Monday, April 17, 2017

Inikah jenis Ulamak pewaris Nabi?

'Menggelar syaitan besar, syaitan kecil bukan cara Islam'
16 April 2017 | MALAYSIA DATELINE
Ustaz Ahmad Awang

Tindakan memanggil pihak yang mengkritik Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355 sebagai syaitan besar dan syaitan kecil jauh tersasar dengan cara Islam.

Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang berkata, RUU 355 harus dibawa sebagai salah satu kerja dakwah yang bergerak dalam konteks demokrasi melalui ruang perbahasan di parlimen.

"Memanggil mereka yang tidak bersetuju dengan RUU 355 sebagai syaitan kecil dan syaitan besar adalah jauh lebih tersasar dengan cara Islam. Islam mendidik agar kita sentiasa mengekalkan kedamaian.

"Seharusnya kita membawa isu RUU 355 sebagai salah satu kerja dakwah yang bergerak dalam konteks demokrasi. Gunakan ruang perbahasan di Parlimen untuk memberikan penerangan. Itulah jalan dakwah kita. Berdakwahlah dengan lebih berhikmah agar masyarakat lebih mudah memahami," tulisnya di Facebook hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menganggap RUU 355 diganggu oleh syaitan besar dan syaitan kecil.

"Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wuduk dan sembahyang pun ada was-was syaitan.

"Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia. Apatah lagi perkara Mahkamah Syariah yang hendak dimuliakan itu bergelumang dengan masyarakat umum yang masih dibejati karat semangat penjajah, menjadikan RUU 355 diganggu begitu rupa," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata memberi gelaran buruk kepada orang lain bukan jalan penyelesaian sebaliknya menyebabkan permusuhan dalam masyarakat.

"Memberikan gelaran buruk bukan jalan penyelesaian. Malah inilah yang paling disukai oleh syaitan kerana masyarakat akan berpecah belah dan saling bermusuhan.

"Abu Hurayrah RA bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak sepatutnya seseorang yang benar itu menjadi pelaknat" (Riwayat Muslim)," katanya.

4 comments:

  1. Sekiranya benar presiden PAS menggunakan lebel syaithan besar dan syaithan kecil dan bermacam lagi kata2 nista dan buruk, maka ia adalah sunggoh malang kerana diusia yg lanjut. Saya mengingat diri sendiri supaya kerap beristighfar dn betaubat.

    ReplyDelete
  2. Rafizi belajor kat negara kapir
    Tetapi Rafizi nak bg tau dgn terang sapa yg dah jd penCURI terutama lebai2 yg penoh 'khosyuuk' jd imam semayang tu..

    Rafizi sggup buat SD sggup istihar harta tiap2 tahun nak bg tau terang2 dia tak menCURI, adakah pemimpin2 lebai yg pakai Vellfire BMW n Audi tu sggup buat utk tidak dituduh sbg penCURI songlap ddlm gelap sama sprt yg Rafizi buat!?

    Bukankah Islam itu Hisab=AUDIT=LURUS=TERANG=berCAHAYA takde yg gelap tersembunyi trhdp amanah=HARTA rkyat?

    Kata "kunci" nya disini klu dah tak berani buat SD serta istihar harta, maknanya sgt2 terang siapakah sbnr2 yg dah jd penCURI itu skrg dimata rkyat!


    Lebai2 belajor kat negara Islam berbuih2 mulut dgn ayat2 Quran
    Lebai2 juga guna bahasa arab doa berjela2 slalu berjubah dan besorban
    Lebai2 sgt hebat berceramah berkhutbah dan 'khosyuuuk' sgguh' jd imam semayang hahaha..

    TETAPI,
    Yg berbuih2 mulut dgn ayat Quran tu yg pakai sorban jubah dan yg jd imam semayang yg belajor kat negara Islam tu dah terang2 tak berani sbb dah terang2 tersuloh jd penCURI...buktinya,

    --tak berani saman
    --tak berani berhujah dan berdebat
    --tak berani lurus(FASTAQIM) dan mnjd jujur sejujur2nya manusia mcm Rafizi!
    --asyik belit uturn ponteng tangguh dan fitnah fitnah fitnah & maki hamun!

    Sbbnya..
    Si lebai2 yg belajor kat negara Islam yg jd imam semayang tu dan yg berbuih2 mulut dgn ayat Quran tu dah jd penCURI penCURI penCURI..

    --penCURI pasti akan berbelit2 utk tegak benang basah wpun nampak nor bodoh!
    --resmi penCURI hanya tau rekacipta fitnah adudomba serta maki hamun jer ler
    DAN,
    --penCURI yg jd imam semayang tu sudah PASTI tak berani buat SD dan berani berterus terang istihar harta CURI depa mcm Rafizi buat sbb mrk dah menCURI hihihi..


    Abih tu...adakah disis Allah lebai2 "Tahajjud" tak nah tiggal nih yg jd imam semayang tu sah semayang mrk tu yg dah terang2 jd penCURI fitnah serta khianat tu huhuhu..?

    Adakah ucapan dua kalimah SYAHADAH lebai2 tu "laku" disisi Allah apb dah terang2 ketua lebai tu pun turut jd kepala fitnah kepala ponteng kepala uturn tangguh maki hamun khianat dan sedondon jd kepala penCURI?

    Lu org ada mata HATI lu org pikior ler sendiri wokeh!

    Kata baginda SAW : "klu anak ku Fatimah menCURI pasti ku potong tangan nya"

    Yg menCURI duit rakyat/negara sepatutnya kena kudung kan dua2 KAKI dan dua2 TANGAN mrk baru lah sah mrk mnjd imam2 semayang contoh yg tlh pon menCURI tu ye tak!?

    Klu dua2 kaki dan tangan2 imam semayang dah kudung sape lah lg yg tolol yg sggup jd makmum,, kot2 walauns2 siku lutot kan tetap terus walaq juga kot kot2?

    ReplyDelete
  3. Lebai2 lepasan negara Islam tak tau aoa itu integriti...dan mana contoh pun di sana.

    Lebai2 ni, terutama mr presideng cakap je pandai merujuk Quran Hadis tp perangai ... Masyaallaaah!!
    Krn mereka Men of God...jd buat dan cakap apa saja pun, kerana mereka dh terasa akn masuk sorga nanti.
    Sapa bilang gitu? Sapa lagi...ada no ahli tk? Klu ada, sini sini sini, jln ni ke sorga! hehehe

    ReplyDelete
  4. banayk cakap jugak tapi satu kerja untuk betulkan balik hukum hukum Islam tak dibuat pung
    puak ni memang banyak
    dari dulu sampai lani

    ReplyDelete