Kenyataan Media : AMK Tolak Rasuah Dan SPRM Mestilah Mengadakan Siasatan Yang Berintegriti, Bebas dan Adil.
13 April 2017
Angkatan Muda Keadilan sentiasa konsisten dan beriltizam untuk membanteras rasuah dari politik. Sebagai salah satu sayap utama KEADILAN wadah reformasi, menolak gejala rasuah merupakan antara tunjang asas perjuangan Angkatan Muda KEADILAN.
Hari ini saya difahamkan Dato' Adam Rosly, Ketua AMK Ampang telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Saya juga difahamkan Dato' Adam Rosly pada hari ini dan juga sebelum ini telah memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan dakwaan rasuah ke atas beliau.
Pendirian AMK amatlah jelas dalam hal ini iaitu kita mahukan suatu siasatan yang bebas, telus dan adil. Kita tidak akan bertindak mencampuri atau menganggu siasatan yang berlangsung.
Walaubagaimanapun sebagaimana yang dinyatakan saya, siasatan ke atas Dato' Adam Rosly mestilah berasaskan prinsip bebas, telus dan adil.
AMK tidak mahu ada pihak yang mencemari integriti SPRM dengan cuba mempengaruhi SPRM agar menjadi alat politik mencemari imej KEADILAN.
AMK justeru mengecam sekiranya ini hanyalah sekadar satu cubaan pemerintah UMNO-BN untuk menggelincirkan gesaan dan hasrat rakyat Malaysia; agar mereka yang terlibat dengan skandal 1MDB lekas dibawa ke pengadilan.
Sesungguhnya Keadilan bukan sahaja wajib dilaksanakan akan tetapi ia mestilah dilihat dilaksanakan.
Dr. Afif Bahardin
Timbalan Ketua AMK

No comments:
Post a Comment