PAS kata sepatutnya Mahathir sasarkan serangan terhadap UMNO/BN bukannya PAS
Sekarang ni adakah PAS sendiri serang UMNO/BN?
Yang aku nampak sasaran PAS sekarang adalah sesama pembangkang bila dah bercumbu dengan UMNO
DAP dan Amanah yang lumat ditenyeh PAS dengan macam-macam label dan seranah!
Dr M yang pecah belahkan pembangkang, kata PAS
Sekarang ni adakah PAS sendiri serang UMNO/BN?
Yang aku nampak sasaran PAS sekarang adalah sesama pembangkang bila dah bercumbu dengan UMNO
DAP dan Amanah yang lumat ditenyeh PAS dengan macam-macam label dan seranah!
Dr M yang pecah belahkan pembangkang, kata PAS
Idris Ahmad menasihatkan Dr Mahathir belajar cara menjadi pembangkang terlebih dahulu, sebelum memberi nasihat kepada PAS yang sudah lama menjadi pembangkang.
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang parti itu memecahbelahkan umat Islam melalui rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan presidennya Khamis lalu.
Sebaliknya, Idris Ahmad berkata, bekas perdana menteri itu yang memecahbelahkan pembangkang.
“Macam mana RUU 355 memecahbelahkan orang Islam, kalau orang tak ikut dia (Dr Mahathir) anggap PAS memecahbelahkan (Islam)? Dulu pun sama, anggap PAS macam itu selama 22 tahun.
“Sekarang dah jadi pembangkang nak kata (PAS) memecahbelahkan juga. Sejarah membuktikan Dr Mahathir yang memecahbelahkan (pembangkang). Contohnya wujud PKR,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilaporkan berkata, RUU 355 yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan memecahbelahkan umat Islam kerana ia sebenarnya tiada kaitan dengan agama Islam.
“Agama Islam tidak menyusahkan kita membuat sesuatu untuk memecahbelahkan orang Islam, ia digunakan untuk politik sebuah parti.
“Dalam negara kita ada masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama, kita mesti sensitif terhadap agama lain kerana dalam Islam kita kena menghormati agama lain dan kita tidak boleh memaksa orang berasa takut kepada Islam,” kata Dr Mahathir.
Sementara itu, Idris menasihatkan Dr Mahathir belajar cara menjadi pembangkang terlebih dahulu, sebelum memberi nasihat kepada PAS yang sudah lama menjadi pembangkang.
Naib presiden PAS itu berkata, sebagai pembangkang, Dr Mahathir sepatutnya menyasarkan BN dan Umno, bukannya sesama parti pembangkang.
“Lawan kerajaan Barisan Nasional (BN), Umno sudahlah. Kita nasihat dia lawan Umno sebab mana ada parti di Malaysia, pembangkang lawan pembangkang,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Idris berkata, PAS menyerahkan urusan menyaman Editor Sarawak Report kepada peguam mereka di United Kingdom.
“Itu urusan peguam kita di sana. Saya tidak tahu dan tidak ada dimaklumkan.”
Semalam, Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berkata, beliau belum menerima sebarang notis saman, meskipun sudah lebih 3 bulan tarikh akhir bagi pihaknya memenuhi tuntutan PAS berhubung laporan mendakwa pucuk pimpinan parti itu menerima RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak, berakhir.
Ia selepas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang peguam PAS di United Kingdom sudah menghantar surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember lepas.
Surat itu mengandungi 3 tuntutan – menggesa Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, mengeluarkan permohonan maaf mengikut terma dipersetujui PAS dan Sarawak Report memberikan jaminan tidak akan menyiarkan tuduhan palsu pada masa depan.
Tempoh 7 hari itu berakhir 20 Disember lepas.
Sarawak Report pada Ogos 2015 mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS dan transaksi itu salah satu usaha Najib untuk “menarik” kepimpinan PAS menyokong BN dan Umno.
Idris bukannya bermimpi tetapi meracau untuk menegakkan benang basah. Tahap pemikirannya tidak jauh berbeza dengan Wan Rosli, kronik tidak tentu hala.
ReplyDeletekerana Islam lah ahli keluarga Nabi berpecah kerana enggan menerima kebenaran Islam
ReplyDeleteabu Lahab abu jahal ketua yang kuat menentang
Dalam negara kita ada masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama, kita mesti sensitif terhadap agama lain kerana dalam Islam kita kena menghormati agama lain dan kita tidak boleh memaksa orang berasa takut kepada Islam
orang kapir dan orang Islam yang benci hukum Islam pung kena sensitif dengan hak umat Islam
dulu patut pendatang(yang dibawa masuk oleh britis) yang takut Islam balik negara asal kalau benar takut pada Islam
mahde memang tak suka hukum hukum Islam dijalankan ngan alasan jahiliahnya
dulu mahde jugak suruh buat tafsiran lain Al Quran sebab tak ikut nafsu dia
sampaila ulamak amno tak buat pasai apa???
cilako mamat ni
Adalah amat malang memilih orang seperti Idris nih..
ReplyDeletePemikiranya kurang cerdik.. Kalau orang seperti ini dalam kabinet memerintah Malaysia..tak tau lah apa nak jadi...