Saturday, April 15, 2017

Ikrar Korea Utara: 'kepunahan tanpa belas kasihan' ke atas AS

Korea Utara ikrar 'kepunahan tanpa belas kasihan' ke atas AS
mk    Hari ini, 8:04 pagi
China berkata ketegangan dengan Korea Utara perlu ditangani sebelum sampai ke tahap "yang tidak dapat ditangani dan dipulihkan" ketika kumpulan kapal induk AS belayar ke rantau itu ekoran kebimbangan terhadap kemungkinan republik itu mengadakan ujian senjata nuklear yang keenam.

Kebimbangan semakin meningkat sejak Tentera Laut Amerika melancarkan 59 peluru berpandu Tomahawk ke atas lapangan terbang Syria minggu lalu sebagai tindak balas terhadap serangan gas maut, dan meningkatkan persoalan mengenai rancangan Presiden Amerika Donald Trump terhadap Korea Utara, yang telah menjalankan ujian peluru berpandu dan nuklear walaupun dikenakan sekatan unilateral PBB.

Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa dasar "kesabaran strategik" telah berakhir. Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence (foto) ke Korea Selatan pada hari Ahad dalam lawatan 10 hari ke rantau Asia.

China - jiran dan sekutu utama tunggal Korea Utara menggesa supaya diadakan perbincangan yang boleh membawa kepada pelucutan senjata nuklear dari semenanjung Korea.

"Kami menyeru semua pihak supaya tidak memprovokasi dan mengancam satu sama lain, sama ada dengan perkataan atau tindakan, dan tidak membiarkan situasi sampai ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan dan tidak terurus," kata Menteri Luar China, Wang Yi kepada pemberita di Beijing semalam.

Korea Utara mengecam Amerika Syarikat kerana membawa "aset strategik nuklear besar" ke rantau itu ketika kumpulan penyerang dengan kepal pengangkut pesawat berkuasa nuklear Carl Vinson semakin hampir, dan berkata ia bersedia untuk bertindak balas.

"Pentadbiran Trump, yang melancarkan serangan mengejut peluru berpandu ke atas Syria pada 6 April, telah mengambil laluan yang terbuka kepada ancaman dan peras ugut," lapor agensi berita KCNA Korea Utara yang mepetik tentera sebagai berkata dalam satu kenyataan.

"Tentera dan rakyat DPRK akan menentang mereka yang menceroboh maruah dan kedaulatan DPRK dan akan bertindak balas tanpa belas kesian terhadap semua pilihan provokatif Amerika Syarikat dengan gaya penentangan terhebat Korea."

DPRK bermaksud Republik Rakyat Demokratik Korea Utara.

Korea Utara - yang di segi teknikalnya masih dalam peperangan dengan Korea Selatan selepas konflik 1950-1953 mereka berakhir dengan gencatan senjata, bukan perjanjian - telah beberapa kali menjalankan ujian peluru berpandu atau ujian nuklear bertepatan dengan peristiwa besar politik dan sering mengancam Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun.

Hari ini (Sabtu, 15 April), menandakan "Day of the Sun", iaitu ulang tahun ke-105 kelahiran pengasas negara itu Kim Il Sung.

Sekutu AS - Korea Selatan - memberi amaran terhadap sebarang "provokasi" Korea Utara, seperti ujian nuklear atau peluru berpandu.

"Sudah pasti akan ada tindakan punitif yang kuat, yang akan membuatnya sukar bagi rejim Korea Utara untuk bertahan," kata Kementerian Luar Korea Selatan dalam satu kenyataan.

'Bersama atau tanpa anda'

Manakala Trump yang telah menegaskan bahawa pentadbirannya tidak akan bertolak ansur lagi dengan sebarang provokasi Korea Utara, pegawai Amerika pula berkata pentadbiran beliau kini menumpukan kepada strategi mengenakan sekatan ekonomi yang lebih besar.

Trump berkata semalam bahawa Korea Utara adalah suatu masalah yang "akan ditangani" dan beliau percaya Presiden China Xi Jinping akan "bekerja keras" untuk membantu menyelesaikannya.

Trump juga berkata Amerika Syarikat bersedia untuk menangani krisis tanpa China, jika perlu.

Ia mengalih kapal pengangkut pesawat Carl Vinson dan kumpulan serangannya ke arah semenanjung Korea hujung minggu lalu sebagai tanda memperlihatkan kekuatan.

Trump juga telah menekan China untuk melakukan lebih banyak lagi bagi mengekang Korea Utara.

China mengharamkan semua import arang batu dari Korea Utara pada 26 Februari di bawah sekatan PBB, sekaligus memotong eksport paling penting Utara, dan semalam, stesen penyiar negara, CCTV berkata syarikat penerbangan negara China telah menggantung penerbangan ke Pyongyang.

Ia tidak mengatakan mengapa penerbangan itu, yang beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, digantung dan Air China tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Bimbang dengan sikap agresif Korea Utara juga telah membawa kepada kemerosotan hubungan antara China dan Korea Selatan kerana China membantah penempatan sistem anti-peluru berpandu Terminal US Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD) di Korea Selatan.

"Ia tidak sukar untuk melihat bahawa sejak Amerika Syarikat dan Republik Korea memilih untuk menggunakan THAAD, situasi tidak menjadi lebih harmoni tetapi menjadi lebih tegang," kata jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang, dalam respons kepada persoalan mengenai sistem tersebut.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengatakan tujuan utama penempatan THAAD itu adalah sebagai perlindungan terhadap peluru berpandu Korea Utara, tetapi China berkata radarnya yang kuat boleh menembusi wilayahnya. 

1 comment:

  1. lagi cepat gaduh lagi baik
    lama dah tak tengok perang besar
    kapal pengangkut amariak tak pernah diserang lagi
    sebab tu berlagak besar
    amariak kerajaang penjenayah besar dunia kerja merompak hasil bumi di arab bunuh manusia merata
    negara
    arab kaya pung tak guna jadi hamba amarika
    maruah hilang

    ReplyDelete