Sunday, April 16, 2017

Ulasan ni ada munasabahnya: PRU14 Pembangkang akan berputih mata lagi

Pakar ramal BN menang lebih banyak kerusi PRU depan

  | April 16, 2017
Prof Hoo Kee Ping menggariskan 4 faktor, termasuk pertandingan 3 penjuru, yang bakal memihak BN berbanding pembangkang.
PETALING JAYA: Seorang pemerhati politik meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi lebih banyak kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dipanggil dalam 10 bulan akan datang.
Prof Hoo Kee Ping yang pernah melakukan kajian mengenai corak pilihan raya umum di Malaysia berkata, kemungkinan kemenangan akan memihak BN.
Menurut beliau, terdapat 4 faktor yang memihak BN berbanding pembangkang.
Yang pertama, kata beliau, kemungkinan persaingan 3 penjuru antara Umno-Pakatan Harapan-PAS.
Sebab kedua, menurut beliau, adalah kelembapan ekonomi yang menyebabkan ramai pengundi Cina cenderung untuk memilih BN demi kestabilan.
Sebab ketiga, perbalahan dalaman dalam Pakatan Harapan dan ini disusuli dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang membabitkan pengundi Melayu aand Cina.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Ser Najib Razak semalam, BN sudah bersedia untuk menghadapi PRU14 walaupun ia dipanggil lebih awal.
Najib, pengerusi BN dan presiden Umno, berkata, persiapan rapi sedang dilakukan oleh parti komponen BN dan Umno, dan beliau yakin jentera pilihan raya mereka kuat bagi memastikan kemenangan.
Kata Kee Ping, yang kini memberi ceramah mengenai ekonomi dan politik Malaysia berkata, pengundi Felda yang membentuk hampir 60 kerusi Parlimen dan hampir 100 kerusi Dewan Undangan Negeri pula berpuas hati dengan Umno memandangkan harga minyak sawit dijangka naik.
“Apabila pengundi Melayu luar bandar berpuas hati dengan kerajaan, mereka akan mengundi mereka (Umno) dan sebaliknya, apabila mereka marah dengan parti pemerintah.”
Bagaimanapun, proses pengundian adalah berbeza dalam kalangan pengundi Cina.
“Apabila ekonomi baik, pengundi Cina memihak pembangkang tetapi apabila ekonomi tidak baik, mereka memilih kestabilan,” kata beliau sambil menambah, lebih ramai orang Cina dijangka mengundi BN.
Kee Ping berkata, pengundi-pengundi bandar akan terus mengundi pembangkang tetapi undi mereka mungkin berpecah jika persempadanan semula sempadan kerusi Parlimen dilaksanakan.
Sebagai contoh, pengundi Cina dari Wangsa Maju, Bandar Tun Razak dan Pantai Dalam akan pergi kepada DAP dan kubu kuat PKR di Seputeh, Cheras dan Batu.
Kawasan-kawasan lain seperti Lumut pula, selepas persempadanan semula, akan mempunyai majoriti 70% Melayu yang akan memihak Umno.
Pada masa yang sama, beliau meramalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kemungkinan tidak akan memenangi kerusi kerana parti itu masih lemah.
Beliau membuat perbandingan dengan langkah Tengku Razeleigh Hamzah pada 1987 di mana Umno telah berpecah antara pasukan A yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Team B yang memihak Razaleigh.
Ketika itu, katanya, beberapa menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen telah mengikut langkah Razaleigh.
“Tetapi tiada menteri atau timbalan menteri mengikut (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) dan (Datuk Seri) Shafie (Apdal). Tiada yang mengikut.
“Jadi, tidak ada perpecahan dalam Umno,” kata beliau.
Beliau berkata, tidak seperti Pakatan Harapan yang mempunyai perbalahan, BN berjaya menunjukkan barisan yang bersatu.
“Pakatan belum datang dengan keputusan siapa yang akan menjadi perdana menteri jika mereka menang. Mereka perlu tegas dengan keputusan,” katanya.
Kata beliau, BN kemungkinan besar akan muncul sebagai pemenang PRU14 disebabkan pertembungan tiga penjuru.
“Undi akan berpecah. Dan kerana empat faktor, kemungkinan memihak kepada BN,” katanya.
Malah kata beliau, BN akan terus memenangi Sabah dan Sarawak.
Akhir tahun lepas, SPR mencadangkan untuk meminda sempadan kawasan pilihan raya beberapa bahagian Parlimen dan negeri di seluruh negara kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya.

* Mungkin dengan pertolongan PAS dan yang seangkatan dengannya......

1 comment:

  1. sonang aja congaknya
    kalau amno akang kalah diperingkat pusat
    tak kan ada pru kut???
    2 3 negeri pakatan menang tu nak bagi nampak
    ada demokerasi
    duk kena tipu memanjang

    ReplyDelete