Teori konspirasi jadi ‘makanan ruji’ Umno-Pas
Editor Akhbar Rakyat Februari 22, 2018
Oleh HOWARD LEE
Dari era manusia mendarat di bulan, hinggalah terlancarnya roket Elon Musk demi impian beliau membawa peradaban manusia ke Marikh, masih ada lagi manusia yang menipu dan tertipu dengan teori konspirasi.
Lagi sadis, apabila penipuan-penipuan tersebut memang terang lagi bersuluh bermotifkan propaganda politik.
Akhbar Harakah yang merupakan lidah rasmi Pas baru-baru ini telah menerbitkan artikel picisan yang ditulis oleh Herman Samsudeen.
Mereka berspekulasi bahawa kononnya DAP telah ‘dilatih oleh ejen Israel’ untuk menawan Putrajaya.
Spekulasi itu menggunakan dakwaan yang tidak masuk akal oleh seorang individu yang tidak waras, Razali Abdul Rahman.
Sampai sekarang tiada satu bukti pun yang dikeluarkan oleh individu bermasalah ini, yang sama-sama tidak siuman seperti ‘Raja Bomoh Sedunia’
Umum mengetahui Razali telah diusung ke pelusuk negara berkempen politik di program-program IKSIM. IKSIM yang dirasmikan oleh Menteri Umno– Jamil Khir Baharom – ini, telah ke hulu ke hilir serata Malaysia menganjurkan ratusan ceramah politik atas nama ‘TRAPI’ kepada puluhan ribu anggota masyarakat saban tahun.
Malah, Ketua Penerangan Umno sendiri, Annuar Musa juga pernah bersama dalam forum dengan si Razali ini. Kedua-dua mereka menggunakan skrip penipuan dan teori konspirasi yang sama. Saya bahkan mencabar Annuar Musa untuk mengemukakan saman jikalau beliau sebenar-benarnya tidak menipu.
Sebenarnya, tidaklah menghairankan jika penipu sama penipu duduk sepentas. Merekalah ahli politik yang sepatutnya sibuk berkhidmat untuk rakyat, tetapi menghabiskan masa mereka untuk membazir tenaga penjawat awam dan duit pembayar cukai melayan teori konspirasi.
Hakikatnya, yang perlukan ‘Trapi’ adalah manusia seperti Annuar Musa, Jamil Khir dan Razali, bukannya puluhan ribu anggota masyarakat yang diheret untuk mendengar konspirasi fitnah mereka.
Cuma, timbul persoalan mengapa tiba-tiba Pas juga turut terhegeh-hegeh sama-sama meniru taktik dan tipudaya Umno? Mungkin sudah tiba masanya Harakah menukar namanya kepada Majalah Mastika.
Atau kalau tiada idea sangat untuk meniru, dipersilakanlah untuk meniru Tawaran Pemuda Harapan. Sekurang-kurangnya mungkin Pas dapat belajar sesuatu.

No comments:
Post a Comment