Wednesday, April 26, 2017

Dengan bawaan politik mereka sekarang, Terengganu akan melopong, Kelantan terlepas!

Pas disaran fokus Kelantan, Terengganu pada PRU14
ATIRAH HASLI - 26 APRIL 2017
Suhaizan Kayat

SHAH ALAM - Pas disarankan untuk fokus pada kemenangan PRU14 di Kelantan dan Terengganu sahaja.

Ini kerana menurut Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat, Pas hanya akan mendapat undi tercorot di seluruh negara berbanding di dua negeri tersebut.

Menurutnya lagi, pengunduran Pas untuk bertanding di seluruh negeri adalah cara terbaik untuk menjatuhkan BN dalam PRU akan datang.

"Dalam pembentangan hasil kajian Invoke oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini. Pas akan dapat corot undi di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu. 

"Dalam PRU14 lebih baik Pas fokus di dua negeri tersebut sahaja. Dapat memerintah keduanya. Negeri lain serah pada Pakatan Harapan. Inilah cara terbaik untuk jatuhkan BN dalam PRU14," katanya seperti yang dipetik di laman sosial Facebook miliknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: BN kekal memerintah, Pas akan kalah PRU14]

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Invoke Malaysia, menunjukkan Amanah mengatasi Pas sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku dalam PRU14.

Rafizi menerusi sidang media semalam berkata, perkara ini berlaku kerana undi bukan Melayu tidak memihak kepada Pas sekali gus memberi kelebihan kepada Amanah.

1 comment:

  1. Mana boley begitu?
    Kan lebai2 dah cakap, mereka tu lebih kuat bila mereka dah bersendirian!!!
    Bodoh la mereka yg kata begitu kiranya Pas didapati semakin lemah. Ke bukan kah pada realiti nya mereka tu tak cerdik?

    ReplyDelete