Sunday, April 30, 2017

Sebelum mengata orang, cuba toleh ke dalam rumah sendiri dulu weh!

Rumah sendiri haghu-bighu, nak mengata rumah orang berselerak?

Hadi: 'Tak tahu siapa makmum, siapa imam' dalam BERSATU
N Faizal Ghazali   29 Apr 2017, 1:07 tengahari

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan sekali lagi bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Menurutnya, ia berikutan PAS melihat BERSATU tidak mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.

"Dah buat penilaian, BERSATU tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa
imam.

"Sebab itu kita buat keputusan tak ada hubungan dengan BERSATU," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar hari ini.

Penegasan oleh anggota Parlimen Marang itu sekali gus dilihat menamatkan tanda-tanya mengenai nasib kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.

Sebelum ini keputusan mengenai hubungan PAS dan BERSATU diberi gambaran berbeza di kalangan pemimpin PAS yang bertentangan dengan kenyataan Hadi.

Terdahulu, Timbalan Presidennya Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man memberi gambaran bahawa PAS masih berunding dengan BERSATU.

Bagaimanapun, Hadi kemudiannya memaklumkan PAS sudah membuat keputusan untuk tidak bertahaluf siyasi dengan BERSATU.

3 comments:

  1. Pi gi mampooooos sama lu dasar mon..t

    ReplyDelete
  2. TITM cakap alin lah TGHH dah ckp lain. Makin kalut aku tgk pas ni. 1 syaaban ikrar jhanam pan. Lepas tu tembak pkrnak outus putus ajelah. Bole pulak nak kekal jawtan kat selango. Agaknya kalu ribut masa pesdingan pkr kat penang nanti belaku habis ayat2 laknat balasan Allah lah n mcm2 kuar dari mulut lebai2 serban tebal. Mmg tepesong jauh pejuangan pas ni sejak pemgian TGNA. Aku rindukan ucapan2 TGNA yqng begitu mendamaikan penuh keinsafan dan penuh pengajaran. Berbeza dgn yg ada skrg penuh dgn kebencian kekeliruan kemunafikan dan kesombongan yang tak melambangkan agamawan contoh kpd baik yg muslim atau non muslim. Haprak n menjijikan ayat2 Allah dijaja utk mengkafirkan org hanya krn pebezaan pandangan. Lebih dahsyat dgn menhukumm org lain dgn kiasan2 binatang anjing biawak babi baik dr pemimpin n penyokong. Inilah yg dikatakan politik NATANG yang selalu diucapkan pemimpin. Bak kata org indon KEPALA BAPAK iaitu ketua tapi di msia ini satu makian kpd kpd org lain. Kiasan aje.

    ReplyDelete
  3. Inilah manuaia yg penuh sifat riak dan bongkak
    Presiden amanat sesat dari parti ajaran songsang
    Ramai ahli parti ni dah syirik kerana memuja hadi awe.
    Paling ramai pemuja hadi dari ganu
    Taubat la wei...

    ReplyDelete