Saturday, April 22, 2017

Berita sakit hati: Dah melampau dah puak-puak ni!

NGO India buat laporan polis, khuatir Asri dipengaruhi Zakir Naik

  | April 22, 2017
Persatuan India Progresif Malaysia khuatir jika seorang mufti boleh dipengaruhi Zakir, bagaimana pula dengan orang Islam kebanyakan?
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) bersama beberapa NGO India lain hari ini membuat 2 laporan polis berbeza terhadap Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin dan penceramah kontroversi Zakir Naik.
Laporan terhadap Asri mengenai “puisi pagi Jumaat” yang dimuatnaik di Facebook semalam, manakala laporan terhadap Zakir pula mengenai pengaruh radikal.
Presiden Mipas Rajaretinam Armuggan sukar mempercayai seorang seperti mufti Perlis akan mengeluarkan “puisi” seperti itu.
“Saya mengikuti mufti Perlis dan saya terkejut apabila dia menunjukkan pemikiran yang sempit,” katanya kepada pemberita di balai polis Sentul hari ini.
“Dia (Asri) sebagai seorang ilmuan sepatutnya lebih rasional dan bijak bila berkata-kata. Seorang ilmuan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang sangat menghina.”
Rajaretinam percaya Asri mengeluarkan “puisi” seperti itu kerana dipengaruhi Zakir dan berkata jika penceramah kontroversi itu berjaya mempengaruhi seorang ilmuan, bagaimana pula dengan orang Islam kebanyakan.
“Zakir berjaya meyakinkan Asri menjadi pengikutnya. Jika Asri pun boleh dipengaruhi maka ini sangat merbahaya kerana bagaimana pula dengan orang kebanyakan? Mereka akan jadi pelampau.”
Beliau berkata perkataan seperti itu tidak sesuai disebutkan oleh orang seperti Asri, maka tindakan segera polis diperlukan.
“Seorang mufti dalam hal ehwal agama berada pada kedudukan yang tinggi dalam kerajaan. Mufti menasihati sultan dan kerajaan berkenaan perkara berkaitan agama.
“Bolehkah seseorang yang bercakap buruk mengenai agama dan amalan lain memegang jawatan tinggi itu?”
Rajaretinam memetik ayat al-Quran dari surah al-Kafirun yang menyebut: “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.
“Kalaupun saya sembah batu, kucing atau kambing, itu urusan saya. Mengapa kamu pula yang terasa?
“Asri sepatutnya mempromosikan keamanan dan keharmonian tetapi bila dia menggunakan perkataan seperti itu dia seperti memalu gendang.”
Asri di Facebook hari ini mempertahankan “puisi” kontroversi itu.
Mufti Perlis berkata ia tidak ditujukan terhadap orang Hindu di Malaysia, tetapi terhadap pentadbiran Perdana Menteri Narenda Modi, yang beliau dakwa membiarkan orang Islam dibunuh kerana memakan lembu, haiwan yang dianggap suci oleh orang Hindu.

Hindraf mahu Asri dipecat dari jawatan mufti

  | April 22, 2017
Hindraf memohon untuk mengadap Raja Perlis untuk mengemukakan permintan agar memecat Asri ekoran puisi menghina penganut-penganut agama Hindu yang disiarkan semalam.
PETALING JAYA: Hindraf mahu mengadap Raja Perlis untuk meminta agar Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipecat ekoran puisi menghina penganut-penganut agama Hindu dan mempertahankan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.
Pengerusinya, P Waythamoorthy berkata, pihaknya berhasrat untuk membawa ke pengetahuan Raja Perlis tentang perasaan bukan Islam ekoran puisi Asri yang menyinggung perasaan penganut Hindu negara ini.
“Kami mahu pertemuan ini untuk membawa kebimbangan masyarakat bukan Islam di Malaysia yang marah dengan puisi mufti Perlis yang menghina agama Hindu, dan amalan yang dirujuk tiada kaitan dengan agama (Hindu) dan berniat jahat menggambarkan ia sebagai amalan agama.”
Selain itu kata beliau, pihaknya akan membuat permintaan kepada Raja Perlis untuk memecat Asri yang telah 2 kali menulis melintasi sempadan dan campur tangan dalam kepercayaan dan amalan agama Hindu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, Waythamoorthy berkata, pihaknya tidak membantah jika Asri bercakap mengenai Islam, tetapi beliau tidak harus mengecam amalan agama-agama lain.
“Kedua-dua orang Islam dan bukan Islam telah mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai sejak 60 tahun lalu.
“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ada agenda pemikiran radikal Islam yang cuba disemai dalam minda belia Islam untuk membenci dan membangunkan perasaan menghina bukan Islam.”
Asri semalam memuat naik beberapa baris di laman Facebooknya menyelar apa yang dipanggil golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah”.
Walaupun tidak menamakan “pendakwah” yang dimaksudkannya, mufti Perlis itu sebelum ini mempertahankan Zakir yang dikecam beberapa persatuan bukan Islam, termasuk Hindraf.
Bagaimanapun hari ini, Asri menghantar mesej lain di Facebook untuk mempertahankan puisi kontroversi.
Kata beliau, tulisan itu tidak dituju kepada penganut Hindu di Malaysia, tetapi sebaliknya pentadbiran Perdana Menteri India Narendra Modi, yang didakwanya membenarkan umat Islam dibunuh atas penyembelihan lembu, haiwan yang dianggap suci oleh penganut Hindu.
Waythamoorthy mendakwa mufti yang “dihormati” itu kini berada di bawah pengaruh Zakir.
“Menjemput Zakir ke Malaysia telah mengundang pergolakan besar dalam pemikiran rakyat Malaysia. Jika Zakir boleh merosakkan mufti Perlis untuk muncul dengan puisi yang menghina secara terang-terangan, maka Zakir telah berjaya meradikal dan memesongkan cara berfikir mufti yang dihormati.
“Oleh itu, Hindraf mengharapkan pertemuan segera dengan Raja Perlis untuk memberi taklimat mengenai bahaya pendakwah kebencian seperti Zakir di Malaysia sedangkan beliau diperlukan di India untuk aktiviti berkaitan keganasan dan pengubahan wang haram.”

No comments:

Post a Comment