Tuesday, April 18, 2017

Takkan penafian hanya dengan mamalu tin kosong?

Monday, 17 April 2017
PEMIMPIN PAS BILA LAGI?

Selepas membuat akuan bersumpah berkaitan Nasharuddin Mat Isa yang didakwa menerima dana 1MDB daripada Najib Razak dan kemudian membuat laporan kepada SPRM berkaitan dengannya, Rafizi Ramli dengan pantas menyaman pula Raja Petra Kamaruddin atas dakwaan melakukan fitnah kepadanya.

Tindakan Rafizi terhadap penulis blog itu ialah untuk menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menerima dana RM20 juta daripada seorang tauke Cina bernama John Soh atau Soh Chee Wen.

Meskipun menyedari Raja Petra adalah seorang yang muflis dan sekarang menjadi pelarian di luar negara, Rafizi menegaskan, tindakan yang diambilnya bukan bermotifkan wang, tetapi untuk kebenaran.

Sebelum itu, Rafizi turut membuat akuan bersumpah menafikan beliau pernah menerima wang daripada John Soh sebagaimana yang didakwa oleh Raja Petra.
Sebaik Rafizi membuat akuan bersumpah terhadap Nasharuddin dan kemudian timbul pula dakwaan terhadap dirinya, terdengar banyak sosek-sosek di belakang telinga yang mengatakan Naib Presiden PKR itu hanya berani melakukannya kepada orang lain, tetapi berdiam diri apabila terkena batang hidungnya sendiri.

Namun, dengan membuat akuan bersumpah penafian dan disusuli dengan mengambil tindakan undang-undang, Rafizi bukan saja dikira terpuji, malah lengkap dari segi keberanian untuk mempertahankan dirinya.

Hanya dalam tempoh dua tiga hari, beliau berjaya berbuat sesuatu yang cukup wajar untuk membersihkan maruah dirinya.

Tetapi, bagaimana dengan Pas dan pemimpin-pemimpinnya setelah sekian banyak dilemparkan dakwaan menerima wang?

Bila mahu menyaman Sarawak Report?

Bila mahu menyaman Husam Musa?

Bila mahu menyaman Rafizi?

Kalau Rafizi boleh melakukannya dalam tempoh yang singkat kerana yakin 100 peratus kebenaran bersamanya, kenapa Pas perlu mengambil masa yang begitu lama, di sebalik sudah berulangkali menyebut mahu mengambil tindakan saman terhadap mereka yang didakwa memfitnahnya?

Jika betul-betul yakin ianya fitnah, mengapa tidak disegerakan?

Dalam pada itu, jika pun tindakan saman sudah berbulan-bulan tidak juga menjadi kenyataan, mungkin bolehlah juga dinyanyikan kononnya perlu penelitian yang lebih mendalam, sekurang-kurangnya buatlah dahulu akuan bersumpah untuk menafikannya.

Tetapi, mengapa tidak berani juga?

Saman tak berani, akuan sumpah juga takut...apa yang berani dilakukan Pas dan pemimpin mereka untuk membersihkan nama, selain nafi, nafi dan nafi kosong semata-mata?

Hmmmmm.....

Posted by Shahbudin Husin at 22:30 

4 comments:

  1. dikatakan pas tak boleh pakai
    yang boleh pakai hanya pan bersatu dap pkr
    ok latu dah cukup mantap gabungan
    untuk pru nanti
    apa nak takut lagi yang dah pasti menang lagi
    dah pung terjamin kerusi
    mp ni dikatakan penggubal hukum
    jangan lupa nanti lepaS pru bentang lah hukum
    baru yang lebih adil ikut otak manusia

    kalau menang nanti tolong letakkan papan tanda diseluruh negara

    mencuri adalah dosa besar
    rasuah pengkhianat besar negara
    berzina dosa besar
    membunuh dosa besar

    jangan buat hukuman nya pung berat

    bagi rakyat sedar akan perbuatan ini besar salahnya dan dibenci oleh rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mp ni dikatakan penggubal hukum
      jangan lupa nanti lepaS pru bentang lah hukum
      baru yang lebih adil ikut otak manusia

      kalau menang nanti tolong letakkan papan tanda diseluruh negara

      mencuri adalah dosa besar
      rasuah pengkhianat besar negara
      berzina dosa besar
      membunuh dosa besar

      jangan buat hukuman nya pung berat

      bagi rakyat sedar akan perbuatan ini besar salahnya dan dibenci oleh rakyat

      Tipikal pemikiran walauun Parti Akan Saman(PAS)
      Fiqh Kenegaraan mereka.
      Agaknya memerintah atau khalifah ni itu her kerjanya.bila tak kena dgn nafsu pemikiran diorg, dikafir liberalkn org yg bertanya or tk sepemikiran dgn mrk.nak buat mcmana.Islam itu milik diorg jer
      PAS=ISLAM.diorg tak perasan boleh jd bgini.
      PAS+ISLAM=Terselam.

      Delete
  2. PAS...
    Kikikikiki..
    Parti Akan Saman
    P. A. S
    Pee Aarr Saman
    Kikikikiki
    Lawak arr pAS neh..

    ReplyDelete
  3. Pemimpin2 parti cap bulan mana ada kredibiliti memimpin..... Ceramah kuliah memang hebat laaaa!!

    Politik ni bukan ceramah kuliah wey!!!!
    Dan politik bukan juga memaki hamun sana sini sebagaimana mr presideng lakukan tu!

    Nak tadbir negara konon, tadbir Kelantan pun kelam kabut, cari pitis tak pandai.

    Ooi lebai2!!, Mr presideng kamu tu dh jadi liabiliti parti, tp kerana pemikiran kamu jumud, kamu tak leh baca pun hal ini.

    ReplyDelete