Udara semakin nipis, dia pengsan...
SH - 10 APRIL 2017
KUALA KUBU BHARU - Seperti mati hidup semula. Itu nasib dialami seorang peluncur udara yang dijumpai selepas 24 jam hilang akibat diterbangkan angin kuat ketika meluncur di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, semalam.
Mangsa, Mohammad Rosely Azli, 53, berkata, dia gagal mengawal payung layar sehingga 'disedut' memasuki kepulan awan hitam.
"Saya akui memang salah saya, sepatutnya saya dengar arahan site operator supaya terbang ke arah padang Taman Milenium untuk pendaratan segera.
"Tapi saya berpatah balik pada ketiggian asal (426 meter) kerana beranggapan cuaca baik tanpa sedar ada kepulan awan hitam sebelah belakang.
"Bila masuk dalam awan hitam, saya masih dapat bercakap melalui walkie talkie... tapi angin kuat menyebabkan walki talkie terjatuh sebelum bergulung-gulung dalam awan," katanya.
Mohammad Rosely berkata, dia mulai sesak nafas kerana udara makin nipis dan hujan seperti ketulan ais yang berkemungkinan sudah berada pada ketinggian melebihi 3,500 meter.
Menurutnya, situasi itu menyebabkan dia pengsan dan hanya sedar terbaring di tanah dalam kawasan hutan.
"Saya ada dengar deruman enjin pesawat pada sebelah pagi keesokkan harinya dan sekali lagi pada sebelah petang sebelum diselamatkan pasukan penyelamat," katanya.
[ARTIKEL LENGKAP BERKAITAN: Peluncur udara lambai tangan kepada penyelamat]
SH - 10 APRIL 2017
Keadaan mangsa ketika ditemui

No comments:
Post a Comment