Tuesday, April 18, 2017

Amanah 'tak laku' di Rantau Panjang?

33 ahli Pas beralih arah
NOOR AZLIDA ALIMIN - 17 APRIL 2017
Rasul (kiri) memberi penerangan dalam Mesyuarat Pas dan Pemilihan Jawatan Pimpinan Pas Rantau Panjang

RANTAU PANJANG – Hanya 33 ahli Pas didapati mendaftar secara rasmi sebagai ahli Amanah di Rantau Panjang.

Setiausaha Pas kawasan, Abdul Rasul Mohamed berkata, bilangan keahlian sebenar yang lompat parti tidak dapat dikenal pasti kerana memerlukan sistem pendaftaran dalam mana-mana parti di sini.

Menurutnya, tindakan 33 bekas ahli Pas itu mendaftar dalam parti lain menyebabkan keahlian mereka terbatal secara automatik.

“Walaupun ada yang keluar parti, kita berjaya menambah bilangan ahli dengan penerimaan 300 borang keahlian baru.

“Sebanyak 242 daripada bilangan tersebut sudah memiliki sijil dengan nombor keahlian pendaftaran,” katanya.

Rasul berkata, pihaknya turut menyokong kempen pendaftaran ahli baharu termasuk di luar Kelantan.

Katanya, pelbagai program pengundi luar dijalankan melibatkan enam zon antaranya Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu.

"Ia turut dijalankan di Sabah, Sarawak serta Brunei," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Pas Kawasan di Pusat Tarbiyah Pas Rantau Panjang.

Dalam mesyuarat ini, lapan Jawatan Pimpinan Pas Rantau Panjang menang tanpa bertanding bagi sesi 2017 hingga 2019.

Pengerusi Tetap disandang Izani Salleh sementara timbalannya, Sabri Mat Daud.

Bekas Adun Bukit Tuku Abdul Fatah Harun turut mengekalkan jawatan Yang Dipertua Pas Rantau Panjang.

Manakala Datuk Nassuruddin Daud dan Mohamad Awang masing-masing bagi jawatan Timbalan dan Naib Yang Dipertua Pas.

Ketua Ulama Pas pula disandang Mohd Rosli Awang Hamat, sementara pemeriksa kira-kira I dan II ialah Abd Aziz Mohd Nor dan Ramli Jaafar.

Hanya ahli jawatankuasa Pas kawasan dipertandingkan dalam pemilihan seramai 16 jawatankuasa daripada 24 pencalonan.

1 comment:

  1. Opsss..
    Dale gamba datah kawe napok sudin bodo
    Tak bodo guano ore ngaji boleh sijil dio ngaji tak dop sijil
    Stupid...
    Idiot...

    ReplyDelete