Sifat kepimpinan Sultan Muhammad V terserlah sejak di sekolah rendah
10 April 2017 | MOHD FAKRI AWANG LAH (Bernama)
Sifat kepimpinan dan sikap terbuka Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail jelas terserlah sejak di bangku sekolah lagi.
Sifat terbuka ini begitu memudahkan guru, Seman atau nama sebenarnya Kamarulzaman Hassan memainkan peranan sebagai seorang pendidik dalam memberi didikan terbaik kepada Seri Paduka.
Ketika itu baginda belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail I di sini.
Pernah, pada satu ketika Seman menegah pengawal keselamatan yang cuba membantu baginda, sebagai seorang murid kecil, mengangkat meja dan kerusi.
"Saya menegah pengawal tersebut kerana ia merupakan satu bentuk didikan kepada baginda dan Alhamdulillah, baginda dapat menuruti arahan yang saya keluarkan," kata Seman ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Lembah Sireh di sini.
Seman, 72, yang mengajar di SK Sultan Ismail I pada 1976-1985 berkata ketika pertama kali baginda dihantar ke sekolah itu, bonda baginda Tengku Anis membawa bersama rotan ketika berjumpa dengan guru besar.
Seman berkata, Tengku Anis berpesan kepada guru besar agar merotan anakandanya itu jika melanggar arahan pihak sekolah.
"Saya juga sering menyelitkan nasihat dalam bentuk agama ketika mendidik baginda dan rakan-rakannya dalam kelas kerana saya anggap murid-murid sama seperti anak saya sendiri," katanya.
Seman berkata baginda mempunyai sifat penyabar dan tidak berkonfrontasi dengan rakan-rakan sebaya.
"Jika marah kepada rakan-rakan, baginda tidak mengambil tindakan sendirian dan hanya berdiam diri," katanya.
Sikap terbuka baginda, sekalipun berketurunan diraja, juga terlihat dalam menerima pendapat daripada rakan sebaya.
"Dari kecil lagi baginda sudah menunjukkan bakat kepimpinan dengan mengambil pendekatan berbincang dengan rakan-rakan.
"Baginda cemerlang dalam akademik dan aktif berpersatuan, dan pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas di sekolah berkenaan," kata Seman.
Mengulas mengenai pencapaian baginda dalam bidang pelajaran dan ko-kurikulum, Seman yang merupakan guru bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi berkata baginda merupakan seorang yang fokus kepada pembelajaran.
Baginda juga antara pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata beliau.
"Baginda juga aktif berpersatuan, antaranya menyertai Persatuan Muzik," katanya.
Seman yang kini lumpuh separuh badan akibat serangan angin ahmar berkata baginda masih mengingatinya walaupun telah lama mereka tidak bersua muka.
Ini terjadi semasa banjir pada 2014.
"Ketika itu, kebetulan baginda sedang meninjau keadaan banjir di sekitar Kota Bharu dan terserempak dengan anak saya yang bekerja sebagai anggota bomba.
"Baginda bertanyakan khabar mengenai diri saya dan pada sebelah malamnya sebuah pacuan empat roda datang ke rumah dan menyerahkan bantuan makanan yang dikirimkan baginda," katanya.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini.
Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lalu.
10 April 2017 | MOHD FAKRI AWANG LAH (Bernama)
Sultan Muhammad IV

YDP Agong mesti murka terhadap golongan Kafir dan Munafiq yang cuba menghalang perlaksanaan Undang2 Islam dinegeri Kelantan!
ReplyDeleteteringin nak tengok agong baca khutbah
ReplyDeleteApabila kita mengatakan seseorang itu munafik sedangkan itu hanya tuduhan yg xberasas dan kita sndiri tidak cuba utk mendapatkan pandangan mereka secara jelas dibimbangi tuduhan itu berbalik kpd kita sndiri. Berpada-padalah bila berbicara. Sesungguhnya segala perbuatan kita akn dibicarakan di Mahkamah Allah taala dikemudian hari.
ReplyDeleteDiharap YDPA baru ni tegas terhadap najib
ReplyDelete