Sunday, April 23, 2017

Kesian budak ni, dah koma pun

Pelajar Dipercayai Dipukul Warden Kini Koma
mStar - Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 10:04 PM
JOHOR BAHRU: Seorang pelajar lelaki, dari madrasah swasta yang kisah kedua kakinya hitam dipercayai akibat dipukul warden dan menjadi viral di media sosial sejak Jumaat, disahkan koma, Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, 11, dipotong kedua kakinya Jumaat kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman naik ke atas.

"Terkini, murid itu koma dan tangan kanannya telah hitam kerana proses jangkitan kuman pada tisu dan sel darah," kata beliau dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

Mohamad Thaqif Amin, yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Rabu lepas, menjadi viral di media sosial dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas dirotan oleh pembantu warden.

Ayub berkata pihak HSI sedang sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada Mohamad Thaqif Amin.

Ayub berkata keadaan pelajar terbabit amat kritikal dan pihak hospital juga sedang menyiasat sama ada dia mempunyai penyakit lain kerana keadaan penyakitnya tidak hanya terhad kepada tempat yang dikatakan dipukul.

"Untuk makluman, pesakit ini (Mohamad Thaqif Amin) dimasukkan ke wad di HSI selepas lebih dari dua minggu kejadian yang mengatakan dia dipukul oleh warden.

"Ibunya menyatakan yang mereka telah membawa pesakit berubat secara tradisional terlebih dahulu sebelum ke hospital," kata beliau.

Ayub berkata Mohamad Thaqif Amin mempunyai darah beku dan terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang sehingga merosakkan fungsi buah pinggangnya.

Beliau berkata masalah pembekuan darah tersebut bukan sahaja di kaki iaitu bahagian yang dikatakan di pukul tetapi juga tangan.

"Dimaklumkan juga kaki pesakit telah dipotong dan dialisis sedang dilakukan manakala laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian terbabit," katanya.

4 comments:

  1. Aku memang tak sokong langsung masuk sek pondok,madrasah atau pun pusat2 TAHFIZ

    Sbbnya 2 org anak buah aku pernah mengadu soal kes LIWAT ddlm pusat TAHFIZ mrk ttpi tak berani utk mengadu hal itu wpun kpd ibubapa mrk sendiri!

    Mengadu hal itu kpd aku pun mrk takut2, kesiann..
    Hal LIWAT trsbut berlaku sekitar 2005-2006 dahulu

    Oleh itu bila aku dengar lg kesah2 LIWAT kat pusat2 TAHFIZ baru2 nih..aku dah agak bnyk & bnyk lg yg akan trjd tapi malangnya ramai budak2 tu bahkan ibubapa dorang tak tahu serta tak berani nak buat apa2!

    Klu mrk lapor dan dedahkan rahsia seolah2 mmbuka pekong dan "AIB" sendiri krn sblum itu ibubapa mrk sndiri yg beriya2 GEMPAK memujamuji mnggunung pusat TAHFIZ trsbut seolah2 dilema: ditelan mati emak dan klu diluah mati bapak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak betul dan benar cerita ini.. tapi siapa yang boleh membawa kes-kes seperti ini ketengah. pihak yang berkenaan dengan sekolah-sekolah pondok dan tahfiz ini perlu bersikap proaktif dalam menjaga maruah dan nama baik agama.
      Sebelum ini pun pihak prihatin seperti Wardina telah menyatakan keraguan tentang ini tetapi dianggap cuba menghina dan dipertikaikan.

      Delete
    2. http://says.com/my/seismik/isu-kes-cabul-mahaad-tahfiz-ustaz-kazim

      Delete
  2. "Ibunya menyatakan yang mereka telah membawa pesakit berubat secara tradisional terlebih dahulu sebelum ke hospital,"
    Dari statement ini, apakah ubat dan bentuk rawatan yang telah diberikan kepada budak malang itu?

    ReplyDelete