Thursday, April 20, 2017

'Cilako': Arahan presiden supaya memenangkan calon BN!

* Kalau Ghazali ni bohong dan fitnah........tunggulah balasannya
Ini jugalah ungkapan tepisan para wala'un kot?

Apa pun tidak mustahil, di Kota Damansara dan Sungai Acheh pun perkara sama yang berlaku!
Bukit Besi pun disabotaj........korang nak percaya lagi kat manusia macam ni? Biarlah serban besar mana pun, atau segala kitab muktabar dia hafal pun

Aktivis dedah muslihat Pas isytihar sertai Amanah
20 April 2017 | MALAYSIA DATELINE

Ghazali menyerahkan borang keahlian kepada Dr Mujahid sambil disaksikan Saifuddin dan Sazmi (satu dan tiga dari kiri).

Bekas aktivis Pas Ghazali Mat yang pernah dilantik Pengarah Pilihan Raya Keadilan bagi Dun Kemuning menyerahkan borang menyertai Amanah di majlis ceramah umum Pakatan Harapan di Machang, 17 April lalu.

Borang permohonan keahlian Ghazali diterima naib presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof dengan disaksikan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan timbalan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Kelantan Datuk Sazmi Miah.

Ghazali menggemparkan politik Kelantan baru-baru ini apabila mendedahkah muslihat sulit Pas memenangkan calon Umno dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya amat kesal dan sampai ke hari ini saya masih terkilan dengan parti kita Pas. Ini kesah dan teladan buat saya.

"Saya amat sayang parti yang saya dokong dan memperjuangkan Islam.

"Ini kesah berlaku pada PRU ke-13 di mana saya diberi tugas untuk menolong jentera PKR bagi Parlimen Machang P029," ujarnya dalam tulisan yang menjadi tular di media sosial.

Menurut Ghazali, beliau diberi tugas sebagai pengarah pilihan raya bagi Dun Kemuning.

Walaupun tugas itu amat berat untuk dipikul, beliau menerimanya setelah diminta calon PKR, Dr. Wan Zawawi Ismail.

Kehadiran beliau dalam jentera pilihan raya PKR disambut baik oleh jawatankuasa dan jentera pilihan raya.

"Pada awal kempen saya amat berbesar hati dengan kerjasama semua pihak. Mengikut culaan ketiga-tiga Dun Pas boleh menang. Ini bermakna parlimen pun ikut sama menang," katanya.

Namun insiden seminggu sebelum hari mengundi benar-benar mengecewakan beliau apabila dipanggil bermesyuarat dengan pengarah-pengarah Dun dari Pas dan juga calon.

Beliau mula merasa ragu apabila arahan dibuat agar ahli-ahli dan penyokong Pas tidak mengundi calon Parlimen daripada Keadilan tetapi perlu mengundi calon parlimen BN yang diwakili Umno.

"Saya bertanya kenapa ini berlaku, jawapannya arahan presiden.

"Saya mati akal, pilihan raya rasa macam tak berguna lagi, maklumlah niat hati nak ke Putrajaya," katanya.

Keputusan pilihan raya bagi kawasan parlimen Machang membuktikan arahan daripada pemimpin Pas itu dituruti apabila tiga Dun yang ditandingi Pas menang dengan majoriti lebih 3000 undi namun calon Keadilan bagi kawasan parlimen tewas dengan majoriti 805 undi.

"Saya menyesal dan menangis sebab kerja buat saya sia-sia. Bermula dari situ saya tak mempercayai lagi apa-apa yang berkaitan degan Pas.

"Apakah parti Islam yang memperjuangkan agama sanggup menikam belakang dalam gabungan Pakatan Rakyat," soal beliau.

Ghazali turut memberikan nombor kad pengenalan bagi memberi peluang kepada mereka yang meragui beliau untuk mengesahkan status keahliannya dalam Pas.

* Semasa aku remaja aku ada peristiwa yang menyakitkan hati bersama seorang kawan dari sebuah negeri yang sempadan dengan negeriku ni.

Satu malam akibat cemburu dan mungkin tersalah orang aku dan kawan aku dikepung oleh sekumpulan 10 orang. Bila dikepung dan diserang aku tersedar yang hanya aku berseorangan jer bergasak melayan 10 penyerang. Rupanya kawan aku ini hilang melarikan diri entah ke arah mana. Bila dah usai baru aku jumpa dia di sebuah kedai kopi berdekatan

Hah tuu diaa.......puas hati berkawan dengan orang asal dari sana!
Tapi aku tak marah cuma aku rasa kesal sebab dah dia takut, nak buat macam mana?

No comments:

Post a Comment