China ceroboh Sarawak, mengapa diam, soal PKR
Pemuda PKR berkata sikap Malaysia seolah-olah tidak menghiraukan kedaulatan Malaysia dicerobohi.
PETALING JAYA: PKR hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri Malaysia selepas laporan beberapa kapal pertahanan China kerap menceroboh perairan Sarawak.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang memetik 2 badan pemikir berpusat di Amerika Syarikat, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa dan Pusat Kajian Lanjutan Pertahanan, yang mendapati Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) menceroboh perairan Sarawak.
Menurut laporan itu, 3 kapal milik pasukan itu berada dalam perairan yang dituntut Malaysia dalam tempoh 2 bulan antara Disember 2016 dan Februari tahun ini.
Kapal tersebut dikesan di sekitar Gugusan Beting Raja Jarun and Gugusan Beting Patinggi Ali yang merupakan sebahagian Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, kira-kira 160 km dari persisiran Sarawak.
Kedua-dua gugusan itu turut dituntut China dan seterunya Taiwan.
Nik Nazmi membandingkan sikap kerajaan kali ini dengan bantahan diplomatik terhadap China pada 2015, selepas kapal CCG memasuki zon tersebut.
“Sejak bantahan pada 2015 itu, dilaporkan sebanyak 11 kapal CCG telah meronda berdekatan perairan Malaysia — seolah-olah langsung tidak menghiraukan bantahan tersebut.
“Jika kita terus berdiam adakah ini bermakna kita terus akur dengan pencerobohan China ke tanahair kita?” soal beliau.
Hubungan ekonomi Malaysia-China sejak kebelakangan ini menjadi perdebatan, di sebalik kontrak berbilion ringgit melibatkan syarikat besar China memajukan infrastruktur seperti kereta api dan pelabuhan.
Pengkritik menyifatkan kebanjiran syarikat gergasi China di Malaysia bakal memberikan kesan buruk kepada syarikat tempatan yang tidak mampu bersaing.
Nik Nazmi berkata pencerobohan China di perairan Malaysia menunjukkan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Ia seakan-akan memberi peluang untuk negara asing seperti China menerobos negara ini termasuk di dalam hal politik dan ekonomi,” katanya sambil merujuk skandal 1MDB.
“Kebergantungan kepada China untuk memperbaiki keadaan ekonomi yang mengalami kerugian berbilion akibat skandal besar juga telah melemahkan pendirian diplomatik negara.”
“Jika Putrajaya terus gagal mengambil pendirian lebih tegas di dalam hal ini maka jelaslah bahawa pentadbiran Najib Razak kini tidak lagi mampu menegakkan kedaulatan negara dan hanya akan terus mengundang campur tangan negara asing.”
Kaitan: Kapal asing lolos perairan Malaysia, ditahan tentera laut Indonesia
Kaitan: Kapal asing lolos perairan Malaysia, ditahan tentera laut Indonesia
Tak peduli kerana hari2 kira duit..itu lbh penting....
ReplyDelete