Wednesday, April 26, 2017

Kesian budak ni.........innalillahi wainna ilaihirrojiun

Al fatihah untuk rohnya
Adakah sekarang dah jadi kes bunuh?

Mohamad Thaqif Meninggal Dunia
Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 2:44 PM
Oleh: YEE XIANG YUN
editor@mstar.com.my 
JOHOR BAHRU: Pelajar lelaki  berusia 11 tahun yang kakinya dipotong berikutan penderaan fizikal dipercayai dilakukan seorang pembantu warden di sebuah sekolah agama di Kota Tinggi telah meninggal dunia.

Bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan bahawa anaknya Mohamad Thaqif Amin, meninggal dunia pada kira-kira pukul 2.05 petang Rabu di Hospital Sultan Ismail ketika mereka sedang membaca doa kepadanya.

Anaknya dimasukkan ke hospital berkenaan minggu lalu susulan kakinya bertukar hitam selepas dilapor dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya.

Kedua belah kakinya terpaksa dipotong Jumaat lalu bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Ini komen anak aku di fbnya
Fakhron Diyana Fakruddin shared The Star Online's post.
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Please listen to our kids, and if you have to send them to boarding school then keep them on close tabs. There are too many sick people these days because our society is ridden with social diseases.
And i still think primary schoolers shouldnt be dumped into boarding schools.

9 comments:

  1. It is seems likely a case of rapid blood clot. Once the the infectious blood become contagious it will travel quickly through all the organs and it will become dangerous when it become close to the vital organs such as kidney, lungs and finally the brain.
    The child must have had internal injuries resulting from a severe hit by hard object such as rubber water pipe on sole of the feet or other parts of the body.
    Had a friend broke his leg on the hip and was cast. He did not realize the broken leg was already infected and could not notice the gangrene because it was cast. It was too late when it was discovered as the infected blood has reached his lungs.
    Very sorry for the young boy. There are many mad and unstable people nowadays regardless in religious schools or the person seems like a religious person.
    We have to trust our children more than anybody else even if the man is a so-called a great ustaz or imam.

    ReplyDelete
  2. Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

    memang kita sedang hidup disekeliling manusia yang sakit baik dari atas sampai bawah
    dah dilanda wabak sakit

    Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya

    petunjuk dari Al Quran tak mau pakai
    pakat rasa dah pandai dari Allah
    rasakan musibah demi musibah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sakit bukan masalah yang sakit yang di atas atau di bawah tetapi yang lebih bahaya berselindung dalam wajah dan pakaian agama. Melakukan kejahatan konon menurut tuntutan Al Quran dan sunnah tetapi mereka sebenarnya Dajal merosakkan umat menyalahgunakan Al Quran dan sunnah demi kehendak nafsu mereka. Musibah Allah lebih besar dengan menuruti dan mempercayai perbuatan golongan Dajal ini menipu umat kononnya tidak menerima mereka sebagai golongan pewaris nabi yang sebenarnya mereka khianat dengan ilmu yang ada pada mereka.
      Maka jadilah apa yang terjadi dalam lingkungan golongan Dajal itu dan terkena batang hidung sendiri.
      Semoga Allah merahmati Adik Thaqif dan pasti yakin dan percaya pada qada dan qadar Allah pada segala yang terjadi.
      Peristiwa Adik Thaqif menserlahkan betapa zaman fitnah lebih dahsyat dan berbahaya dari kalangan Dajal berselindung dalam kumpulan, wajah dan pakaian agama.

      Delete
  3. sudah tiba masanya Sekolah-sekolah seprti ini dipantau dan sekiranya perlu ditutup lebih lebih lagi tahap mereka yang sepatutnya disekolah rendah biasa dan tidak sepatutnya di asrama. Para ibu bapa septutnya mendengar rintihan anak-anak. Dalam kes seperti ini seolah-olah ibu bapa membiarkan anak-anak mereka berada di asrama sekolah pondok dengan menganggap kerana sekolah berasaskan agama semuanya betul dan baik..
    Perkara seperti ini telah diketengahkan oleh insan-insan prihatin seperti Syad Azmi, Wardina dan Maizidul Akmal terlebih dahulu,,namun tidak begitu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.
    Kes liwat diasrama didiamkan, kes sex sesama jenis dibutakan, kes penderaan pelajar dikuburkan dengan topeng agama, kes dadah tidak didedahkan kononnya tidak mahu membuka aib kerana itu sekolah agama.
    Kerajaan perlu meningkatkan lagi pemantauan untuk sekolah-sekolah seperti ini. Mungkin kes ini adalah sebagai pengajaran untuk kita semua.
    Tidak cukup dengan meluahkan rasa simpati dan sesuatu mestilah dibuat.- TQ Ancient Mariner

    ReplyDelete
  4. Wala wei patut suh UMNO yg wat undang2 Sb yg memerintah

    ReplyDelete
  5. Utk anon 5.20PM

    Masalahnya sekarang, yang selalu bercakap dengan diselangi ayat Al Quran dan hadis tu memang banyak. Maklumlah... cuma google jer, dapat ler ayat tu.
    Tapi yang mempraktiskan tu yg susah nak jumpa. Yang claim ulamapun pun sikap ke laut kalau nak dibanding apa yg ada dalan Al Quran. Bila dah tahfiz pun ada penjenayah, apa nak heran. Bubuh ketayap atas kepala, dah boleh ngaku ustaz.
    Semoga kita tidak jadi fanatik.
    Didik lah anak dgn baik. Bukan utk lepas tanggungjawab.
    Al Fatihah utk adik Mohd Thaqif

    ReplyDelete
  6. Apa cerita bro, dah dua hari tak update. Seronok baca blog miker ni, teruskan.

    ReplyDelete
  7. Anonymous April 29, 2017 at 3:01 AM

    Maafkan saya bro, saya agak kurang sihat dan sibuk sikit

    ReplyDelete