Posted on Saturday, April 15 @ 21:16:46 MYT by paktam
Oleh Aspan Alias
Sekarang ini terlalu hebat spekulasi yang di debatkan di tempat-tempat awam: dikedai kopi, di masjid, disurau-surau dan dimana-mana tentang perlantikan Hishamuddin sebagai Menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.
Ada yang berpendapat yang itu merupakan satu tindakan yang lakukan untuk ‘circumvent’ Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Najib. Katanya Hisham akan menjadi Perdana Menteri selepas Najib dan sebagainya.
Ramai yang berkata yang tindakan Najib ini telah membantutkan tindakan beberapa orang pemimpin yang bercita-cita besar untuk menjadi Naib Presiden dan diantara yang disebut-sebut dikhalayak ramai sekarang ialah Ismail Sabri Yaacob, Khairy Jamaluddin dan Mahadzir Khalid. Yang kesemuanya adalah dari kumpulan Zahid yang akan menonjolkan Zahid sebagai Timbalan Presiden yang kekosongan dan sebagainya.
Bagi saya itu tidak mempunyai apa-apa ‘consequence’ yang besar kerana siapa pun dikalangna menteri-menteri cabinet yang akan mengambil alih Najib Umno tetap akan menghadapi cabaran yang paling getir dalam pilihanraya yang akan datang ini. Ahmad Zahid amat kuat dikalangan Umno tetapi beliau tidak mampu untuk menaikan sokongan ramai terhadap beliau dan ia akan membawa padah kepada Umno dan BN itu. Jaguh kampong hanya berjaya menjadi kuat dikampongnya sendiri sahaja.
Hishamudin pula tidaklah mempunyai kekuatan dikalangan Umno dan tidak juga mempunyai pandangan yang tinggi dari masyarakat awam yang besar. Tetapi seperti yang saya sebutkan dalam posting saya yang lepas pimpinan Umno dan negara ini ditentukan oleh beberapa kerat ‘warlords’ dalam negara ini sahaja. Yang kuat dalam parti tidak semestinya mengambil tempat yang utama negara itu.
Sejarah telah melengkapkan pandangan ini. Husein Onn merupakan Naib Presiden nombor tiga dalam kepimpinan parti seketika dahulu tetapi beliau akhirnya dilantik menjadi Timbalan kepada birasnya Tun Razak. Lama sebelum itu Tun Dr Ismail merupakan pemimpin yang lebih berpengaruh dari Tun Razak tetapu Tunku telah melantik Dato’ Abdul Razak untuk memberitahu Umno yang selepas beliau Razak Lah yang akan mengganti beliau.
Jika terjadi pertandingan yang telah diura-urakan diantara Tun Razak dengan Tun Dr Ismail pada perhimpunan Agong 1952 dahulu ramai yang berpendapat yang Tun Ismail akan menang dalam pemilihan itu. Tetapi Tunku yang baru mengambil alih kepimpinan dari Onn Jaafar sebagai Presiden Umno telah memainkan peranan untuk tidak ada pertandingan dan akhirnya tiada lah pertandingan yang diura-urakan itu.
Dr Mahathir juga merupakan Naib Presiden yang berkedudukan yang ketiga telah dilantik oleh Hussein sebagai Timbalannya pada tahun 1976 dahulu. Begitu jua Musa Hitam merupakan Naib Presiden yang nombor tiga apabila beliau dihantukan oleh Dr Mahathir untuk bertanding dengan Tengku Razaleigh pada tahun 1981 dahulu.
Kedudukan nombor tiga diantara Naib Presiden ini, adalah satu kedudukan yang telah menjadikan seseorang itu menjadi Perdana menteri. Abdul Gahfar Baba dan Tengku Razaleigh merupakan Naib Presiden yang popular. Ghafar dan Tengku merupakan Najib Presdiden yang Nombor satu dan kedua begitu lama.
Apabila Ghaffar Baba jatuh ketahap ketiga pada perhimpunan agong 1984 dahulu maka beliau menjadi Timbalam Perdana Menteri apabila Musa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1986 dahulu kerana tidak bersefahaman dengan Perdana Menteri Mahathir.
Apa yang hendak dihujjahkan kerana samada tempat dan kedudukan yang pertama atau ketiga tidak menjadi masalah jika Perdana menteri mahukan mana-mana dikalangan Naib Presiden untuk menggantikan beliau.
Sekarang ini jika Hishamudin dirasakan perlu untuk kepentingan PM Najib untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri itu bukan masalahnya. Jika Zahid akhirnya tidak terus menjadi Timbalan Perdana Menteri itu buka perkara yang pelik dalam sejarah Umno samada Umno asal atau pun Umno Dr Mahathir yang kini beliau tinggalkan itu.
Tetapi yang harus diingat keadaan sekarang bukan lagi seperti dahulu. Umno tidak lagi parti yang dihormati oleh masyarakat pengundi. Umno sudah dianggap sebagai musuh kepada orang Melayu kerana parti itu sentiasa memilih atau melantik pemimpin yang tidak semenggah untuk memimpin kita. Rakyat sudah jemu dan sudah meluat dengan tahap dan nilai kepimpinan Umno itu setiap peringkat di negara ini.
“Umno is already a pest to the country!” kata seorang pemimpin Umno sendiri yang memanggil saya untuk minum kopi di sebuah kedai mamak baru-baru ini. “If Umno is still led by the current chunk of leaders like Zahid and Hisham alike I am not going to continue on with the party. I am watching who leads the coming election first. At best I want UMNO to survive but not with Zahid, Hisham or anyone among the current Majlis Tertinggi. I am sick and fed-up with this incurable Umno.” Kata nya terus.
Saya bertanya tentang PAS dia lantas menjawab “Ok bro.. PAS promised everyone heaven, but that stupid party is driving us fast to hell now”
Saya mendengar komen-komen seperti ini hari hari. Umno sudah tidak relevan lagi kecuali ada pemimpin yang boleh membawa imej baru kepada parti itu untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya yang akan datang - http://aspanaliasnet.blogspot.my

Hi! I know this is inda ooff topic but I'd figured I'd ask.
ReplyDeleteWould you bbe interested inn trading links or maybe guest writing a blog
post or vice-versa? My blog disusses a lot of the
same topics as yours and I think we could greatly benefit from each other.
If youu happen to be interested feel free to send me aan email.
I look forward too hedaring from you! Superb blog by the way!
Hello, after reading his amazing paraggraph i
ReplyDeleteam also cheerful too share my know-how here with mates.