Saturday, April 22, 2017

Bincang bersyarat: Kuat sangatkah PAS di Sabah?

PRU14: PAS letak syarat bincang dengan pembangkang di Sabah

  | April 22, 2017
Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya bersedia membuka pintu rundingan untuk menjalin kerjasama dengan pembangkang di Sabah, selain bersedia mendengar serta bertolak ansur dalam perkara tertentu.
PETALING JAYA: PAS meletakkan syarat untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang di negeri itu, namun parti terbabit perlu menerima syarat yang ditetapkan PAS.
“Kita bersedia (bekerjasama), tapi ada syarat. Kita boleh (bekerjasama) dan memang pun dasar kita sendiri yang dikenali sebagai ‘taawun’ atau kerjasama menjadi amalan.
“Dalam agama pun tidak dilarang, tapi ada syaratnya.
“Jika parti lain bersedia menerima syarat kita, PAS boleh bekerjasama dan kita pernah buat, malah dengan Barisan Nasional (BN) tetapi oleh kerana syarat utama mereka tolak, DAP pun tolak, jadi kita tidak boleh terima, kita tak mahu mungkir janji,” katanya dipetik BH Online.
Beliau merasmikan Konvensyen PAS Sabah Kali Kelima di Tawau hari ini.
Sebelum ini kepimpinan PAS menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi menghadapi PRU14.
Spekulasi PRU14 akan diadakan dalam waktu terdekat semakin kuat. Malah, ada laporan media yang menyebut pilihan raya umum negeri akan diadakan lebih awal.
Hashim berkata, PAS bersedia membuka pintu rundingan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang berpangkalan di negeri ini, selain bersedia mendengar serta bertolak ansur dalam perkara tertentu.
“Saya pun baru sekejap tadi ada bercakap dengan ‘seorang yang terpenting’ dalam sebuah parti yang ada di Malaysia ini. Maknanya, kita terbuka dan selepas ini mungkin ada lagi pertemuan atau perbincangan di peringkat tertentu, terutama oleh presiden parti,” kata beliau.
Hashim juga berkata, PAS masih membuat penilaian berhubung calon parti itu dan jumlah kerusi yang akan ditandinginya di Sabah.
Kata Hashim, terpulang kepada PAS negeri untuk mencadangkan kawasan yang dirasakan sesuai bagi meletakkan calon.

3 comments:

  1. Parti anak butir tahik UMNO ini janganlah sekali-kali dipercayai, khususnya setelah wafatnya Tuan Guru Nik Aziz. Selepas ketiadaan Nik Aziz barisan pimpinan parti anak butir tahik UMNO ini seringkali berdolak dalik, buat u-turn malahan akhlak pemimpinnya juga tidak selari dengan ajaran Islam.

    ReplyDelete
  2. Mana2 parti di sabah yg tak pernah rasa kenikmatan bila kena kencing bolehlah bekerjasama dgn pas.

    ReplyDelete
  3. Pas teda rupa di sabah.... pandang sebelah matapun tidak... pernah tanding hilang deposit adalah....

    ReplyDelete