Saturday, April 29, 2017

Dahlah kurang cerdik, maruah pun kurang juga?

Anggapan Pas lantik Exco mengelirukan, kata peguam 
 | MALAYSIA DATELINE
Khalil Abdul HadiKhalil Abdul HadiHujah Katua pemuda Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi bahawa exco kerajaan negeri Selangor dari parti itu tidak perlu meletak jawatan kerana dilantik Pas dianggap mengelirukan.
"Kenyataan beliau bahawa exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas. Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negerj Selangor 1959," kata naib ketua pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil yang juga seorang peguam.
Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru dilantik itu dipetik sebagai berkata bahawa exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas.
"Beliau patut mengambil nasihat peguam Pas atau mana-mana pakar undang-undang sebelum mempertahankan kedudukan 3 orang exco Pas dalam Kerajaan Selangor.
"Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negerj Selangor 1959," kata Faiz dalam satu kenyataan hari ini.
Lantikan Exco katanya dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor,Dato' Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
"Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar dalam konteks perlantikan Exco," katanya.
Justeru menurut beliau, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga exco tersebut dilantik oleh Menteri Besar dan bukannya Pas.
"Atas dasar inilah, 4 orang exco Pas dikurangkan kepada 3 orang setelah Dato' Seri Azmin dilantik sebagai Menteri Besar dan tiada bantahan oleh Pas ketika itu," katanya.
Pas sebagai parti mempunyai maruah katanya, Pas harus bersedia menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di semua peringkat termasuk Exco.
"Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda setelah bercerai," katanya.

No comments:

Post a Comment