Tuesday, April 18, 2017

Hahaa...dedak punya pasal: Inilah tafsiran mereka!

Tuesday, April 18, 2017
PAS Selangor bersedia ingkar Majlis Syura Ulamak
18 APRIL: PAS Selangor dilihat masih berdegil dengan membuat keputusan akan tetap berada di dalam kerajaan negeri sekalipun Majlis Syura Ulamak serta perwakilan dalam muktamar parti itu pada hujung bulan ini membuat keputusan memutuskan ‘tahaluf siyasi’ dengan PKR.

ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi mendakwa tahaluf siyasi PAS di peringkat kerajaan dan parti adalah dua perkara yang berbeza.

“Tahaluf di peringkat parti adalah di mana kita bersetuju untuk tidak bersetuju kerana setiap parti ada matlamat dan prinsip tersendiri. Dalam masa yang sama kita menghormati matlamat dan prinsip parti lain.

“Tahaluf menerusi kerajaan pula adalah menjaga kepentingan rakyat. Di mana kita mempunyai kebersamaan dalam matlamat. Itu jauh lebih penting dari melayan matlamat parti masing-masing,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu kepada Antarapos, Isnin.

Sebelum itu, beberapa kawasan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan membuat usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR sejak awal Mac lalu.

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani dilaporkan berkata berkata tahaluf siyasi PAS dengan PKR hanya wujud di bawah pentadbiran kerajaan Selangor, pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Sallehen berkata hala tuju parti itu di Selangor akan ‘berubah arah’ sekiranya PKR dan DAP tidak lagi mahukan khidmat mereka.

“PAS akan terus berada di dalam kerajaan negeri kecuali jika PKR dan DAP bekerjasama untuk singkirkan PAS,” tegasnya. - BNBBC via celahgelegar

No comments:

Post a Comment