Wednesday, April 26, 2017

Bayaran 1MDB kepada Aabar: Dipersoalkan oleh Ahli PAC dan UMNO sendiri

Mana perginya bayaran 1MDB kepada Aabar - ahli PAC tanya MOF
Zikri Kamarulzaman    Hari ini, 9:53 pagi
Apa yang berlaku kepada pembayaran sebelum ini dari 1MDB kepada Aabar Abu Dhabi?

Soalan ini dibangkitkan oleh MP Kulim Bandar Baru, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang juga salah seorang wakil BN dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Aziz berkata demikian berikutan pengumuman penyelesaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC), yang dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi.

"Saya menyokong penyelesaian itu... tetapi Kementerian Kewangan mesti menjelaskan kepada PAC mana perginya pembayaran yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar sebelum ini," kata Aziz (gambar) ketika dihubungi Malaysiakini.

IPIC memulakan prosiding timbang tara tahun lepas untuk menuntut AS$6.5 bilion daripada 1MDB. Penyelesaian itu diumumkan semalam.

Menurut pemfailan yang dibuat kepada Bursa Saham London, IPIC berkata ia akan menerima AS$1.2 bilion dalam dua bayaran yang sama pada 31 Julai dan 31 Disember

Pemfailan itu juga menyatakan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk "membuat baik perbincangan iman berhubung dengan pembayaran yang dibuat oleh Kumpulan 1MDB kepada entiti tertentu ".

Walaupun ia tidak menyebut siapakah "entiti tertentu", namun ia mungkin merujuk kepada pembayaran AS$3.5 bilion yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI), yang diperbadankan di Kepulauan British Virgin.

Menurut laporan PAC mengenai 1MDB yang diterbitkan tahun lepas, AS$3.5 bilion tersebut adalah daripada empat transaksi berasingan kepada Aabar BVI - atau Aabar Ltd seperti yang dinamakan dalam laporan itu.

Yang pertama adalah AS$1.367 bilion deposit sekuriti bagi AS$3.5 bilion bon 1MDB dengan bantuan IPIC, diikuti dengan pembayaran AS$993 juta
bagi penamatan opsyen bon.

Terdapat juga dua bayaran sebanyak AS$885 juta dan AS295 juta, yang menurut PAC, ia tidak dapatpastikan sama ada ianya deposit sekuriti atau sebahagian daripada bayaran opsyen penamatan.

IPIC telah berkata bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan Aabar BVI dan ia juga tidak menerima pembayaran itu

1MDB berkata ini mengejutkan, dengan mendakwa bahawa rekodnya menunjukkan Aabar BVI dimiliki oleh IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar).

No comments:

Post a Comment