Saturday, April 22, 2017

MP PAS tinggalkan majlis Dr. Wan Azizah di Kajang

AHLI PARLIMEN PAS TINGGALKAN MAJLIS YB DR WAN AZIZAH DI KAJANG.

Semalam (19 April 2017) diadakan satu *Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM dan Bantuan Keluarga Miskin* di Kg Sungai Kantan, Kajang. Majlis itu dianjurkan oleh Ahli Majlis MPKj dan JKKK dengan kerjasama sebuah syarikat pelupusan sisa pepejal. ADUN Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dijemput hadir sebagai tetamu utama bagi merasmikan majlis tersebut. Pihak penganjur turut menjemput Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Naib Presiden AMANAH sebagai tetamu khas untuk majlis tersebut. Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rosli Che Mat turut dijemput hadir.

Malangnya, YB Dr Che Rosli terus meninggalkan majlis tersebut apabila mendapat maklum Kak Wan akan hadir bersama Ustaz Hasanuddin ke majlis tersebut. Difahamkan beliau terpaksa meninggalkan majlis tersebut atas arahan Setiausaha Agung PAS yang tidak membenarkan pemimpin PAS dalam majlis yang turut dihadiri pemimpin Amanah.

Tindakan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat ini agak aneh kerana beberapa hari sebelum itu beliau turut berada bersama Ust Hasanuddin di dalam beberapa program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Semenyih. Beliau dilihat duduk semeja dengan Ust Hasanuddin, Sdr Hamidi (Penyelaras DUN), dan beberapa Ketua Kampung yang berada di majlis tersebut. 

Sebelum ini pemimpin PAS Selangor turut menegaskan hubungan parti tiada kena mengena dengan hubungan dalam kerajaan. Tetapi, jiwa kerdil mereka tidak mampu terus berlapang dada. Ada maklumat yang menyebut YB Dr Che Rosli ditegur oleh sebahagian ahli-ahli PAS sendiri apabila gambar beliau berada dalam majlis yang dihadiri pemimpin Amanah menjadi viral di kalangan ahli-ahli PAS, sehingga memaksa beliau membuat U-turn.

Di kalangan penduduk Kampung Sg Kantan yang hadir, sebahagiannya adalah ahli dan aktivis PAS, dilaporkan kecewa dengan tindakan YB Dr Che Rosli meninggalkan majlis begitu sahaja kerana tidak menghormati jemputan penganjur.

Sepatutnya pemimpin PAS perlu berjiwa besar. Di mana Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang dilaungkan? Seorang Wakil Rakyat adalah wakil kepada semua rakyat tanpa mengira parti. Lagipun ini majlis kerajaan.

Apakah ahli-ahli dan pimpinan PAS sendiri keliru dengan sikap dan polisi parti yang bercanggah dan bersimpang siur? Sekejap boleh sekejap tak boleh. Sekejap guna kenyataan pimpinan Negeri, sekejap guna kenyataan pimpinan Pusat.

Kamu ini sebenarnya bagaimana?

Pemerhati Politik
Kajang Selangor.

5 comments:

  1. Anak butir taik UMNO mestilah ada bau taik UMNO, itu adalah hakikat.

    ReplyDelete
  2. Kih kih kih kih kah kah kah!!
    Gelak sakan aku bila dianjurkan kpd pemimpin Pas agar berjiwa matang!!!
    Mr prezideng berjiwa tikus, tkkn anak buahnya berjiwa rimau!!!
    Kelakor kelakor!!

    ReplyDelete
  3. Pemimpin taik lembu.. bangang.. program kerajaan pun tak reti nk hormat.. elok la pas2 bangang ni di keluarkn dr pentadbiran kerajaan negeri..

    ReplyDelete
  4. Pemimpin taik lembu.. bangang.. program kerajaan pun tak reti nk hormat.. elok la pas2 bangang ni di keluarkn dr pentadbiran kerajaan negeri..

    ReplyDelete