam proses memberikan rawatan, boleh jadi terlalu lama sehingga menyebabkan terjadinya darah beku pada kakinya. Bukan bertujuan untuk membela warden tersebut, tetapi berilah ruang keadilan kepadanya jika akibat kaki pelajar itu terpaksa dipotong terdapat keraguan ia bukan disebabkan oleh warden tersebut.
ReplyDeletePembantu warden tu ada surat kuasa tak untuk merotan? Prosidur utk jlnkan hukuman merotan dah ikut ker belum? Ikut peraturan mana ni rotan kat tapak kaki?
DeleteMasak la pembantu warden turr
Anda tidak pahamkah atau buat-buat tidak paham penjelasan di atas. Sekiranya darah beku di kaki budak malang itu adalah disebablan kesan dari akibat keluarganya meletakkan ais dalam kuantiti yang banyak dan berhari-hari pula, tak kan itu nak disalahkan warden tersebut? Tentulah tidak adil baginya jika didakwa melakukan kesalahan yang bukan dilakukan olehnya. Warden itu mungkin boleh dihukum jika (dan hanya jika) tiada kuasa diperuntukkan kepada beliau untuk merotan, tetapi bukan kerana menyebabkan darah beku di kaki budak tersebut. Persoalannya, kenapa budak-budak lain yang turut dihukum sama oleh warden yang sama, tidak mengalami darah beku di kaki mereka, ada paham ka??? Kalau masih tidak paham juga, elok anda masuk semula Tadika Kemas.
DeleteLetak ais mana boleh jadi rosak pada pembuluh darah atau jadi frostbite setakat yang lazim dilakukan orang.
DeleteDan tak fikir seorang ibu nak letak ais berhari-hari siang malam berketul-ketul dibawa tidur dan tidak bawa jumpa doktor bila sakit berpanjangan. Doktor selalunya melakukan x-ray, mri dan lain-lain atau melihat tanda-tanda kesan luka dan lebam.
Tak berapa nak kenalah si ibu letak ais siang malam berhari-hari namun waktu tidur. Kalau sakit pasti makan pain killer.
Tak berapa nak faham tentang ais tu.
Betul. Saya setuju tentang isu ais tersebut. Sebab nya, takkan lah ibubapa budak tu akan ketak ais tu berhari2 sehingga mennyebabkan darah tersebut menjadi beku. Dan satu hal lagi, warden ataupun mana2 sekolah tidak di galakkan merotan kanak2 di tempat yg tidak bersesuaian dan tidak mengikut langkah2 yg sepatutnya. Warden hanya d benarkan untuk menjaga perihal anak2 ketika mereka dalam tahfiz dan bukan menghukum mereka tanpa pengetahuan pihak sekolah. Saya tidak menuduh warden tersebut 100% tetapi adakahpp logic nya ibubapa budak tersebut membiarkan kaki budak tersebut sehingga parah dan tidak membawa budak tersebut berjumpa dengan pakar perubata serta merta?
DeleteTAk PAYAH NAK MEMANDAI KAU, LETAK AIS LA ,LETAK BABI LA, DOKTOR YANG BUAT SIASATAN PUN TAK TAHU, NI NAK MEMANDAI PULAK DIA
Deletelagisatu, mana nak datang sebab kalau tiada punca? kata lah betul family dia letak ais bertahun lama sekali pun. puncanya apa? kenapa nak salahkan sebab kalau dah ada punca?
Deletekalau anak kau yang kena aku nak tgk kau tulis tak macam ni
Delete
ReplyDeleteAku memang tak sokong langsung masuk sek pondok,madrasah atau pun pusat2 TAHFIZ
Sbbnya 2 org anak buah aku pernah mengadu soal kes LIWAT ddlm pusat TAHFIZ mrk ttpi tak berani utk mengadu hal itu wpun kpd ibubapa mrk sendiri!
Mengadu hal itu kpd aku pun mrk takut2, kesiann..
Hal LIWAT trsbut berlaku sekitar 2005-2006 dahulu
Oleh itu bila aku dengar lg kesah2 LIWAT kat pusat2 TAHFIZ baru2 nih..aku dah agak bnyk & bnyk lg yg akan trjd tapi malangnya ramai budak2 tu bahkan ibubapa dorang tak tahu serta tak berani nak buat apa2!
Klu mrk lapor dan dedahkan rahsia seolah2 mmbuka pekong dan "AIB" sendiri krn sblum itu ibubapa mrk sndiri yg beriya2 GEMPAK memujamuji mnggunung pusat TAHFIZ trsbut seolah2 dilema: ditelan mati emak dan klu diluah mati bapak!
Telah banyak berlaku kekerasan dan gangguan seksual terjadi di sekolah agama dan maahad tahfiz. Yang tidak dilapur mungkin banyak. Oleh kerana pelajar sering dipersalahkan dan ibu bapa mungkin mengambil jalan pintas membawa anak keluar sekolah. Mungkin ada yang membuat lapuran, tetapi tiada tindakan. Lebih-lebih lagi bila sekolah agama dan maahad tahfiz tersebut dimiliki oleh ustaz selebriti dan glamour lagi berpengaruh.
ReplyDeletePelajar tersebut mungkin mengalami rapid blood clot kerana "damage to the lining of a blood vessel, either an artery or a vein". The "damage" mungkin kerana kecederaan disebabkan oleh kerana dipukul menggunakan bahan keras.
Siasatan adil dan rapi mesti dilakukan supaya kebenaran dapat ditegakkan.
kita serah kepada yang pakar, dan tunggu hasil bedah siasat serta siasatan polis.
ReplyDeleteRamainya hakim dan peguam lulusan Internet. Pengikut syaitan pun ambik peluang berdakyah supaya manusia jauhi AlQuran. Mana lagi banyak kemungkaran berlaku di sekolah missionary dengan sekolah AlQuran. Sibukkan semak diri sendiri daripada menyemak

ReplyDelete