Tuesday, April 25, 2017

Berat doh minoh rambut merah tak bertudung ni......

Siti Kassim desak supaya islam sebagai Agama persekutuan dimansuhkan dan desak agar kerajaan tidak campur tangan

Putrajaya: Puluhan laporan polis telah dibuat di seluruh negara ke atas Kassim Ahmad yang dipetik sebuah portal liberal mencadangkan supaya Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dimansuhkan. 
Beliau juga mendesak supaya pihak kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal agama Islam kerana mendakwa pentadbiran Islam di negara ini hanya membawa kepada konflik agama. 

“Kita perlu meminda Perlembagaan, agama persekutuan dalam Perlembagaan mesti dikeluarkan. Kerajaan mesti adil, negara tidak mempunyai agama, (hanya) rakyat mempunyai agama”, katanya seperti yang dipetik daripada artikel yang bertajuk ‘Government have no business meddling in Islam, says scholar Kassim’ seperti yang disiarkan sebuah portal atas talian. 

Rata-rata orang ramai dan netizen yang terlibat menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap pernyataan biadap dan menghasut tokoh tersebut. Mereka yang melaporkan kepada pihak polis bergambar dan berkongsi status mereka itu di media-media sosial. 

Laporan yang dibuat di beberapa tempat seperti Kuala Kerai, Kelantan, Johor Bahru, Johor, Sg Nibong, Pulau Pinang, Pekan, Pahang, sehinggalah ke Kajang, Selangor dan Dang Wangi, Kuala Lumpur. Baru-baru ini, aktivis peguam seperti CENTHRA, CLJ, YP, PPMM & iPeguam menggesa supaya kenyataan yang dibuat oleh Kassim Ahmad disiasat di bawah Akta Hasutan kerana Perkara 3(1) tidak sesekali terbuka untuk dibahaskan oleh sesiapa.

sumber menara.my via suaaramarhaenn

4 comments:

  1. Ni Kassim Ahmad ke Siti Kasim? Konfius....

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha.. Tuan tanah pun dh naik pening. Kassim Ahmad tu bkn ker yg pasal isu anti hadis dulu dulu.Dia pensyarah (ada title Dr kalu x silap). Yg ini lawyer Siti Kasim punya cerita daaaaaa.....

    ReplyDelete
  3. islam tu merangkumi urusan tadbir negara
    negare islam
    kalau cam tu
    rakayt ugama Islam nak jalankan hukum hukum Islam
    jangan kacaulah

    ReplyDelete