Kalau 1MDB berita palsu, kenapa tidak saman media asing, tanya Pakatan
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 22 Mar 2018 1:49PM
Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Dewan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri Najib Razak menafikan laporan media luar tentang 1MDB jika benar laporan itu berita palsu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mac, 2018.
PERDANA Menteri Najib Razak dan Putrajaya perlu menafikan laporan media antarabangsa mengenai 1Malaysian Development Berhad (1MDB), termasuk menyaman semua media asing yang melaporkannya, kalau maklumat dilaporkan itu dianggap berita palsu, kata wakil rakyat Pakatan Harapan (PH).
Mereka membangkitkan persoalan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said memberitahu Dewan Rakyat bahawa Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar akan dibawa ke Parlimen minggu depan.
Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengingatkan sikap berdiam diri Najib dan Putrajaya hanya akan menyebabkan rakyat keliru mengenai isu itu.
"Saya nak beritahu menteri di seluruh dunia kebelakangan ini ada 53 portal berita baik daripada yang paling hebat sekali seperti The Economist, Guardian, CNBC, MSNBC, CNN sehingga Middle Eastern News, Jakarta Post, Tempo dan The Straits Times, Bangkok Post pun melaporkan tentang 1MDB dan juga mengaitkan dengan perdana menteri.
"Kalau berita-berita ini tidak diiktiraf, yang menteri kata fake news, maka perdana menteri kena nafikannya atau saman mereka,” kata Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mengkritik kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Johari Jailani yang berkata semua maklumat mengenai 1MDB yang tidak ada dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) adalah berita palsu.
“Adakah kerajaan mempunyai monopoli terhadap fake news?” soal Sim.
Undang-undang Berita Palsu ke Dewan Rakyat minggu depan
Sim mencelah selepas Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar sudah diluluskan oleh Kabinet semalam.
“Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 telah pun dibentangkan dan diluluskan di mesyuarat Kabinet semalam.
“Bacaan kali pertama rang undang-undang ini dicadangkan dibuat di Dewan Rakyat minggu hadapan.
“Sesi taklimat bersama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang juga akan diadakan pada minggu hadapan,” kata ahli Parlimen Pengerang itu semasa menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum itu, Mohamed Hanipa Maidin bangun memberitahu Azalina bahawa kerajaan tidak perlu membentangkan undang-undang seumpama itu kerana Malaysia sebenarnya berdepan dengan masalah berita benar, bukannya berita palsu.
“Malaysia ini sebenarnya bukan masalah berita palsu, RM2.6 bilion ini benda benar tetapi perdana menteri tidak didakwa.
“Benda benar tidak dianggap satu perkara yang perlu dipertahankan. Benda benar pula orang kena tangkap.
“Jadi saya rasa tak payah bawaklah RUU berita palsu ini. Kita bukan hadapi masalah berita palsu kita ada masalah perdana menteri palsu. Fake prime minister!,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Hanipa merujuk kepada dakwaan RM2.6 bilion yang dilaporkan masuk ke dalam akaun peribadi Najib pada Julai 2015.
Hanipa memberikan contoh bagaimana Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang berdepan dengan pelbagai dakwaan dan hukuman kerana mendedahkan perkara benar. – 22 Mac, 2018

Betapa bodohnya semua kabinet 'kayu' kita. Knp kamu semua nak jd pak sanggup semata2 nak selamatkan kleptokrat sorang tu, dan memperbodohkan diri masing pd waktu yg sama. Kamu semua sanggup jual maruah diri masing2 krn terhutang budi kpd najib?
ReplyDeleteJuga silap pengundi2 yg memenangkan mereka. Masing2 akan bertanggungjwp dan mesti menjwpb dpn Allah juga nanti. Adakah mereka dan kita menjual akhirat utk nikmat dunia yg sementara ini?
DeleteTremendous issues here. I am very satisfied to look your article.
ReplyDeleteThanks so much and I'm looking ahead to touch you.
Will you kindly drop me a mail?