Tuesday, April 18, 2017

Apa kata Mahathir tentang PAS sekarang dan saya publishkan juga satu komen dari blognya

PAS 
17 Apr 2017 | Uncategorized

1. PAS ditubuh oleh ulama UMNO yang kecewa kerana sebab-sebab tertentu. Nama asalnya ialah Pan-Malayan Islamic Party (PMIP).

2. Sejak PMIP sebagai PAS bertanding dalam pilihanraya, parti itu tidak pernah menang besar di peringkat nasional.

3. Apabila bertanding bersendirian pencapaiannya amat rendah. Hanya pada 1959, PRU Pertama, PAS menang 13 kerusi. Pada PRU Kedua 8 kerusi dan Ketiga 11 kerusi.

4. Apabila menjadi komponen dalam BN pada 1974, PAS menang 14 kerusi.

5. Kemudian pada 1978, 1982, 1986, setelah berpisah dari BN dan bertanding bersendirian PAS menang 5, 5, 1 sahaja.

6. Sebaliknya apabila bersama dengan Semangat 46 dan secara tidak langsung dengan DAP, PAS menang 7 kerusi pada 1990, 1995.

7. Hanya apabila bersama PKR dan DAP dalam Barisan Alternatif pada 1999 barulah PAS dapat kemenangan tertinggi iaitu 27 kerusi.

8. Pencapaian PAS menurun dengan teruk apabila DAP tidak menyertai Barisan Alternatif pada 2004, dengan memenangi hanya 7 kerusi.

9. Kemudian PAS menyertai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR. Prestasi PAS meningkat semula dengan memenangi 23 kerusi pada 2008 dan 21 kerusi pada 2013.

10. Dari pencapaian PAS selama ia ditubuh, harapan untuk memerintah diperingkat pusat tidak ada sama sekali. Hanya diwaktu menyertai Barisan Nasional sahaja yang PAS menjadi parti kecil dalam kerajaan pusat.

11. Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.

12. Sekarang PAS akan sekali lagi bertanding bersendirian. Mengikut rekod PAS yang tertera di atas, jika PAS bertanding sebanyak 80 kawasan Parlimen, pencapaian mungkin tidak lebih dari 15 kerusi.

13. Kebanyakan dari 80 kawasan ini, PAS tahu PAS akan kalah. Tetapi mengikut adat PAS, di kawasan yang PAS tidak ada harapan langsung pun, PAS akan bertanding.

14. Secara teknikal PAS melawan UMNO BN, selain dari melawan parti-parti lain yang meletak calon.

15. Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (UMNO). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah.

16. Secara langsung PAS berusaha, membelanja wang yang tidak sedikit untuk memberi kemenangan kepada BN dan Dato Sri Najib. Jika dikatakan PAS dibawah pimpinan Hj Hadi menyokong kepimpinan Najib, ia bukanlah keterlaluan. Ia memang benar.

17. Bagi orang Melayu penubuhan PAS adalah satu malapetaka. Ia memecahbelah perpaduan Melayu dalam UMNO yang berjaya tumpas Malayan Union. Walaupun orang Melayu menjadi majoriti di Malaysia, tetapi dengan adanya PAS orang Melayu tidak menjadi majoriti lagi.

18. Lebih dari IMP (Independent of Malaya Party) pimpinan Dato Onn, penubuhan PAS sebagai serpihan dari UMNO melemahkan kuasa politik Melayu dan menghalang kemajuan mereka.

19. Oleh kerana semua orang Melayu beragama Islam, penubuhan PAS bukan sahaja memecahbelah orang Melayu tetapi juga memecahbelah orang Islam. Demikianlah dalam usaha PAS untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti PAS. Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli PAS yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama.

20. Keputusan PAS menolak kerjasama dengan parti-parti pembangkang dan meletak calon di dalam kawasan yang PAS tidak mungkin menang bermakna PAS menyokong UMNO dan Najib dengan memecah undi pembangkang. Sejak PAS ditubuhkan, perpecahan di kalangan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia tidak dapat dipulih lagi.

thoughts on “PAS”

Log in to Reply sibotak Apr 18,2017 7:39 AM

Dedak dah Kehabisan
Ayam terpaksa kais Cacing

Di himpunan menyambut PM Najib di Trengganu
Kelihatan tak ramai yg Hadir

Inilah kenyataan dan akibat Pemimpin yg tidak dihormati
Bayang Rosmah langsung takada
Dulu berlagak First Lady konon , Kebabai First Lady

Lihat saja Tun Mahathir bila rakyat tahu Tun ada
Tak payah TV3 , mereka sedia berhimpun
Apakan lagi Kehadiran Queen terhormat kita, Datin Siti Hasmah
Macam Pinang di Belah Dua

Macamni jika saya Bertanding dengan Najib
Hollow …. hollow . Saya akan Menang tanpa Campaign pun

Kelihatan di Himpunan tersebut di Trengganu
Saudara kita Datuk Karl Setinggan , Termenung Jauh nampak
Eh……Ingat nak Kawin lagi ke , Datuk Karl?

1 comment:

  1. kalau semau melayu mahu hukum agama dijalankan
    tak lah ada perpecahan
    ini tidak melayu amno lebih sayang lodrid
    elok pecah pung nak besekutu lagi buat apa

    mahde tandatangan kata pengantar kitab tafsir
    Ar Rahman
    tapi bnayak menetang isi kandunagnnya
    apa punya gila mahde ni
    babi pung tak gila macam tu
    awas mahde ni

    ReplyDelete