Monday, April 17, 2017

Terima duit judi: Husam ancam saman Zaharin Yasin

Husam beri amaran saman penulis blog dakwa terima duit judi
17 April 2017 | HAZAYANI ZAKARIA
Husam Musa

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat perjudian untuk kegunaan Pas sewaktu masih berada dalam parti itu.

Dakwaan itu dibuat seorang penulis blog Zaharin Mohd Yasin yang menulis di Facebooknya pada 10 April lalu.

Sehubungan itu Husam melalui peguamnya Faiz Fadzil menghantar notis menuntut Zaharin memohon maaf di Facebooknya dan menarik balik dakwaan itu.

"Saya bagi tempoh tujuh hari kepada Zaharin untuk tarik balik dan buat permohonan maaf. Tak perlu melalui media cukup di Facebooknya," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.

Adun Salor itu juga berkata beliau tidak pernah berjumpa wakil syarikat itu dan pemiliknya yang disebut Zaharin Tan Sri Lim Goh Tong.

Dakwaan itu asalnya dibuat penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini berada di luar negara kemudian ditulis oleh Zaharin dengan sedikit pengubahsuaian.

"Zaharin mengulangi tuduhan yang dikemukakan oleh RPK yang membangkitkan isu saya menerima wang daripada Genting kemudian Zaharin mengulangi dalam bentuk sedikit pengubahsuaian bahawa duit itu bukan duit haram.

"Kedua-dua tuduhan RPK dan Zaharin ini adalah tidak benar. Saya tak pernah jumpa Genting dan Tan Sri Goh sepanjang hayat beliau dan tidak pernah menerima satu sen duit daripada Genting sama ada untuk diri saya atau untuk Pas. Jadi tuduhan ini telah diviralkan facebookers Pas khususnya," jelasnya yang juga bekas naib presiden Pas.

Bagaimanapun beliau tidak membuat tuntutan yang sama ke atas RPK kerana penulis blog itu berada di luar negara dan berstatus bankrap.

"Saya akan buat demikain (tuntutan maaf) kepada RPK jika beliau balik ke Malaysia dan bebas daripada status bankrapsi. Kalau dia bankrap dan ada luar negara adalah sia-sia kita failkan saman. Fail saman ini ke atas Zaharin adalah bagi membuktikan tuduhan beliau adalah tidak benar," katanya.

No comments:

Post a Comment