Saturday, April 1, 2017

Apa macam: Dulu orang lain buat kita bantah keras, sekarang kita pula yang buat?

Rumah kena roboh
ADILA SHARINNI WAHID - 31 MAC 2017
Rumah kena roboh Jamilah hanya mampu melihat sisa rumahnya yang dirobohkan.

KOTA BHARU – Tujuh sekeluarga dari Jalan Gajah Mati, di sini, terpaksa menumpang teduh di rumah saudara apabila rumah sendiri yang didiami sejak tahun 1938 dirobohkan pihak berkuasa, Selasa lalu.

Suri rumah, Jamilah Ismail,45, berkata, dia berada di rumah dan sempat mengangkut barangan penting keluar sebelum kerja-kerja merobohkan rumah tersebut dilakukan, menggunakan jentera berat pada jam 9 pagi.

Katanya, sebelum ini dia ada menerima dua notis pada Oktober 2016 dan 10 Mac lalu daripada pihak berkuasa berkenaan serta sedang dalam proses membawa kes ke mahkamah, bagaimanapun belum sempat kes itu difailkan, pihak berkuasa terbabit sudah datang melakukan operasi.

“Saya ada merayu pada pegawai yang melakukan operasi itu untuk memberi masa sehari lagi untuk saya berpindah, tetapi tidak dihiraukan dan mereka terus merobohkan rumah itu,” katanya ketika ditemui di kawasan sisa runtuhan selepas kerja-kerja merobohkan rumah dibuat.

Jamilah berkata, mereka sekeluarga tinggal sudah lama di rumah warisan nenek moyang mereka itu dan membayar sewa tanah kepada seorang individu dikenali sebagai Madam Lim.

“Saya tidak pasti status tanah ini, tetapi menurut peguam, separuhnya milik persendirian dan separuh lagi milik kerajaan. Saya juga diberitahu kerja-kerja merobohkan rumah saya ini bertujuan melebarkan jalan.

“Paling menyedihkan saya dan keluarga langsung tidak diberi apa-apa pampasan untuk kami berpindah atau mendirikan rumah di tempat lain, sedangkan saya berasal dari Kelantan dan mempunyai kad pengenalan, begitu juga anak-anak saya,” katanya yang berkahwin dengan lelaki Pakistan.

Menurutnya, sepupunya, Zaidah Mohd Istiak, 48, sekeluarga turut menerima nasib sama apabila rumah mereka juga dirobohkan.

7 comments:

  1. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

    sifat seorang pemimpin agong
    bukan pemimpin bengong sombong

    ReplyDelete
  2. Ini semuanya adalah salah DAP dan Amanah, kah kah kah.....

    ReplyDelete
  3. Betul tu semua salah Dap.......hi2

    ReplyDelete
  4. Betul tu semua salah Dap dan Amanah.......ki2

    ReplyDelete
  5. Betul. Lazimnya itulh jawapan geng2 walaunta. Semuanya salah DAP dan Amanah. Parok nise..hi..hi..

    ReplyDelete
  6. Saya pernah berkhidmat dalam jabatan berkanun/pbt. Ada pro kontra dalam kes2 mcm ni. Satu, melibatkan rizab kerajaan. Dua, persendirian. Kalau dah diberi notis dan masih x berpindah memang depa boleh robohkan (selepas dapat kelulusan mahkamah). Yg dikatakan mangsa, kes belum difailkan. Bila dah jd mangsa, mcm2 kita boleh cakap untuk tutup kesalahan. Memang kita kesiankan si mangsa tp kalau mengikut kenyataan mangsa tanah tu diduduki sejak sebelum merdeka lg. Jd yg menjadi persoalan, kenapa tuan tanah tiba2 jd atas nama cina pulak. Bila dah lama duduk atas tanah tu tambah2 sebelum merdeka lg, mereka dah boleh ada geran tanah sendiri sebenarnya. Melainkan disini ada pihak dalam warisan depa dah jual tanah tu kepada yg berkenaan jd terpaksa la bayar sewa tanah. Jd kalau nak tau cerita yg sebenar2nya kena lah korek dua2 belah pihak. Bukan apa org kita ni mudah kesian dari nak dengar cerita benar. Mcm kes Pas dengan pak jib lah. Pas tunjuk simpati last2..... Wallahua'alam...

    ReplyDelete